omniture

KEENON Robotics Sambut Hari Jenama Dengan Tiga Kejutan

KEENON Robotics
2022-07-29 16:34 158

SHANGHAI29 Julai 2022 /PRNewswire/ -- KEENON Robotics, perintis yang terkemuka di dunia dalam industri penghantaran tanpa pemandu, mengisytiharkan 28 Julai sebagai hari jenamanya. Sebagai peluang yang kritikal untuk berhubung dengan pelanggan dan menawarkan perkhidmatan yang dipertingkat dan beberapa faedah, Hari Jenama KEENON 2022 mengambil pendekatan tergabung antara acara dalam talian dan luar talian. Selain daripada kemas kini media sosial yang berterusan, acara-acara luar talian berbilang bentuk diadakan di enam wilayah perniagaan merentas Amerika Utara, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah.


Hari Jenama KEENON dirancang untuk menunjukkan rasa terima kasih dan membawakan tiga penaiktarafan utama kepada pelanggannya yang sentiasa memberi sokongan di serata dunia. KEENON sedia maklum bahawa kepercayaan pelanggan dan teknologi teras yang kompetitiflah yang menjadikan sesebuah syarikat kekal.

"Sejak penubuhan kami pada tahun 2010, KEENON Robotics telah melakukan perjalanan yang hebat selama 12 tahun dan telah menjadi syarikat robot perkhidmatan komersial yang terkemuka di dunia. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan niaga kami yang paling dikasihi. Kami akan sentiasa berdedikasi untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) agar dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan," kata Tony Li, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas KEENON Robotics.

Sehingga kini, dengan lebih 30,000 robot beroperasi di lebih daripada 600 bandar setiap hari, pelayan robot KEENON telah dapat dilihat dalam banyak bidang. Melalui penggunaan kecerdasan buatan, KEENON Robotics akan menggiatkan usaha untuk membantu meningkatkan kecekapan industri perkhidmatan seluruh dunia dan memastikan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan teknologi.

Maklumat Tentang Hari Jenama KEENON: 

Penaiktarafan Jenama. KEENON Robotics memperkenalkan tiga sub-jenama untuk tiga barisan produk utama iaitu DINERBOT untuk robot penghantaran makanan sebelum ini, BUTLERBOT untuk robot penyerahan bangunan dan GUIDERBOT untuk robot pembimbing, ketika ia berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang difikirkan dengan teliti dan memenuhi keperluan senario perniagaan yang berbeza.

Pengemaskinian Produk. KEENON Robotics melancarkan secara rasmi versi laser DINERBOT T8 kepada pasaran global dan melancarkan lebih awal pelayan robot serba baharu yang dinamakan DINERBOT T2 Pro.

Peningkatan Perkhidmatan. Berkuat kuasa 28 Julai, program selepas jualan KEENON, KEENON ON-care, menyediakan lanjutan perkhidmatan tertentu kepada pelanggan selepas 1 Julai 2022.

Latar Belakang KEENON Robotics: 

Ditubuhkan pada tahun 2010, KEENON ROBOTICS menawarkan penyelesaian yang pintar, andal dan mudah untuk pelbagai senario termasuk restoran, hotel, pusat membeli-belah, pasar raya dan kilang. Pada September 2021, KEENON menyelesaikan pembiayaan Siri D bernilai $200J yang dipimpin oleh Softbank Vision Fund 2 (SVF2), merupakan dana terbesar seumpamanya yang pernah diterima oleh sebuah syarikat robot perkhidmatan. Robot-robot KEENON telah digunakan di lebih daripada 60 negara.

Source: KEENON Robotics
Keywords: Internet Technology Restaurants Retail Telecommunications