omniture

JOYSBIO BANGUNKAN UJIAN PANTAS CACAR MONYET BAHARU

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
2022-08-17 18:36 446

JOYSBIO, salah satu pengeluar kit ujian pantas yang terkemuka di dunia, membangunkan dua ujian Cacar Monyet baharu yang memberi keputusan dalam 15 minit

TIANJIN, China, 17 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- JOYSBIO, salah satu pengeluar kit ujian pantas aliran sisi yang terkemuka di dunia, dengan bangganya mengumumkan pembangunan dua ujian Cacar Monyet (Monkeypox), kedua-duanya memberi keputusan dalam 15 minit atau kurang. Baru-baru ini, JOYSBIO melancarkan ujian Pantas Antigen Cacar Monyet dan ujian Pantas Antibodi IgM/IgG Cacar Monyet, kedua-duanya bertanda CE-IVD. Ujian antigen menguji spesimen daripada serum manusia, plasma, darah lengkap, calitan tekak, air liur atau eksudat lesi bagi menentukan sekiranya terdapat antigen virus cacar monyet. Ujian Antibodi IgM/IgG menggunakan beberapa titisan darah untuk mencari antibodi yang dihasilkan oleh tubuh seseorang selepas jangkitan cacar monyet. Ketika ini, kedua-dua ujian sedang menjalani penilaian klinikal di Eropah dan menunjukkan keputusan yang andal dengan pesakit yang dijangkiti. Maklumat lanjut tersedia di https://en.joysbio.com/monkeypox-rapid-test-kit/.

"Selepas terjadinya COVID-19, satu lagi kebimbangan kesihatan global tercetus, cacar monyet," kata Rick Zhang, Pengarah Pembangunan Perniagaan untuk JOYSBIO. "Mujurlah kami mempunyai rawatan untuk cacar monyet yang dapat mengurangkan lesi yang menyakitkan dan kemungkinan berlakunya kematian. Kami juga mempunyai vaksin untuk penyakit ini memandangkan ia telahpun wujud setelah sekian lama. Sungguhpun begitu, sebelum pesakit boleh dirawat, mereka perlu didiagnosis dengan betul. Cacar monyet kelihatan seperti banyak penyakit cacar yang lain. Ujian-ujian kami akan menjadi alat yang hebat untuk ahli-ahli profesional rawatan kesihatan, terutamanya apabila mengalami akses terhad kepada ujian PCR."

Cacar monyet mempunyai kadar kematian bersejarah mencecah 0.1% hingga 11% dalam kalangan populasi umum, namun ia jauh lebih membimbangkan dalam kalangan kanak-kanak yang mana kadar kematian boleh meningkat dengan mendadak. Mengetahui bahawa seseorang mempunyai penyakit sentiasa merupakan langkah yang pertama untuk terus hidup. Dengan ujian pantas antigen dan antibodi Cacar Monyet JOYSBIO, peluang mendapat jawapan tersebut akan menjadi lebih pantas dan membolehkan petugas kesihatan untuk melindungi diri mereka dan orang ramai dengan lebih baik.

"Di JOYSBIO," kata Zhang. "Kami komited untuk mengikuti semua ancaman berjangkit terhadap umat manusia. Kami akan terus menambah baik ujian sedia ada kami dan membangunkan ujian baharu sebagaimana yang diperlukan. Lebih cepat seseorang tahu mereka sakit, lebih cepat mereka boleh mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk mencegah penularan dan menjaga diri sendiri." 

Latar Belakang JOYSBIO 

JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd. ialah sebuah syarikat bioteknologi Cina berfokus penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang membangunkan, mengeluarkan dan membekalkan kit ujian pantas diagnostik in-vitro (IVD) perubatan yang berkualiti tinggi serta kit reagen tersuai revolusioner ke seluruh pelosok dunia. JOYSBIO ditubuhkan oleh sepasukan ahli profesional dengan gabungan kepakaran teknikal, pemasaran/jualan, operasi dan pembuatan selama bertahun-tahun dalam industri ini. JOYSBIO ialah pembangun dan pengeluar kit ujian aliran sisi yang terkemuka di dunia yang membekalkan lebih daripada 200 juta unit kit ujian pantas SARS-COV-2 semasa wabak COVID-19.

Sekiranya anda ingin maklumat lanjut tentang topik ini, sila hubungi Rick Zhang di +86-130-7204-9899 atau emel di bd@joysbio.com.

Source: JOYSBIO (Tianjin) Biotechnology Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals