omniture

SUEZ gandakan pelaburannya untuk perkukuh kedudukannya sebagai pengusaha utama bagi pengurusan air dan bahan buangan

SUEZ Group
2022-09-29 15:04 44
  • Hari ini, SUEZ memperkenalkan rancangan strategiknya bagi tahun 2027
  • Kumpulan ini akan memfokuskan kepada perniagaan terasnya, iaitu air dan bahan buangan serta membangunkan jejak antarabangsanya
  • Kumpulan ini akan mencipta nilai untuk semua pemegang sahamnya melalui inovasi dan pelaburan bersama-sama pelanggannya
  • Kumpulan ini menyasarkan purata pertumbuhan tahunan dalam hasil antara 4% dan 5% serta purata pertumbuhan tahunan dalam EBITDA melebihi hasilnya
  • Berhadapan dengan cabaran alam sekitar dan tenaga yang baharu, Kumpulan ini akan melabur, bersama-sama pelanggannya, lebih daripada tambahan €860 juta berbanding dengan tempoh sebelum ini dan akan meningkatkan belanjawan penyelidikan dan pembangunan sebanyak lebih daripada 50%
  • Pemerolehan SUEZ R&R di United Kingdom* merupakan langkah strategi yang besar ke hadapan untuk Kumpulan ini, mengukuhken kedudukannya sebagai pengusaha global dalam pasaran bahan buangan
  • Susulan pemerolehan ini, hasil SUEZ akan mencecah €9 bilion and dan Kumpulan ini akan memiliki 44,000 pekerja
  • Kontrak rekod yang diumumkan hari ini untuk loji rawatan air buangan baharu di India, yang terbesar seumpamanya ditandatangani oleh SUEZ di negara berkenaan, menggambarkan cita-cita Kumpulan ini untuk berkembang di geografi bersasaran yang baru muncul

PARIS, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Sejak awal tahun 2022, SUEZ Group yang baharu telah berjaya menunjukkan kebingkasan dan keupayaannya untuk meneruskan pembangunannya: dikuatkan dengan sokongan daripada pemegang sahamnya—Meridiam, GIP, Caisse des Dépôts dan CNP Assurances—SUEZ telah melakukan beberapa pemerolehan strategik khususnya untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran utama serta barisan perniagaan: IWS di Perancis (Kepakaran Sisa Industri, rawatan sisa berbahaya), EnviroServ di Afrika Selatan (pengurusan sisa), SUEZ R&R di United Kingdom (aktiviti kitar semula dan pemulihan bahan buangan).

Hari ini, SUEZ membentangkan rancangan strategiknya untuk tahun 2027 dengan cita-cita untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk penyelesaian kitaran bagi air dan bahan buangan.

Rancangan strategik tersebut menyediakan pembangunan yang bertumpukan penciptaan nilai melalui sumbangan penyelesaian terbukti, inovasi yang ditingkatkan dan keupayaan pelaburan yang diperkukuh untuk membantu pelanggan SUEZ menangani cabaran alam sekitar yang semakin meningkat.

Rancangan strategik Kumpulan ini adalah berdasarkan kepada tiga tonggak:

1. Memberi tumpuan kepada aktiviti dan pasaran penting Kumpulan ini.

Dari segi aktiviti, Kumpulan ini seterusnya akan memfokuskan kehadirannya untuk perniagaan Pasaran Air dan Bahan Buangan.

Dari segi geografi, Kumpulan ini akan meneruskan pembangunannya dalam pasaran-pasaran tertentu yang khususnya amat memberangsangkan—United Kingdom, Itali, China, India, Australia, Timur Tengah dan Afrika—seterusnya, mendapat manfaat daripada pendedahan seimbang antara pasaran matang yang memfokuskan kepada inovasi dan pasaran baru muncul dengan pertumbuhan mantap. Menjelang tahun 2027, Kumpulan ini menyasarkan untuk menjana hasil kira-kira 40% dalam pasaran antarabangsa.

Pemerolehan bekas aktiviti SUEZ R&R di United Kingdom*, pengusaha ketiga terbesar dalam Pasaran Bahan Buangan yang berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam kitar semula dan pemulihan tenaga, akan mengukuhkan kepimpinan SUEZ melalui kaedah-kaedah baharu pemulihan bahan buangan dan mempelbagaikan jejak geografinya. Ini merupakan pemerolehan ketiga oleh Kumpulan ini dalam tempoh lapan bulan dan yang terbesar dari segi saiznya.

2. Melabur dan berinovasi dengan penyelesaian yang membezakan Kumpulan ini.

SUEZ berhasrat untuk membezakan melalui kepakaran uniknya dalam pembinaan insfrastruktur dan kepimpinan yang diiktiraf dalam inovasi, teknologi digital dan pengalaman pelanggan.

Inovasi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan diperkukuh untuk membangunkan penyelesaian baharu bagi memelihara sumber air, memerangi bahan pencemar, kitar semula, menghasilkan tenaga hijau daripada bahan buangan dan mengurangkan jejak karbon pelanggan kami. Kumpulan ini akan meningkatkan belanjawan penyelidikan dan pembangunan khususnya sebanyak 50%.

