omniture

Kajian Baharu Mendedahkan Jurang Berterusan dalam Perwakilan Kepimpinan Asia di Pentas Global

The Center for Creative Leadership (CCL®)
2022-09-15 09:00 132

Laporan melihat semula data dari tahun 2017 untuk mengenal pasti tindakan individu dan perubahan struktur yang diperlukan untuk meroboh halangan diskriminasi   

SINGAPURA, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Center for Creative Leadership (CCL), penyedia pendidikan eksekutif berkedudukan teratas dan bertaraf global hari ini mengeluarkan laporan baharu, "Pemimpin Asia Global: Dari Asia, Untuk Dunia" ("Global Asian Leader: From Asia, For The World") – satu lanjutan daripada kajian tahun 2018 olehnya, "Pemimpin Asia Global: Bermula Daripada Bintang Tempatan menjadi CXO Global" ("The Global Asian Leader: From Local Star to Global CXO" [1]). Melalui temu bual bersama 75 pemimpin, laporan tersebut membongkar faktor-faktor yang telah menghalang pertumbuhan pemimpin Asia sepanjang lima tahun yang lalu, selain daripada menilai impak trend mega seperti pandemik dan nasionalisme yang semakin meningkat.

Halangan diskrimasi kekal walaupun ketika Asia menjadi 'tumpuan dunia' 

Ekonomi Asia yang sedang membangun diunjurkan berkembang 5.2% dalam tahun 2023 biarpun dengan ketidaktentuan global dan prospek ekonomi yang lembap. Semakin banyak organisasi global akan perlu 'memandang ke Timur' untuk mengekalkan pertumbuhan perniagaan, menyeru para pemimpin tempatan dengan pemahaman bernuansa tentang norma sosial dan budaya bagi memacu pengembangan serantau.

Namun begitu, walaupun dengan keadaan perniagaan yang kukuh untuk membangunkan pemimpin Asia, perwakilan Asia dalam tampuk kepimpinan tertinggi telahpun jatuh dari tahun 2017. Antara 200 organisasi teratas, organisasi Asia hanya merangkumi 4% daripada pasukan eksekutif di syarikat-syarikat yang beribu pejabat di AS pada tahun 2022, menurun daripada 8% dalam tahun 2017.

"Bakat di Asia telah berkembang dengan pesat dalam pelbagai sifat kepimpinan sepanjang dekad yang lalu – walau bagaimanapun, kajian terkini kami mendedahkan trend yang membimbangkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini dengan pengurangan perwakilan pemimpin Asia dalam pasukan multinasional terkemuka. Inilah masa yang paling penting untuk merobohkan halangan diskriminasi dan mengupayakan Kepimpinan Asia Global demi melengkapkan organisasi-organisasi dengan lebih baik bagi menangani cabaran serantau dan global yang besar yang kita hadapi," kata Elisa Mallis, Pengarah Urusan dan Naib Presiden APAC, CCL.

Mempersiapkan pemimpin Asia untuk mencapai kejayaan dengan peranan global

Bagi mengatasi penyerapan budaya dan berjaya dengan peranan global, CCL mengenal pasti lima sifat harus ada yang perlu ditunjukkan oleh pemimpin Asia – keberanian, sifat ingin tahun, kepercayaan dan keupayaan untuk mempengaruhi keputusan serta pemikiran strategik. Pemimpin Asia telah melakar kemajuan yang signifikan dalam kesemua aspek ini sepanjang lima tahun yang lalu. Pemikiran strategik, umpamanya, merupakan salah satu aspek yang menunjukkan peningkatan yang jelas oleh pemimpin Asia, dengan skor 3.82 – meningkat daripada 3.74 pada tahun 2017.

Walau bagaimanapun, biarpun terdapat beberapa kisah kejayaan pemimpin Asia yang berjaya menyandang peranan serantau atau global, organisasi-organisasi perlu mempertingkatkan inisiatif bagi mendorong pembangunan pemimpin Asia dengan cara berstruktur. Laporan tersebut menekankan pelan tindakan lima langkah untuk pemimpin Asia global yang bercita-cita tinggi, berserta peralihan organisasi yang diperlukan untuk membangunkan rancangan kepimpinan yang pelbagai.

"Perniagaan di Asia bersifat dinamik, pantas dan sengit. Pemimpin perlu terus berusaha dalam membuat keputusan di bawah tekanan dan bersedia untuk menyesuaikan, menetapkan laluan organisasi ke hadapan dengan keseimbangan yang betul antara pemikiran strategik, keberanian, keyakinan dan kesedaran terhadap risiko. Di Swiss Re, kami percaya untuk sentiasa melabur dalam pemimpin kami kerana kami menyedari bahawa sifat-sifat ini penting dalam mendorong pertumbuhan organisasi di Asia dan seluruh dunia," kata Paul Murray, Presiden Serantau dan Ketua Pegawai Eksekutif Insurans Semula Asia, Swiss Re.

Untuk maklumat lanjut dan untuk memuat turun laporan, kunjungi pautan ini.

Metodologi Kajian

Antara bulan Februari dan Jun 2022, sejumlah 75 pemimpin serantau atau global dalam 50 syarikat ditemu bual untuk kajian ini. Temu bual ini dibuat berdasarkan data daripada 119 temu bual yang dijalankan pada tahun 2017. Individu-individu yang ditemu bual berasal daripada campuran industri-industri, dengan 75% menyandang peranan perniagaan dan 25% merupakan eksekutif kanan sumber manusia (HR). Daripada individu yang ditemu bual dalam laporan tersebut, 70% berasal dari Asia manakala 25% organisasi beribu pejabat di Asia.

Latar Belakang Center for Creative Leadership 

Center for Creative Leadership (CCL)® ialah penyedia pembangunan kepimpinan berkedudukan teratas, bertaraf global yang bukan berasaskan keuntungan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, kami bekerjasama dengan organisasi-organisasi daripada semua saiz dari serata dunia termasuk lebih daripada 2/3 Fortune 1000. Penyelesaian termaju kami dipenuhi dengan kajian meluas dan usaha kami bersama ratusan ribu pemimpin pada semua peringkat. Untuk mengetahui lebih lanjut kunjungi ccl.org.

[1] Data dikumpul pada tahun 2017

Source: The Center for Creative Leadership (CCL®)
Keywords: Banking/Financial Service Education Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research