omniture

JS Global Lapor Keputusan Kewangan Interim untuk Enam Bulan Berakhir 30 Jun 2022

JS Global Lifestyle Company Limited
2022-08-31 03:48 239

Hasil Meningkat atas Dasar Mata Wang Malar Hasil daripada Kejayaan Pengurusan Melalui Persekitaran Operasi Dinamik  

Berjaya Mengembangkan Bahagian Pasaran dalam Setiap Kategori Utama di Tempat SharkNinja Beroperasi di A.S.

HONG KONG, 31 Ogos 2022 /PRNewswire/ -- JS Global Lifestyle Company Limited (Kod saham: 1691.HK) ("JS Global" atau "Syarikat"), pengeluar perkakas rumah kecil yang terkemuka di dunia yang mengendalikan tiga jenama utama: Shark, Ninja dan Joyoung, hari ini melaporkan keputusan kewangan interimnya untuk enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2022.

"Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa kami telah mengekalkan paras hasil kami sekali gus mengawal keadaan makroekonomi yang mencabar dan selepas menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa pada tahun 2021 dan 2020," kata Wang Xuning, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif JS Global. "Walaupun dengan factor dan peristiwa yang memperlahankan pertumbuhan global, kami berupaya untuk mengembangkan bahagian pasaran dalam setiap kategori utama di tempat SharkNinja beroperasi di A.S. Kejayaan pelancaran kategori-kategori baharu dalam separuh kedua tahun 2021 turut menyumbang dengan bermakna kepada hasil kami semasa separuh pertama tahun 2022. Inovasi merupakan teras diri kami di JS Global. Saya teruja dengan apa yang bakal tiba ketika kami tetap memberi tumpuan kepada objektif-objektif jangka panjang kami dan dalam masa yang sama benar-benar mematuhi strategi terbukti kami."

Keputusan dan Ulasan Kewangan Interim 2022

  • Hasil mencapai AS$2,232.2 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, tidak berubah berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Dari segi mata wang malar, hasil meningkat sebanyak 0.8%.
    - Hasil SharkNinja mencapai AS$1,593.2 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, tidak berubah berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Dari segi mata wang malar, hasil meningkat sebanyak 1.2%. 
    - Hasil Joyoung mencapai AS$639.0 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, sedikit menurun iaitu 0.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Dari segi mata wang malar, hasil menurun sebanyak 0.3%.
  • Keuntungan mencecah AS$180.9 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$36.7 juta, atau 16.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • EBITDA mencecah AS$302.2 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$34.0 juta, atau 10.1% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • EBITDA diselaraskan mencecah AS$318.4 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$32.1 juta, atau 9.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • Keuntungan bersih dilaraskan yang diagihkan kepada pemilik induk ialah AS$188.9 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$26.1 juta, atau 12.1% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • EPS asas yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti biasa kepada induk ialah AS$0.048 untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$0.009, atau 15.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • EPS dicairkan yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti biasa kepada induk ialah AS$0.048 untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, menurun sebanyak AS$0.009, atau 15.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Sorotan Perniagaan Terkini 

  • Hasil JS Global meningkat sebanyak 80.6% berbanding separuh pertama tahun 2019 diterajui oleh kejayaan berterusan dan pengembangan jenama-jenama Shark dan Ninja, serta pertumbuhan keuntungan kasar sebanyak 86.6% berbanding separuh pertama tahun 2019.
  • Jenama Shark kekal sebagai jenama vakum #1 di A.S., manakala jenama Ninja terus menjadi jenama #1 bagi peralatan dapur kecil di A.S.. Bahagian pasaran kami dalam peralatan pembersih meningkat daripada 30.8% kepada 34.4%[1], peralatan memasak daripada 25.2% kepada 25.4%[2] dan peralatan penyediaan makanan daripada 32.5% kepada 35.2%[3] di A.S..

Sorotan Kunci Kira-kira dan Aliran Tunai

  • Setakat 30 Jun 2022, tunai dan kesetaraan tunai adalah sebanyak AS$550.9 juta, hutang belum lunas (jumlah pinjaman) adalah sebanyak AS$975.2 juta dan nisbah penggearan (dihitung sebagai jumlah hutang (termasuk pinjaman bank berfaedah dan liabiliti pajakan) dibahagikan dengan jumlah ekuiti) ialah 54.5%.
  • Perbelanjaan modal adalah sebanyak AS$69.4 juta untuk enam bulan berakhir pada 30 Jun 2022, berbanding AS$53.9 juta dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
  • JS Global mempunyai 3,408,381,000 saham dicairkan sepenuhnya diterbitkan setakat 30 Jun 2022.

Sidang Panggilan dan Maklumat Siar Web 

  • Tayangan video dan tayangan slaid yang disertakan telah dihantar ke bahagian Acara laman sesawang Perhubungan Pelabur JS Global di https://www.jsgl.com/en/investor/register.html.
  • Pengumuman keputusan interim: https://www.jsgl.com/en/investor/notice.html
  • 29 Ogos 2022 jam 9:40 malam ET / 30 Ogos 2022, jam 9:40 pagi HKT: Bahagian pengurusan JS Global akan mengehoskan siar web audio Soal Jawab secara langsung yang akan dihantar ke bahagian Acara laman sesawang Perhubungan Pelabur JS Global di https://www.jsgl.com/en/investor/register.html. Mereka yang ingin bertanya soalan semasa panggilan langsung boleh mendail masuk menggunakan maklumat di bawah.
  • Tayangan video dan Soal Jawab secara langsung akan dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin serta akan turut diarkibkan dan tersedia untuk dimainkan semula.
  • Anda boleh menonton tayangan video melalui siar web pada 29 Ogos 2022 jam 9:00 malam ET / 30 Ogos 2022, jam 9:00 pagi HKT di https://www.jsgl.com/en/investor/register.html; sila segarkan semula halaman pada 29 Ogos 2022 jam 9:40 malam ET / 30 Ogos 2022, jam 9:40 pagi HKT sebelum menyertai sesi Soal Jawab. Anda boleh mengajukan soalan dalam "bahagian soalan" halaman tersebut atau dengan mendail masuk menggunakan maklumat di bawah.

