omniture

Huawei Cloud bakal perkasa 10,000 syarikat pemula dalam 3 tahun

Spark Founders Summit
2022-09-19 23:13 59

BANGKOK, 19 September 2022 /PRNewswire/ -- Acara syarikat pemula unggulan Huawei, Sidang Kemuncak Spark Founders (SFS) akan diadakan pada 20 - 21 September semasa berlangsungnya Huawei Connect 2022 di Bangkok, Thailand. Acara selama dua hari itu akan menghimpunkan pengasas syarikat pemula, penggubal dasar, perusahaan dan pelabur untuk membincangkan proses menyerlahkan digital bagi memperkasa ekosistem syarikat pemula.

Huawei Spark ialah platform pecutan yang dilancarkan dalam tahun 2020 oleh Huawei Cloud untuk syarikat pemula teknologi. Tujuannya adalah untuk menginkubasikan dan mempercepatkan syarikat pemula bagi menjadi perniagaan yang berkembang pada masa depan. Awalnya dilancarkan di Asia Pasifik, Huawei Spark kini turut berada di Amerika Latin dan tidak lama lagi akan berada di Afrika, Eropah dan Timur Tengah pada tahun akan datang tatkala program tersebut berkembang ke peringkat global untuk membantu lebih banyak perusahaan berkembang dan meningkat maju dengan cekap bersama awan.

Zhang Ping'an, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud, mengumumkan pada 15 September di Shenzhen bahawa Huawei Cloud akan memberi sokongan kepada sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula yang cerah masa depannya di serata dunia sepanjang tiga tahun akan datang, dengan sokongan termasuk pengoptimuman kos, sokongan teknikal, latihan keusahawaan dan sumber perniagaan yang lain.

Di Sidang Kemuncak Spark Founders pada tahun ini, satu sorotan utama ialah panel tiga pihak pada 20 September yang melibatkan wakil-wakil daripada kerajaan Thailand, Singapura dan Indonesia berucap tentang strategi dan program ekosistem syarikat pemula negara masing-masing.

Barisan penceramah akan turut menampilkan 'unikorn' serantau seperti Patrick Cao, Presiden GoTo, para pemodal teroka seperti Lee Kai Fu, Pengerusi Sinovation Ventures dan Yutong Zhang, Pengarah Urusan GSR Ventures.

Untuk maklumat lanjut tentang SFS, sila kunjungi: https://www.sparkfounderssummit.com/#hsfs-our-partner

 

Source: Spark Founders Summit
Keywords: Internet Technology Telecommunications