omniture

Perkhidmatan "Send Us Your Device" Spirent Buka Laluan Baharu Untuk Ujian Peralatan Wi-Fi

Spirent Communications
2022-09-16 09:15 31

Pilihan TaaS unik membolehkan pengeluar Wi-Fi mengakses prosedur ujian paling sofistikated atas dasar apabila-diperlukan

SINGAPURA, SYDNEY dan KUALA LUMPUR, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Spirent Communications plc (LSE:SPT), penyedia bagi penyelesaian ujian dan jaminan yang terkemuka untuk peranti dan rangkaian generasi seterusnya, hari ini mengumumkan pelancaran pilihan Ujian sebagai satu Perkhidmatan (TaaS) "Send Us Your Device" baharu untuk pelanggan Wi-Fi. Pertama seumpamanya daripada pengeluar tapak uji Wi-Fi termaju, perkhidmatan berkenaan membolehkan akses kepada keupayaan canggih penyelesaian emulasi dan ujian OCTOBOX daripada Spirent untuk organisasi-organisasi yang mana perbelanjaan modal dan kepakaran yang tinggi diperlukan untuk memiliki dan mengurus persediaan ujian yang rumit mungkin bukan menjadi pilihan.

TaaS Spirent untuk Peranti WiFi
TaaS Spirent untuk Peranti WiFi

Kerumitan teknologi Wi-Fi yang semakin meningkat memerlukan pembangun dan pengeluar memikirkan semula pendekatan mereka terhadap ujian prestasi untuk peranti menggunakan Wi-Fi yang baharu. Perkembangan Wi-Fi 6 dan 6E, pertumbuhan rangkaian akses berbilang-titik jejaring dan jangkaan berkisarkan penumpuan 5G dan Wi-Fi mencipta model aplikasi dan perniagaan baharu yang memerlukan pendekatan yang segar kepada pengujian.

"Memiliki dan mengurus persediaan ujian yang rumit untuk teknologi Wi-Fi yang berkembang pesat mungkin tidak berbaloi untuk perniagaan buat sesetengah pengeluar dan pembangun," kata Doug Roberts, pengurus besar perniagaan Jaminan Perkhidmatan Kitaran Hayat Spirent. "Sebagai peneraju pasaran yang diiktiraf dalam keupayaan emulasi dan ujian Wi-Fi, perkhidmatan Spirent yang baharu ini dapat menangani keperluan perniagaan ini dengan menyediakan akses segera kepada ujian lanjutan dan analisis kegagalan yang akan mengurangkan banyak tempoh ke pasaran mereka dan meningkatkan kualiti prestasi."

Perkhidmatan baharu ini menyasarkan syarikat-syarikat dengan keperluan ujian Wi-Fi, tetapi memiliki sedikit atau tiada kemudahan ujian di lapangan milik mereka sendiri, serta organisasi-organisas seperti pembangun cipset, IoT dan pembuat peranti pengguna serta pengeluar peralatan rangkaian yang perlu menjalankan ujian Wi-Fi secara berkala, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mencipta, menggunakan dan melaksanakan dengan cekap pelbagai ujian prestasi yang kini diperlukan oleh industri. Dijangkakan bahawa pemilik OCTOBOX Spirent dan pihak-pihak lain yang mempunyai makmal sedia ada akan turut mendapati perkhidmatan tersebut bermanfaat apabila sekali sekala mereka mengalami limpahan lebar jalur di kemudahan ujian mereka sendiri.

Tersedia untuk pelanggan seluruh dunia, perkhidmatan berkenaan berpangkalan di kemudahan penyelidikan Massachusetts Spirent di tempat tapak uji OCTOBOX dibangunkan dan dihasilkan. Ini membolehkan Spirent meningkatkan dan mengurangkan dengan mudah perkhidmatan ujian untuk pelanggan berdasarkan kepada keperluan mereka yang sentiasa berubah-ubah dan memanfaatkan kepakaran emulasi dan ujian Wi-Fi yang tiada tandingan daripada syarikat ini. Makmal Spirent turut menyediakan persekitaran ujian yang direkayasa dengan perkakasan dioptimumkan bagi memastikan semua peranti disahkan mengikut piawaian standard kualiti tertinggi yang diterima untuk digunakan oleh pembawa dan perusahaan, seperti TR-398 dan RFC 2544.

"Biarpun banyak kemudahan ujian menggunakan tapak uji berasaskan perisian, kesemua ini tidak dapat melaksanakan senario ujian realistik yang memodelkan pelaksanaan sebenar," kata Roberts. "Ia sering mengalami kekurangan keupayaan untuk menghasilkan keputusan berketentuan yang penting untuk kebolehulangan. Dengan menggunakan tapak uji OCTOBOX kami berserta rangka kerja automasi kami, kami dapat meniru senario dunia sebenar seperti kesesakan, gangguan, jarak dan pergerakan – kesemuanya mempengaruhi kualiti pengalaman pengguna."

Untuk maklumat lanjut tentang Ujian sebagai satu Perkhidmatan Spirent untuk Peranti Wi-Fi, kunjungi www.spirent.com/products/wi-fi-testing-services.

Latar Belakang Spirent

Spirent Communications plc. (LSE: SPT) ialah penyedia penyelesaian ujian dan jaminan automatik global yang terkemuka untuk rangkaian, keselamatan siber dan penentududukan. Syarikat ini menyediakan produk, perkhidmatan inovatif dan penyelesaian terurus yang menangani cabaran ujian, jaminan dan automasi daripada generasi teknologi baharu termasuk 5G, SD-WAN, awan, kenderaan berautonomi dan selanjutnya. Bermula daripada makmal ke dunia sebenar; Spirent membantu syarikat-syarikat menunaikan janji mereka kepada pelanggan mereka untuk generasi baharu peranti terhubung dan teknologi. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.spirent.com dan ikuti kami di LinkedInTwitter dan Facebook.

 

Source: Spirent Communications
Related Stocks:
LSE:SPT OTC:SPMYY
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications