omniture

Hilton Melancarkan Siri Acara Baharu yang Dikhaskan untuk Masa Depan MICE

Hilton
2022-09-19 19:07 45

Bertempat di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City baharu, acara "Hilton MICE Series" yang pertama membincangkan topik kelestarian dengan panel peneraju industri.

SHAH ALAM, Malaysia, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Dengan pelancaran besar DoubleTree by Hilton di Shah Alam i-City baru-baru ini, hotel itu kini memperkenalkan tawaran terbaharu mereka: Siri MICE Kelestarian, iaitu usaha terbaru Hilton untuk membawa jenama itu ke arah masa hadapan yang lebih hijau dan lebih lestari.

From left: Freda Liu (Penyampai Penyiaran Perniagaan), Thila Chandran (Pengurus Pemasaran Secai Marche), Logeetha Balakrishnan (Pengurus Usaha Baharu BoomGrow), Marc Jolly (Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Next Gen Foods), Linda Giebing (Penjuang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Hilton untuk Asia Tenggara).
From left: Freda Liu (Penyampai Penyiaran Perniagaan), Thila Chandran (Pengurus Pemasaran Secai Marche), Logeetha Balakrishnan (Pengurus Usaha Baharu BoomGrow), Marc Jolly (Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Next Gen Foods), Linda Giebing (Penjuang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Hilton untuk Asia Tenggara).

Pada tahun 2021, Hilton telah menerima pengiktirafan untuk Kepimpinan Kelestarian oleh Indeks Kelestarian Dow Jones buat kali kelima berturut-turut. Demi meneruskan usahanya, Hilton kini mengejar masa hadapan yang mesra alam melalui inisiatif karbon neutral. Acara yang pertama dalam siri ini, Hilton merancang untuk melaksanakannya pada setiap suku tahun bagi menunjukkan bagaimana kelestarian boleh disepadukan dengan cara yang kreatif dan mencipta impak sosial yang diperlukan untuk memenuhi inisiatif Travel with Purpose 2030 mereka.

Pada hari Khamis, 25 Ogos 2022, acara yang julung kali diadakan ini telah dilaksanakan dengan kelestarian makanan sebagai tema utamanya. Hilton bekerjasama dengan vendor makanan utama untuk mengetengahkan kisah makanan yang dihidangkan, menyerlahkan asal-usulnya, keaslian serta ciri-ciri penyembuhan dalam hidangan yang sedang dimakan.

"Bagi kami di DoubleTree, sekadar menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada tetamu tidak memadai. Perkhidmatan yang kami sediakan mesti memenuhi matlamat yang lebih besar daripada diri kami sendiri. Itulah sebabnya sokongan kami untuk kelestarian adalah penting untuk hospitaliti kami . Kami mahu anda semua kembali lagi dan ini bermakna kami perlu memastikan supaya seluruh alam sekitar dapat dikekalkan," kata Gagan Talwar, Pengurus Besar cawangan i-City Shah Alam.

Acara itu menampilkan bengkel yang dikendalikan oleh barisan rakan vendor DoubleTree by Hilton, termasuk Benns Ethicoa, pembuat coklat artisan tempatan yang memperolehi ramuannya daripada petani serantau, sekaligus memberi peluang kepada para hadirin untuk merasai kualiti coklat buatan Malaysia.

Selain Benns Ethicoa, para hadirin turut menyertai sesi merasa makanan Chef's Table di Makan Kitchen yang merangkumi makanan lestari seperti Tindle, produk ayam berasaskan tumbuhan oleh Next Gen Foods yang berpangkalan di Singapura, dan tanaman bernilai tinggi oleh Green World Genetics, sebuah syarikat Malaysia berasaskan R&D yang mengkhusus dalam menghasilkan benih hibrid tropika bukan GMO berkualiti tinggi.

Para hadirin juga diperkenalkan dengan hasil tanaman tempatan daripada BoomGrow, rangkaian petani tempatan yang menggunakan data bagi mewujudkan persekitaran yang memberikan hasil dengan kualiti yang konsisten sepanjang tahun, dan Secai Marche, sebuah syarikat Jepun berpangkalan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan terus ke ladang yang menggalakkan kelestarian untuk petani.

Marc Jolly, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Next Gen Foods, berkongsi visi Tindle untuk masa depan yang lebih lestari.
Marc Jolly, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Next Gen Foods, berkongsi visi Tindle untuk masa depan yang lebih lestari.

