omniture

Global Times: Lawatan penting Xi ke Asia Tengah menunjukkan visi strategik China, menarik perhatian sidang kemuncak SCO dengan 'harapan, peluang dan kepastian'

Global Times
2022-09-19 08:44 86

BEIJING, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping kini mengadakan lawatan luar negara pertama beliau sejak pandemik COVID-19 ke Asia Tengah dan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Shanghai Cooperation Organization (SCO). Aktiviti diplomatik yang utama ini menggamit tumpuan seluruh dunia dan menarik perhatian acara pelbagai hala yang penting di Samarkand melalui mesyuarat dua hala yang kerap bersama pemimpin-pemimpin anggota-anggota SCO yang lain serta rakan-rakan kongsi penting di seluruh benua Eurasia.

Menjelang hari Khamis, ketua-ketua negara dan pemimpin-pemimpin negara-negara lain yang telah ditemui oleh Xi dalam perjalanan beliau yang sedang berlangsung ini termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Kazakh Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Uzbek Shavkat Mirziyoyev, Presiden Kyrgyz Sadyr Zhaparov, Presiden Tajik Emomali Rahmon, Presiden Turkmen Serdar Berdimuhamedov, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Belarus Alexander Lukashenko dan Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev. Rakan-rakan kongsi serantau dan anggota-anggota penting SCO menyatakan sokongan kepada inisiatif yang dicadangkan oleh China berhubung pembangunan dan keselamatan global dan menegaskan semula sokongan terhadap prinsip satu-China.

Pakar-pakar berkata sebab China memilih Asia Tengah sebagai destinasi lawatan luar negara pertama oleh pemimpin tertinggi sejak bermulanya pandemik COVID-19 ialah China meletakkan kepentingan yang tinggi atau malah mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran, negara-negara sedang membangun dan organisasi-organisasi pelbagai hala atau antarabangsa seperti SCO.

China berusaha bersungguh-sungguh melalui diplomasi ketua negara untuk membentuk dengan lebih baik persekitaran antarabangsa yang stabil dan pasti untuk menawarkan perkhidmatan bukan sahaja kepada pembangunannya sendiri, tetapi juga keamanan dan kemakmuran bersama rantau tersebut dan majoriti komuniti antarabangsa, kata penganalisis.

Populariti dan daya tarikan

Semasa mesyuarat bersama Putin, Xi berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan Rusia untuk menghulurkan sokongan padu kepada satu sama lain bagi isu-isu berhubung kepentingan teras masing-masing. China juga bersedia untuk mempererat kerjasama pragmatik dalam bidang-bidang seperti perdagangan, pertanian dan ketersambungan, tambah Xi.

Komunikasi mendalam secara bersemuka pada hari Khamis antara pemimpin-pemimpin tertinggi China dan Rusia - dua kuasa besar berjiran dan anggota-anggota penting SCO yang memiliki pengaruh global - bukan sahaja penting untuk pembangunan hubungan dua hala yang stabil, tetapi juga membawa manfaat yang besar kepada keamanan dan kestabilan serantau, kata pakar.

Pada tahun 2013, Xi yang pertama sekali memulakan Jalur Ekonomi Jalan Sutera, sebahagian daripada Inisiatf Jalur dan Jalan (BRI) semasa lawatan beliau ke Kazakhstan. Inisiatif berkenaan telahpun memberi manfaat kepada pembangunan banyak negara di serata dunia dalam 10 tahun yang lalu. Kali ini, aktiviti diplomatik penting Xi untuk Asia Tengah juga akan membawa pengaruh sekian lama yang baharu dan signifikan bukan sahaja kepada rantau ini, tetapi juga dunia, kata pakar.

Deng Hao, setiausaha agung China Center for SCO Studies, memberitahu Global Times pada hari Khamis bahawa China dan negara-negara Asia Tengah merupakan jiran yang mesra serta rakan kongsi yang erat dan situasi rantau ini akan menjejaskan secara langsung kestabilan dan pembangunan wilayah barat China, menambah bahawa ia juga penting untuk keselamatan tenaga China dan pembinaan Jalur dan Jalan. Maka, China memilih rantau ini untuk lawatan luar negara ketua negara yang pertama sejak tahun 2020 membuktikan bahawa China meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap hubungan bersama rakan kongsi serantau, kata Deng.

Sejak konflik Rusia-Ukraine dan pergolakan politik Kazakhstan pada awal tahun ini, keamanan dan kestabilan serantau terancam dan konflik antara Azerbaijan dan Armenia dalam beberapa tahun kebelakangan ini turut meningkatkan risiko dan kebimbangan kepada rantau tersebut, penting untuk China, sebagai kuasa besar dengan kekuatan negara dan keupayaan ekonomi yang ketara, bagi memainkan peranan yang lebih besar dalam menggalakkan kerjasama dan meningkatkan kesalinghubungan bagi menghubungkan Asia Timur, Asia Tengah, Eropah, Timur Tengah dan Asia Selatan dengan lebih baik, kata pakar.

