omniture

Yili Kekal Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia dalam Laporan Brand Finance 2022

Yili Group
2022-08-16 08:48 245

HUHHOT, China, 16 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- Pada 10 Ogos, Brand Finance, penilaian jenama dan perundingan strategi yang terkemuka di dunia, mengeluarkan laporan Makanan & Minuman 2022, yang mengenal pasti jenama-jenama yang paling bernilai dan paling mantap dalam industri makanan dan minuman. Yili telah diiktiraf sebagai Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia, mengekalkan kedudukan utamanya dalam industri tenusu global.

Jenama sesebuah syarikat merupakan antara aset tak ketara paling bernilai yang dipegang olehnya. Biarpun pandemik Covid-19 telah menimbulkan cabaran yang besar untuk pasaran tenusu global, Yili masih mengekalkan pertumbuhan kukuh nilai jenamanya, meningkatkannya sebanyak 10% kepada $ 10.6 bilion dan memperluaskan kedudukan penerajunya dalam pemeringkatan berkenaan. Pertumbuhan sedemikian dikaitkan dengan prestasi perniagaan syarikat yang mantap dan juga nilai sosial.

Yili Kekal Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia dalam Laporan Brand Finance 2022
Yili Kekal Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia dalam Laporan Brand Finance 2022

Nilai komersial berkembang dengan mantap

Permodalan pasaran Yili telah berkembang 553 kali ganda sejak penyenaraiannya pada tahun 1996, daripada RMB 421 juta ($62.5 juta) kepada RMB 232.8 bilion ($34.56 bilion) pada tahun 2022. Ia kekal sebagai salah satu daripada lima pengeluar tenusu yang terkemuka di dunia selama tiga tahun berturut-turut, dengan hasil tahunan melebihi RMB 100 bilion ($14.85 bilion) tahun lalu. Selama bertahun-tahun, Yili mengekalkan pertumbuhan perniagaan yang konsisten, menjana pulangan yang kukuh dan menarik untuk pelabur. Syarikat ini menghasilkan dividen 22 kali ganda berjumlah RMB 36.59 bilion ($5.43 bilion) sejak penyenaraiannya, lalu menjadikannya sasaran pilihan untuk pelabur nilai saham-A.

Yili bermatlamat untuk memperkasa pembangunan industri dengan memfokuskan kepada kluster industri moden. Syarikat ini telah mewujudkan beberapa kluster industri tenusu kontemporari di Mongolio Dalam, Ningxia, Gansu, Heilongjiang, Henan, Shandong dan Hebei, antara kawasan-kawasan lain. Lembah Kecerdasan dan Kesihatan Masa Depan Yili, dikenali sebagai "Lembah Silikon Tenusu" merupakan pusat kepada tapak pengeluaran pintar yang terbesar di dunia untuk susu cair dan susu formula bayi, membawakan tahap pendigitalan tertinggi serta teknologi yang paling canggih dalam industri. National Center of Technology Innovation for Dairy (NCTID) dan National Dairy Metrology and Testing Center turut ditubuhkan di Lembah tersebut.

Nilai sosial meningkatkan pembangunan mampan

Nilai komersial dan sosial terhubung dengan cara yang tidak dapat dipisahkan. Yili telah menggabungkan ciri kelestarian ke dalam strategi syarikat dan mengambil inisiatif dengan aktif untuk mencipta nilai sosial. Syarikat ini berada di hadapan dari segi penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan amalan pengurangan karbon inovatif yang lain. Di samping itu, Yili bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk mencipta masa depan yang lebih lestari dengan menjalankan inisiatif dalam bidang-bidang seperti perlindungan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti, kesihatan belia, pembasmian kemiskinan dan bantuan bencana.

Pada tahun 2022, Yili komited untuk mencapai keneutralan karbon dalam seluruh rantaian industri menjelang tahun 2050. Ia turut melancarkan siri produk tenusu karbon sifar-bersih pertama China termasuk susu, yogurt, susu tepung organik dan ais krim. Yili mengikuti laluan pembangunan hijau, karbon-rendah dan berkitar dengan membina ladang hijau pintar, menggalakkan pertanian bersepadu dan menjalankan inisiatif-inisiatif yang lain. Dari segi pembuatan mesra alam, jenama Yili, Satine menggunakan pembungkusan yang diperakui oleh FSC untuk semua barangannya. Jenama tersebut komited untuk menggalakkan penggunaan yang mesra alam dan gaya hidup yang sihat.

"Pandangan Yili terhadap kesan pandemik COVID-19 melalui penggalakan faedah-faedah kesihatan jenama mereka dan keresponsifan rantaian bekalan mereka membolehkan mereka mendekati lebih 2 bilion pengguna di seluruh dunia yang menghasilkan peningkatan nilai jenama sebanyak 23% sejak bermulanya pandemik pada tahun 2020," menurut laporan Brand Finance. Inovasi teknologi dan produknya yang bertumpukan pengguna turut menyumbang kepada kejayaan jenama dan mendorong pertumbuhan syarikat. Sebagai jenama tenusu yang paling bernilai di dunia, Yili berusaha untuk mencapai pertumbuhan korporat yang kukuh dan memacu pembangunan industri yang berkualiti tinggi dengan mencipta nilai komersial dan sosial.

($1 ≈ RMB 6.74)

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Publishing/Information Service Retail