omniture

CGTN: Meningkatkan perdagangan perkhidmatan, China komited kepada pembukaan tahap lebih tinggi

CGTN
2022-09-07 05:36 226

BEIJING, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- dengan Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 melabuhkan tirai pada hari Isnin di Beijing, negara ini menunjukkan keazaman yang tidak berbelah bahagi untuk mendorong pembukaan yang lebih luas dan lebih mendalam.

Bertajuk "Bekerjasama demi pembangunan lebih baik, berinovasi demi masa depan lebih hijau," acara tahun ini membawakan kawasan pameran seluas 152,000 meter persegi dengan penyertaan daripada lebih 2,400 syarikat, termasuk lebih 400 syarikat Global Fortune 500 dan perusahaan yang terkemuka dalam industri ini.

Data daripada Kementerian Perdagangan (MOC) Cina menunjukkan bahawa sejumlah 1,339 projek ditandatangani, antaranya 513 merupakan projek pembinaan, 175 tawaran pelaburan, 128 perjanjian strategik dan 173 produk pertama kali dilancarkan.

CIFTIS ialah platform yang amat penting untuk China meluaskan pembukaan, mempererat kerjasama dan mempelopori inovasi, ujar Presiden Cina Xi Jinping dalam surat ucapan tahniah kepada CIFTIS 2022 pada hari Rabu.

Beliau menyuarakan kesediaan negara ini untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi mendukung multilateralisme sebenar, keterangkuman dan kerjasama yang saling menguntungkan serta menggalakkan secara bersama ekonomi perkhidmatan terbuka dan dikongsi bagi menyuntik rangsangan ke dalam pemulihan ekonomi global.

Pembangunan hijau ditonjolkan 

CIFTIS pada tahun ini menyediakan bahagian perkhidmatan alam sekitar buat julung kalinya. Ia memfokuskan kepada pembangunan hijau, di tengah-tengah usaha negara ini untuk mencapai matlamat puncak karbon dan keneutralan karbonnya.

Bahagian ini meliputi kawasan seluas 16,700 meter persegi dan memfokuskan kepada topik-topik seperti tenaga karbon-rendah, iklim dan ekonomi karbon serta keneutralan karbon dan teknologi hijau.

Beberapa produk dan teknologi baharu seperti pelayan pengkomputeran awan karbon-rendah hijau, pengiraan jejak karbon ESG dan komputer peribadi hijau telah didemonstrasikan.

Pihak penganjur turut mengehoskan 24 aktiviti forum dan persidangan untuk meneroka secara mendalam laluan kerjasama global dalam pembangunan hijau.

"Visi akan terlaksana hanya apabila kita bertindak terhadapnya," ujar Xi dalam satu kenyataan bertulis kepada Persidangan Pihak-pihak mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 pada tahun lalu memandangkan China telah menyaksikan perkembangan yang luar biasa dalam penjimatan tenaga dan pengurangan karbon sepanjang dekad yang lalu.

Menjelang tahun 2021, penggunaan tenaga seunit KDNK oleh China menjunam 26.2 peratus dari tahun 2012 dan mengurangkan keamatan karbonnya sebanyak 34 peratus dalam dekad yang lalu.


Perdagangan perkhidmatan berkembang pesat di China

Perdagangan perkhidmatan China telah menunjukkan pengembangan mendadak dengan nilai tambahan sektor perkhidmatan China melonjak 1.49 kali ganda sepanjang 10 tahun yang lalu dan perdagangan perkhidmatan kumulatif melebihi $4 trilion.

Dalam separuh pertama tahun 2022, import dan eksport perkhidmatan China turut mencatatkan peningkatan 2.89 trilion yuan ($419 bilion), satu peningkatan sebanyak 21.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pelabur-pelabur luar negara turut menemui titik optimum dalam sektor perkhidmatan Cina yang semakin berkembang. MOC berkata bahawa penggunaan pelaburan asing sebenar China pada tahun 2021 melonjak sebanyak 14.9 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada kira-kira 1.15 trilion yuan ($180.72 bilion), yang mana sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 79 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Dalam surat ucapan tahniah beliau, presiden Cina turut berjanji bahawa negara ini tetap komited untuk menggalakkan akses pasaran yang semakin meluas dalam sektor perkhidmatan, memudahkan pembukaan dalam perdagangan perkhidmatan rentas sempadan dan berusaha untuk mewujudkan sistem pembukaan pada standard tinggi untuk sektor perkhidmatan.

Menyuntik kevitalan kepada ekonomi global

Dalam surat ucapan tahniah beliau, Xi menyatakan CIFTIS memberi sumbangan yang aktif kepada pembangunan perkhidmatan global dan perdagangan perkhidmatan.

Tidak syak lagi bahawa CIFTIS diadakan tepat pada masanya untuk meningkatkan kerjasama global, Duta Emiriah Arah Bersatu (UAE) ke China Dr. Ali Obaid Al Dhaheri mengulangi kata-kata Xi dalam satu wawancara baru-baru ini bersama CGTN.

Berucap dalam Sidang Kemuncak Perdagangan Perkhidmatan Global CIFTIS 2022 pada hari Rabu, Ketua Pengarah World Trade Organization (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala menegaskan ekonomi dunia hari ini semakin dipacu oleh sektor perkhidmatan dan dengan pendigitalan perdagangan perkhidmatan yang semakin dipercepatkan, bahagian perdagangan perkhidmatan dalam perdagangan global akan terus meningkat.

Perdagangan perkhidmatan China mempunyai purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.1 peratus berbanding dekad yang lalu, 3.1 mata peratusan lebih tinggi berbanding tahap global, menurut Kementerian Perdagangan. Volum perdagangan perkhidmatan negara ini menduduki tempat kedua di peringkat selama lapan tahun berturut-turut.

Ketika ini, lebih daripada 200 negara dan wilayah mempunyai perdagangan perkhidmatan dengan China.

Penganjuran CIFTIS benar-benar menunjukkan komitmen China untuk membuka selanjutnya sektor perkhidmatannya, yang dialu-alukan oleh dunia, kata Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Duta Malaysia ke China kepada CGTN.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-05/Revving-up-services-trade-China-is-committed-to-higher-level-opening-1d5g2fAhn5m/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news