omniture

Zoomlion Sambut Ulang Tahun ke-30, Tonjolkan Komitmen Global terhadap Tanggungjawab Sosial

Zoomlion
2022-09-26 08:26 23

CHANGSHA, China, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- September 2022 merupakan Hari Amal Antarabangsa dan bertepatan dengan ulang tahun ke-30 penubuhan Zoomlion. Sepanjang tiga dekad yang lalu, Zoomlion memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan aktif, bekerjasama dengan badan amal dan perkhidmatan pengurusan kecemasan serta terus melaksanakan pembasmian kemiskinan yang tepat serta kerja-kerja kebajikan sosial lain yang penting.

Zoomlion officially delivered donated agricultural equipment to Cambodia
Zoomlion officially delivered donated agricultural equipment to Cambodia

Ulang tahun ke-30 Zoomlion meraikan pencapaian dan pembangunannya yang berterusan, serta komitmen teguh syarikat ini terhadap tanggungjawab sosial. Zoomlion percaya kedermawanan korporat mewujudkan keterangkuman, kebingkasan dan hubungan sosial. Dengan memfokuskan kepada keperluan kumpulan rentas melalui perbuatan bersifat dermawan, Zoomlion berdedikasi untuk menyumbang kepada pembangunan budaya, sains dan sukan dalam masyarakat serta memperjuangkan hak-hak kumpulan terpinggir dan kurang bernasib baik.

Sorotan inisiatif-inisiatif tanggungjawab sosial global Zoomlion termasuk:

Bantuan pandemik global

Semasa bermulanya pandemik Covid-19 apabila peralatan perubatan mendapat permintaan yang tinggi, Zoomlion menyumbang tiga kelompok dengan hampir 700,000 bahan perlindungan perubatan ke 43 negara dan wilayah bagi membantu penduduk tempatan memerangi pandemik.

Sumbangan jentera pertanian untuk menggalakkan pembangunan setempat

·  Mesin penuai tebu untuk membantu sektor pertanian Republik Dominika.

·  20 juta yuan untuk Azerbaijan, termasuk 45 kenderaan sanitasi dan pembersihan.

·  Bantuan peralatan pertanian di Timor-Leste bernilai lebih daripada 3 juta yuan.

Penyertaan aktif dalam bantuan gempa bumi

Zoomlion juga aktif memanfaatkan sepenuhnya peralatannya untuk menjalankan tugas tanggungjawab sosial yang meluas dalam situasi bantuan kecemasan anti-gempa-bumi, anti-banjir dan anti-kemarau serta aktif mengambi bahagian dalam menyelamat mereka yang terjejas dan pembaikan infrastruktur yang rosak akibat gempa bumi Wenchuan, Yushu dan Ya'an. Pada 5 September, apabila gempa bumi berukuran 6.8-magnitud melanda Luding, Zoomlion segera terlibat dalam operasi menyelamat kecemasan serta bantuan bencana dengan lapan kren serta mesin pengorek.

Pendidikan dan pembasmian kemiskinan

Selama lebih daripada 20 tahun, Zoomlion telah memulakan beberapa projek bantuan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan di kawasan terpencil, berhubung dengan sumber pendidikan yang berkualiti untuk membantu pelajar berjaya menamatkan pengajian mereka. Hari ini, syarikat ini menderma sebanyak lebih daripada 28 juta yuan dan membantu lebih 45,000 orang pelajar memasuki universiti.

Zoomlion memberi respons dengan aktif kepada 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain daripada "Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik" dan "Pendidikan Berkualiti", Zoomlion turut menggalakkan matlamat "Tenaga Bersih" menerusi inovasinya dalam produk lestari dan proses pembuatan hijau, seterusnya memenuhi tanggungjawabnya sebagai warga korporat antarabangsa.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Social Responsibility Not for profit