omniture

UPI Optimumkan Pengalaman untuk Pengembara Perniagaan Rentas-Sempadan ketika Pelancongan Global Kembali Pulih

UnionPay International
2022-09-19 09:03 212

SINGAPURA, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- UnionPay International (UPI) terus mengukuhkan keupayaan perkhidmatannya. Tatkala ahli perniagaan kembali beroperasi, UnionPay membawakan pengalaman pengguna yang serba baharu dengan mempelbagaikan keadaan penggunaan dan pilihan pembayaran, terutamanya untuk pengembara perniagaan apabila mereka membuat bayaran rentas-sempadan.

Menurut Global Business Travel Association (GBTA), perbelanjaan perjalanan perniagaan global dijangka meningkat sebanyak lebih daripada 37% pada tahun 2022, memandangkan banyak negara melonggarkan sekatan perjalanan antarabangsa mereka secara beransur-ansur.

Tinjauan industri menunjukkan bahawa wabak COVID-19 mempercepatkan penerimaan pembayaran elektronik di serata dunia. Berlatarbelakangkan hal ini, UPI mempercepatkan pembangunan rangkaian penerimaannya yang telah diperluaskan ke 181 negara dan wilayah setakat ini.

Untuk perbelanjaan dalam kedai, hampir kesemua peniaga di tanah besar Cina menyokong kad UnionPay, manakala liputan penerimaan di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara masing-masing mencecah 90%, 80% dan 75%. UPI telah meningkatkan pengalaman pembayaran di destinasi-destinasi perjalanan perniagaan utama seperti Hong Kong dan Macau SAR, serta Jepun, Korea, Singapura dan Eropah.

Penerimaan pembayaran mudah alih UnionPay telahpun berkembang pesat, dengan lebih daripada 25 juta peniaga di seluruh dunia. Bagi pembayaran dalam talian, UPI menambah bilangan peniaga e-dagangnya kepada 22 juta dan memperluaskan ketersediaan perkhidmatan pembayaran tanpa kontak, lalu mengurangkan risiko transmisi COVID-19 dalam pembayaran.

Sebagai jenama pembayaran antarabangsa yang digemari oleh pengembara perniagaan, UPI telahpun meningkatkan pengalaman pembayaran dalam perjalanan perniagaan dan memperkenalkan perkhidmatan dan faedah-faedah bernilai tambah untuk mempermudah perjalanan perniagaan rentas-sempadan dan membantu merangsang ekonomi dan pemulihan perdagangan.

Dengan kerjasama penggiat industri termasuk platform tempahan, kumpulan hotel, syarikat penerbangan antarabangsa, UPI menyediakan perkhidmatan pembayaran yang tersendiri untuk menyokong lawatan kerja. Sebagai contoh, pembayaran UnionPay telahpun didayakan untuk agensi-agensi pelancongan dalam talian (OTA) yang utama, sepuluh kumpulan hotel terbaik termasuk Marriott, lebih 80 syarikat penerbangan utama di seluruh dunia dan aplikasi e-panggilan yang terkenal. Dalam separuh pertama tahun 2022, syarikat penerbangan dan OTA menyaksikan peningkatan ketara iaitu sebanyak lebih daripada 80% dalam jumlah transaksi UnionPay.

Dengan penambahbaikan yang berterusan dalam keadaan penggunaan dan kebolehoperasian global, produk pembayaran UnionPay terbukti popular dalam kalangan pengembara perniagaan antarabangsa. Lebih daripada 190 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan di lebih 70 negara dan wilayah di luar tanah besar Cina, lalu menghasilkan peningkatan 30% dalam jumlah transaksi rentas-sempadan pada separuh pertama tahun ini.

Selain itu, UPI melancarkan lebih 140 produk pembayaran mudah alih yang menyokong kemasukan kad UnionPay di 30 negara dan wilayah. Turut tersedia dalam tawaran tersebut ialah UnionPay App, dompet kod QR dan produk bayar OEM, telah menjadi popular kerana memenuhi tabiat pembayaran berbeza oleh pengguna, terutamanya di rantau Asia-Pasifik. Sebagai contoh, satu dalam empat orang di Hong Kong & Macau SAR menggunakan pembayaran mudah alih UnionPay. E-dompet serantau seperti PayLah! di Singapura dan Boost di Malaysia turut didayakan untuk rangkaian UnionPay.

Baru-baru ini, UPI menyampaikan kekuatannya dalam pengumpulan sumber dan berganding bahu bersama institusi kewangan tempatan dan peniaga terkenal untuk melancarkan promosi di 17 negara dan wilayah termasuk Hong Kong & Macau SAR, UK dan Jepun. Tawaran tersebut didatangkan dalam bentuk termasuk diskaun ambang (potongan sehingga 50%) dan baucar hadiah, tersedia di banyak peniaga terkemuka seperti Galeries Lafayette dan Fidenza Village. Bagi setiap bayaran yang dibuat dengan kad pulangan tunai rentas-sempadan UnionPay, pemegang kad dapat menikmati pulangan tunai tambahan selain daripada tawaran peniaga.

Latar Belakang UnionPay International

UnionPay International (UPI) memberi tumpuan pada pertumbuhan dan sokongan perniagaan global UnionPay. Dengan kerjasama lebih 2500 buah institusi di seluruh dunia, UnionPay International mendayakan penerimaan kad di 181 negara dan wilayah dengan pengeluaran kad di 77 negara dan wilayah. UnionPay International menyediakan perkhidmatan bayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada kumpulan pemegang kad yang paling besar di dunia dan menjamin perkhidmatan tempatan yang mudah untuk bilangan pemegang kad dan pedagang UnionPay global yang semakin meningkat.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Travel New products/services