Akhir sekali, berhubung kekuatan kepimpinannya dalam penyelesaian terhubung ("Aquadvanced" untuk mengurus loji dan rangkaian, meter pintar, dsb.), Kumpulan ini akan terus melabur dalam teknologi digital serta teknologi yang memainkan peranan penting dalam memelihara sumber yang semakin terhad (mengesan kebocoran dalam rangkaian air, menasihatkan pengguna mengenai keseriusan tenaga, dsb.) dengan matlamat untuk menggandakan hasil daripada aktiviti-aktiviti ini dalam tempoh lima tahun.

Komited terhadap cita-citanya untuk melabur bersama-sama pelanggannya, dalam usaha untuk menangani cabaran alam sekitar dan tenaga baharu, Kumpulan ini akan melabur tambahan €860 juta berbanding tempoh sebelumnya.

3. Mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan Kumpulan ini.

Melalui strateginya, SUEZ berusaha untuk mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingannya:

  • Berhubung pemegang saham, strategi SUEZ bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan dalam keuntungan melebihi pertumbuhan dalam hasil.
  • Berhubung dengan pekerja Kumpulan ini, SUEZ menjalankan aktivitinya sebagai sebahagian daripada dasar pegangan saham yang diperakui. Sejajar dengan komitmen yang dibuat oleh pemegang saham Kumpulan ini untuk memiliki 10% daripada modal yang dipegang oleh pekerja ini dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang, SUEZ melancarkan pelan pegangan saham pekerja. Kumpulan ini telah menetapkan sasaran 3% daripada modalnya untuk dipegang oleh pekerjanya dari tahun 2022. Sekiranya sesuai, tiga pengarah yang mewakili pekerja (seorang mewakili pemegang saham pekerja, dua orang mewakili pekerja) akan berada dalam Lembaga Pengarah Kumpulan ini.
  • Di samping itu, Kumpulan ini memperbaharui komitmen kemasyarakatannya, pertama, melalui inisiatif rangkumannya, dilaksanakan khususnya oleh subsidiari rangkuman sosialnya; Rebond: subsidiari SUEZ menyambut ulang tahun kedua puluhnya pada tahun 2022, dengan sejumlah 10,500 benefisiari, 70% daripada mereka telah mendapat pekerjaan stabil atau mendapat kelayakan yang diiktiraf. Kedua, SUEZ komited untuk melabur dalam membangunkan kemahiran dan kecekapan. Kumpulan ini juga menegaskan sokongannya untuk Fondation SUEZ: dengan belanjawan tahunannya sebanyak hampir €3 juta, yayasan berkenaan menyokong projek-projek untuk akses kepada perkhidmatan penting (air, sanitasi dan bahan buangan) di negara-negara baru muncul dan sedang membangun serta projek-projek rangkuman sosial di Perancis. Akhir sekali, perkongsian bersama pasukan berbasikal wanita FDJ-SUEZ membuktikan komitmen Kumpulan ini untuk menggalakkan kepelbagaian dan peluang yang sama rata. 

Sebagai sebahagian daripada strateginya, Kumpulan ini juga bermatlamat untuk mengekalkan kepimpinannya dalam pembangunan mampan. Menjelang penghujung tahun 2022, SUEZ akan memperkenalkan pelan hala tuju pembangunan mampannya, menggariskan sumbangan, cita-cita dan sasaran terukur untuk iklim, pemuliharaan alam semula jadi dan hal ehwal sosial. 20% daripada pampasan jangka panjang eksekutif Kumpulan ini akan dikaitkan dengan pencapaian kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Secara keseluruhan, dari segi kewangan, pelaksanaan strategi ini akan menghasilkan pertumbuhan tahunan dalam hasil antara 4% dan 5% serta pertumbuhan tahunan dalam EBITDA melebihi hasil berkenaan.

Sebuah organisasi yang baharu, dipermudah, lebih tangkas dan bertumpukan pelanggan akan melaksanakan rancangan ini. Ia akan distrukturkan berkisarkan dua perniagaan Kumpulan ini, air dan bahan buangan. Organisasi baharu ini akan berasaskan kepada budaya yang mempromosikan keusahawanan dan pemerkasaan pasukan. Ia juga akan menggalakkan kecemerlangan komersial dan operasi.

Rancangan strategik Kumpulan ini berakar umbi dalam visi sumbangannya kepada masyarakat, termaktub dalam matlamatnya. SUEZ yakin bahawa melalui aktiviti air dan bahan buangan, ia dapat memainkan peranan penting di mana-mana ia beroperasi bagi meningkatkan kualiti hidup orang ramai setiap hari. Dibangunkan dengan kerjasama pihak berkepentingan, pekerja, pelanggan dan rakan kongsi Kumpulan ini, tujuan Kumpulan ini akan diterjemahkan kepada sasaran yang konkrit dan terukur untuk semua aktivitinya. Penggabungan ke dalam undang-undang kecil syarikat ini akan tertakluk kepada kelulusan oleh Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang Saham yang diadakan dalam separuh pertama tahun 2023. 