"Inilah sebabnya presiden Cina adalah sangat popular dalam kalangan rantau ini dan negara-negara dari wilayah-wilayah lain dengan kepentingan yang besar untuk mendapatkan keahlian dan perkongsian dengan SCO, memandangkan mesyuarat dua hala dan pelbagai hala yang kerap menunjukkan daya tarikan yang tinggi terhadap diplomasi ketua negara China," ujar Deng.

Xi menerima sambutan hangat dan layanan mesra dengan penghormatan tertinggi baik di Kazakhstan mahupun Uzbekistan. Pada petang Rabu, Xi menerima Order of the Golden Eagle atau Order "Altyn Qyran", dianugerahkan oleh Presiden Kazakh Tokayev di Ak Orda Presidential Palace di Nur-Sultan, lapor Xinhua. Order of the Golden Eagle ialah order tertinggi yang dianugerahkan oleh Kazakhstan kepada individu-individu bagi mengiktiraf sumbangan penting oleh mereka terhadap pembangunan negara Kazakhstan dan hubungan luar yang mesra.

Tokayev menyampaikan ucapan sebelum menganugerahkan order tersebut. Beliau menyebut bahawa lawatan oleh Xi merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar untuk Kazakhstan, menurut Xinhua.

Xi mengemukakan inisiatif yang hebat termasuk kerjasama Jalur dan Jalan serta pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dan memberi sumbangan yang luar biasa untuk membina jenis hubungan antarabangsa yang baharu, kata Tokayev, menambah bahawa Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global yang dikemukakan oleh Xi mempunyai kepentingan strategik yang tertentu dalam menyelesaikan risiko dan cabaran yang dihadapi oleh dunia pada hari ini.

Pada hari Khamis, Xi menerima anugerah persahabatan tertinggi - Friendship Order – daripada Presiden Uzbek Mirziyoyev. Ini merupakan kali pertama order tersebut dianugerahkan sejak ia ditubuhkan dalam bulan Mac 2020, menurut China Central Television.

Mirziyoyev mengadakan upacara sambutan besar-besaran untuk Xi di lapangan terbang pada petang Rabu. Hampir seratus bendera negara China dan Uzbekistan berkibar-kibar ditiup angin. Permaidani seratus meter panjang diapit oleh pengawal kehormat yang gagah berani, lapor Xinhua.

Diplomasi ketua negara

Sidang Kemuncak SCO ialah sebuah acara antarabangsa pelbagai hala yang penting untuk pemimpin tertinggi China hadir menjelang Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-20 dalam bulan Oktober dan Sidang Kemuncak G20 lewat tahun ini.

Wang Yiwei, pengarah Institute of International Affairs di Renmin University of China, memberitahu Global Times pada hari Khamis bahawa SCO ialah jenis baharu sebuah organisasi antarabangsa yang mendukung idea dan pandangan baharu berhubung keselamatan, pembangunan dan hubungan antarabangsa.

SCO memainkan peranan penting untuk negara-negara anggota menyelesaikan isu sempadan, untuk bersama-sama menentang keganasan, fahaman pemisahan dan ekstremisme agama, turut dikenali sebagai "tiga kejahatan" dan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan kesalinghubungan, maka ia merupakan satu kebaikan awam yang hebat untuk komuniti antarabangsa yang disumbangkan oleh China dan anggota-anggota pengasas yang lain, kata Wang.

"Ketika ini, dunia masih menghadapi ancaman idea-idea lama seperti mentaliti Perang Dingin, konfrontasi blok-ke-blok dan penyahgandingan antara ekonomi-ekonomi utama, maka SCO menawarkan alternatif yang signifikan kepada aturan antarabangsa masa depan dan hubungan antara kuasa-kuasa besar," kata Wang, menyatakan bahawa ini juga merupakan sebab utama pemimpin tertinggi Cina memilih waktu Sidang Kemuncak SCO untuk mengadakan lawatan negara pertama beliau sejak tahun 2020.

Sidang kemuncak secara bersemuka itu membolehkan pemimpin negara anggota mengadakan lebih banyak perbualan langsung dan pertukaran penuh pandangan yang amat penting untuk anggota-anggota tersebut mencapai kata sepakat dan mengambil tindakan bersama ke atas isu-isu antarabangsa dan serantau yang besar dalam konteks keadaan antarabangsa yang tidak stabil ketika ini, kata Deng.

"Populariti ketua negara Cina semasa lawatan tersebut turut membuktikan bahawa banyak negara mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pembangunan China dan mereka berharap China dapat memainkan peranan yang lebih besar untuk membimbing masa depan pembangunan serantau," ujar Deng.

Source: Global Times
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service New products/services