HUHHOT, China, 2 September 2022 /PRNewswire/ -- Jumlah hasil dan keuntungan bersih Yili Group (600887.SS) mencapai paras ketinggian baharu iaitu RMB 63.463 bilion ($9.2 bilion) dan RMB 6.139 bilion ($0.89 bilion), masing-masing meningkat sebanyak 12.31% dan 15.40% berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan separuh pertama tahun fiskal 2022 pada 30 Ogos 2022.
Semasa tempoh pelaporan, jumlah hasil syarikat ini mengatasi tahap kedua sebanyak lebih RMB 15 bilion ($2.17 bilion), melebarkan jurang kepada 33% daripada 25% pada tahun sebelumnya.
Perniagaan susu tepung dan produk tenusu Yili mencapai kadar pertumbuhan 58.28%, merupakan yang terpantas dalam industri tenusu. Susu formula bayinya mencapai pertumbuhan terpantas manakala susu tepung dewasa kekal sebagai peneraju dalam segmennya; kategori keju turut berkembang dengan pesat, meningkat sebanyak lebih 40%; perniagaan susu cair mengambil bahagian pasaran terbesar dengan kekuatan yang semakin meningkat; berkembang pada kadar 31.71%, perniagaan ais krim mengungguli industri ini dan memegang bahagian pasaran terbesar selama 28 tahun berturut-turut.
Perniagaan teras mencapai kedudukan utama yang lebih kukuh dan pemacu pertumbuhan baharu menunjukkan momentum yang lebih pantas
Semasa tempoh pelaporan, perniagaan susu cair Yili mencapai jumlah hasil sebanyak RMB 42.892 bilion ($6.218 bilion), menerajui industri ini dari segi skala dan bahagian pasaran. AMBPOMIAL mengekalkan kedudukan pertama dalam kategorinya dengan bahagian pasaran mencecah 65%. Sebagai jenama susu organik terunggul, Satine terus memegang bahagian pasaran yang terbesar dalam industri ini.
Perniagaan ais krim Yili terus berkembang dengan margin lebih luas semasa tempoh yang sama, mengungguli industri ini dengan pertumbuhan jualan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 31.71%.
Sebagai keluk pertumbuhan kedua Yili, perniagaan susu tepung, keju serta produk tenusu yang lain terus berkembang pada kadar yang jauh mengatasi rakan setaranya, mencapai hasil sebanyak RMB 12.071 bilion ($1.75 bilion) dalam separuh pertama tahun fiskal 2022.
Inovasi dipercepat dan pertumbuhan produk baharu melangkaui jangkaan
Yili mempercepatkan kadarnya melancarkan produk baharu dan liputan kitar hayat penuh dengan hasil produk baharu menyumbang sebanyak 12.48%.
Satine Ultra-filtered Milk, Cute Star A2β-casein Pure Milk, Jinlingguan Seine Mouiller A2 OPO Organic Infant Formula dan produk-produk baharu yang lain telah dilancarkan.
Yili juga terus memfokuskan kepada susu organik, nutrien berasaskan susu, snek keju, air mineral semula jadi dan perniagaan lain yang menunjukkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Kategori-kategori ini berkembang sebanyak lebih 20% berbanding tahun sebelumnya, yang mana jualan air pancut hidup Inikin Yike meningkat lebih dua kali ganda dalam separuh pertama tahun ini.
Kepercayaan pelanggan mendayakan pertumbuhan biarpun dengan cabaran
Untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna, Yili kekal komited kepada kapasiti terasnya seperti kualiti produk, saluran dan sumber.
Yili telah meluaskan jangkauannya kepada saluran baharu dengan merebut peluang pertumbuhan baharu dalam kategori ibu dan bayi, katering, e-dagang, pembelian kumpulan komuniti dan saluran khas yang lain.
Walaupun dengan COVID-19 dan impak inflasi, Yili memastikan penghantaran produk yang tepat pada masanya dengan mengoptimumkan rangkaian rantaian bekalan global. Menggunakan platform operasi globalnya, Yili mengupayakan penyelarasan yang cekap antara tapak-tapaknya di China, negara-negara Asia Tenggara serta New Zealand, dengan hasil luar negaranya berkembang sebanyak 58% berbanding tahun sebelumnya.
Mengulas tentang pembangunan masa depan Yili, Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group berkata, "Biarpun terdapat cabaran dalam persekitaran luar, kami tetap yakin dan mampu meningkatkan kecekapan teras kami selepas melepasi pendapatan tahunan sebanyak lebih RMB 100 bilion ($14.49 bilion), agar kami dapat menyerlahkan potensi untuk penciptaan nilai dan pembangunan masa depan. Dalam masa yang sama, kami akan berkongsi nilai kami bersama pengguna, pekerja, pengusaha dalam seluruh rantaian industri dan semua masyarakat di bawah bimbingan Visi Baharu kami untuk Penciptaan Nilai."
(USD 1 ≈ RMB 6.90)