Tujuan kami

Berhadapan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat, saban hari, selama lebih daripada 160 tahun, kami telah bertindak dengan menyokong pelanggan dan rakan kongsi kami untuk menyampaikan perkhidmatan penting yang melindungi dan meningkatkan kualiti hidup di mana-mana sahaja kami beroperasi. 

Disatukan oleh semangat terhadap tugas kami serta budaya yang inklusif dan semangat berpasukan, kami berinovasi untuk memulihara air dan mencipta nilai daripada bahan buangan, dalam bentuk tenaga dan bahan kitar semula. Kami mendorong dan melaksanakan tingkah laku yang bertanggungjawab, teknologi lebih cekap dan penyelesaian kitaran terhadap kitar semula dan menggunakan sebaik mungkin sumber tidak terhingga daripada Bumi.

Berakar umbil dalam komuniti kami, kami komited untuk menyediakan kepada orang ramai dan planet ini dengan sumber demi masa depan bersama.

Semasa pembentangan rancangan strategik tersebut, Sabrina Soussan, Kursi dan Ketua Pegawai Eksekutif SUEZ, mengulas: "Pasaran Air dan Bahan Buangan menghadapi cabaran bersejarah, dicirikan oleh kecemasan alam sekitar dan anjakan paradigma dalam tenaga. Cita-cita saya adalah agar SUEZ menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk penyelesaian kitaran bagi air dan bahan buangan. Hari ini, SUEZ telah menetapkan hala tuju yang jelas untuk mencapai tujuan ini: strategi pertumbuhan yang bercita-cita tinggi dan mampan untuk menjana pertumbuhan tahunan dalam hasil antara 4% dan 5% menjelang tahun 2027, berdasarkan kepada keupayaan pelaburan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan peningkatan sebanyak 50% daripada usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami. Pemerolehan SUEZ R&R di United Kingdom benar-benar selari dengan strategi ini. Anugerah kontrak rawatan air di India, yang merupakan kontrak terbesar yang ditandatangani setakat ini oleh Kumpulan ini di negara berkenaan, turut mencerminkan tahap kemajuan kami ke arah menjadi sebuah syarikat yang terpelbagai dan seimbang dari segi geografi. Diperkukuh oleh sejarah kami, kepakaran dan semangat pasukan kami serta sokongan tidak berbelah bahagi daripada pihak berkepentingan kami, kami memasuki fasa baharu untuk SUEZ dengan yakin dan penuh kesungguhan."

*tertakluk kepada kelulusan oleh pihak berkuasa pertandingan

Latar Belakang SUEZ

Berhadapan dengan cabaran alam sekitar yang semakin meningkat, selama lebih daripada 160 tahun, SUEZ telah bertindak untuk menyampaikan perkhidmatan penting yang melindungi dan meningkatkan kualiti hidup. SUEZ mengupayakan pelanggannya untuk menyediakan akses kepada perkhidmatan air dan bahan buangan, dengan penyelesaian yang berdaya tahan serta inovatif. Dengan 35 000 pekerjanya yang berada di 40 negara, Kumpulan ini juga membolehkan pelanggannya mencipta nilai dalam seluruh kitar hayat aset dan perkhidmatannya serta untuk memacu peralihan ekologi mereka, bersama-sama pengguna akhir mereka. Pada tahun 2021, SUEZ mengeluarkan air minuman untuk 66 juta orang di seluruh dunia dan perkhidmatan sanitasi untuk lebih daripada 33 juta orang. Kumpulan ini menjana 3.6 TWj tenaga daripada bahan buangan dan air buangan setiap tahun dan mengelakkan emisi 3.8 juta tan CO2. Pada tahun 2021, SUEZ menjana hasil sebanyak 7.5 bilion euro.

Di Asia, perjalanan SUEZ bermula kira-kira 70 tahun yang lalu, yang pertama di Asia Tenggara sebelum berkembang ke China hampir 50 tahun yang lalu. Menerusi lebih 6,500 pekerja dan lebih 40 usaha sama bersama rakan kongsi tempatan, SUEZ telah membina lebih 600 loji air dan air buangan. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan air dan bahan buangan kepada lebih 20 juta orang dan menyampaikan perkhidmatan alam sekitar kepada 16 taman industri. SUEZ mengurus kontrak air PPP pertama China di Macau, mengendalikan salah satu kemudahan rawatan sisa berbahaya yang terbesar di Asia iaitu di Shanghai serta melabur sebanyak lebih RMB 4 bilion di Chongqing. Hari ini, SUEZ diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat yang paling berpengaruh dan penanda aras perkhidmatan untuk menerajui industri alam sekitar rantau ini.

Ketahui lebih lanjut tentang SUEZ Asia di laman sesawang & media sosial kami:

Wechat  Twitter  LinkedIn YouTube Instagram

Source: SUEZ Group
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Environmental Issues