"Kami di Next Gen Foods berdedikasi untuk membina sistem pemakanan yang lebih bernas dan menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan lagi selamat bagi bumi ini berbanding makanan berasaskan haiwan yang mereka gantikan," kata Marc Jolly, Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan (APME) di Next Gen Foods. "Sambil kami mengembangkan dan meningkatkan kehadiran produk pertama kami, TiNDLE, kami sentiasa mencari rakan kongsi yang berfikiran sama untuk menyertai dalam perjalanan kami ini – dan teruja untuk bekerjasama dengan Hilton hari ini."

Satu panel diadakan dibarisi oleh Linda Giebing, Penjuang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Hilton untuk Asia Tenggara, Logeetha Balakrishnan, Pengurus Usaha Baharu BoomGrow, Thila Chandran, Pengurus Pemasaran untuk Secai Marche, dan Marc Jolly, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Next Gen Foods. Sesi panel ini dikendalikan oleh Freda Liu, Penyampai Penyiaran Perniagaan dan topik perbincangan berkisar tentang trend masa hadapan makanan, bermula daripada penyumberan hingga ke penafsiran makanan sedia ada dengan penggunaan bahan alternatif.

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City mempunyai bilik mesyuarat fleksibel tanpa tiang berkeluasan 17,157 kaki persegi dan kemudahan bankuet termasuk Grand Ballroom serta sebuah dewan pelbagai acara yang canggih. Semua bilik mesyuarat ditingkatkan dengan peralatan audio-visual yang canggih dan Internet berkelajuan tinggi bagi memastikan tetamu sentiasa berhubung, serta hospitaliti Hilton untuk menghidupkan setiap persidangan, resepsi atau seminar.

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City terletak di Finance Avenue, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat penempahan, sila hubungi hotel di www.doubletreeshahalamicity.com atau hubungi +603 5521 8808.

Latar belakang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka dengan portfolio 18 jenama bertaraf dunia yang merangkumi hampir 6,900 hartanah dan hampir 1.1 juta bilik, di 122 buah negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi visi penubuhannya untuk memenuhi bumi dengan cahaya dan kemesraan hospitaliti, Hilton telah mengalu-alukan lebih 3 bilion tetamu dalam sejarah lebih 100 tahunnya, memperoleh tempat teratas dalam senarai 100 Syarikat Terbaik untuk Bekerja oleh Fortune dan telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Indeks Kelestarian Dow Jones selama lima tahun berturut-turut. Hilton telah memperkenalkan pelbagai peningkatan teknologi yang menerajui industri untuk meningkatkan pengalaman tetamu, termasuk Digital Key Share, naik taraf bilik percuma automatik serta keupayaan untuk menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan tetamu Hilton Honors yang memenangi anugerah, ahli seramai hampir 133 juta yang menempah terus dengan Hilton boleh mengumpul Mata untuk penginapan hotel serta pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan aplikasi percuma Hilton Honors, tetamu boleh menempah penginapan mereka, memilih bilik mereka, mendaftar masuk, membuka kunci pintu mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, semuanya menggunakan telefon pintar mereka. Layari stories.hilton.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton di Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

Latar belakang DoubleTree by Hilton

DoubleTree by Hilton ialah portfolio global yang berkembang pesat merangkumi lebih daripada 635 buah hotel yang menawarkan lebih daripada 144,700 buah bilik di 51 buah negara dan wilayah. Selama lebih daripada 50 tahun, DoubleTree by Hilton terus kekal sebagai simbol keselesaan bagi pelancong perniagaan dan percutian di seluruh dunia, daripada mengalu-alukan para tetamu dengan biskut cip coklat DoubleTree tersendiri yang panas sehinggalah berkhidmat untuk masyarakat setempat. DoubleTree by Hilton menawarkan penginapan dan kemudahan kontemporari, termasuk pengalaman makanan dan minuman yang unik, kemudahan kecergasan terkini serta ruang mesyuarat dan acara. Alami pengalaman menginap yang positif di DoubleTree by Hilton dengan membuat penempahan di doubletree.com atau melalui aplikasi Hilton Honors yang menerajui industri.

Ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran Hilton pilihan mempunyai akses kepada manfaat segera. Ketahui lebih lanjut mengenai DoubleTree by Hilton di stories.hilton.com/doubletree, dan ikuti jenama ini di Facebook, Twitter dan Instagram.

Source: Hilton
Related Stocks:
NYSE:HLT
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services