Mereka yang berminat untuk bertanya soalan semasa siar web audio Soal Jawab secara langsung boleh mendail masuk:

  • Dail-masuk Amerika Syarikat: 1 866 213 0992/1 866 226 1406
  • Dail-masuk Tanah Besar China: 4008 428 338/4006 786 766
  • Dail-masuk Hong Kong: +852 2112 1888
  • Dail-masuk Singapura: 800 492 2081
  • Dail-masuk United Kingdom: 0800 032 2849
  • Kod Laluan Bahasa Inggeris: 8323130#
  • Kod Laluan Bahasa Mandarin: 8027130#

Selepas menyertai sidang panggilan, peserta-peserta boleh menekan *1 untuk mengangkat tangan bagi mengajukan soalan. Soalan-soalan dalam Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Mandarin akan diterima.

Sumber:

1. The NPD Group/Retail Tracking Service, U.S. dollar sales, January-June 2022 vs. January–June 2021. "Cleaning appliances" include: Bare Floor Cleaners, Hand Vacuums, Robotic Vacuums, Stick Vacuums, Upright Vacuums

2. The NPD Group/Retail Tracking Service, U.S. dollar sales, January-June 2022 vs. January–June 2021. "Cooking appliances" include: Air Fryers, Electric Grills, Fryers, Multi-Cookers, Toaster Oven

3. The NPD Group/Retail Tracking Service, U.S. dollar sales, January-June 2022 vs. January–June 2021. "Food preparation appliances" include: Juice Extractor, Kitchen System, Single Serve Blending & Processing, Traditional Blending, Traditional Food Processor

4. Global Small Home Appliance Industry Independent Market Research, Frost & Sullivan, Mac 2022

Latar Belakang JS Global 

JS Global Lifestyle Company Limited (Kod saham: 1691.HK) ialah pengeluar perkakas rumah kecil yang terkemuka di dunia. Ia menduduki tempat keempat di peringkat global dalam industri perkakas rumah kecil dan tempat ketiga dalam kalangan syarikat berfokus perkakas rumah kecil.[4] Ia mengendalikan terutamanya tiga jenama utama: Shark, Ninja dan Joyoung. Kejayaan Syarikat ini bertumpu sekitar pemahaman yang mendalam terhadap keperluan pengguna dan dibina berasaskan inovasi produknya yang kukuh dan keupayaan reka bentuk yang dikuasakan oleh platform penyelidikan dan pembangunan global, kekuatan pemasaran yang memacu penglibatan jenama yang tinggi serta liputan pengedaran omnisaluran dengan kadar penembusan yang tinggi.

Latar Belakang SharkNinja 

SharkNinja ialah peneraju inovasi dalam industri barang rumah dan pencipta bagi jenama-jenama isi rumah yang biasa dilihat Shark® dan Ninja®. SharkNinja menyediakan yang terkini dalam teknologi inovatif yang mudah digunakan dengan barisan penyelesaian yang semakin bertambah yang merangkumi produk pembersih dan penjagaan rumah Shark serta peralatan dapur Ninja. Produk-produk dijual di peruncit-peruncit utama dan melalui pengedar-pengedar di serata dunia. Ninja dan Shark ialah tanda dagangan berdaftar SharkNinja Operating LLC. SharkNinja ialah subsidiari JS Global Lifestyle Company Limited (Kod saham: 1691.HK), peneraju bagi inovasi perkakas rumah kecil.

Latar Belakang Joyoung 

Joyoung (Kod saham: 002242.SZ) ialah jenama seinduk SharkNinja dan telah menjadi sebuah perusahaan peralatan elektrik rumah kecil yang terkenal dan salah satu peneraju bahagian pasaran di China. Joyoung mencipta pembuat susu soya pertama di China dan menghubungkan dengan erat konsep dengan penyelesaian berasaskan tumbuhan. Dengan pengalaman selama 28 tahun dan lebih 10,000 teknologi berpaten, Joyoung mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan, reka bentuk, pembuatan dan penjualan kategori-kategori produknya yang inovatif termasuk perkakas rumah kecil, yang memfokuskan terutamanya kepada dapur. Joyoung ialah subsidiari JS Global Lifestyle Company Limited (Kod saham: 1691.HK), peneraju bagi inovasi perkakas rumah kecil.

Media
Edmond Lococo, Pengarah Urusan, ICR Inc.
JSGlobalPR@icrinc.com

Maklumat Perhubungan Syarikat
Venus Zhao, Ketua Perhubungan Pelabur, Perhubungan Awam dan Pematuhan, JS Global Lifestyle
Venus.Zhao@jsgl.com

Adam Quigley, Naib Presiden Kewangan di SharkNinja
AQuigley@sharkninja.com

Perhubungan Pelabur
ir@jsgl.com

 

Source: JS Global Lifestyle Company Limited
Related Stocks:
HongKong:1691
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Earnings