omniture

Modul 600W+ bertumpu-LCOE, pacu pasaran PV global dengan empat kecekapan utama

Trina Solar Co., Ltd
2022-09-29 17:23 78

CHANGZHOU, China, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar telah mengemukakan prinsip berorientasikan LCOE, yang mengurangkan LCOE di stesen janakuasa PV dengan kuasa yang tinggi, kecekapan tinggi, keandalan tinggi dan hasil tenaga yang tinggi. Ini berdasarkan kepada pengalaman dunia sebenar termasuk trend pasaran untuk memberi kuasa kepada pertumbuhan industri bagi membina dunia karbon-sifar.

Modul berkuasa tinggi menjadi lengkapan pasaran global

Produk PV berkuasa tinggi sedang melanda dunia, seperti yang dibuktikan dalam acara-acara seperti Intersolar Europe di Jerman dalam bulan Mei dan Intersolar South America di Brazil pada penghujung bulan Ogos. Kira-kira 30 pengeluar modul mempamerkan lebih daripada 40 produk 600W+ menggunakan teknologi seperti PERC, HJT dan TOPCon.

Trina Solar telah menghantar lebih daripada 30GW modul 210 ke seluruh dunia, dengan industri ini secara keseluruhan menghantar lebih daripada 50GW menjelang bulan Jun. InfoLink, firma perunding tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di dunia, meramalkan bahawa tahun ini kapasiti pengeluaran sel 210mm akan mencecah 309GW dan modul 344GW.

Kecekapan teras modul 600W+, 4 kunci yang menjayakan LCOE rendah

Mengurangkan LCOE sentiasa menjadi pemacu utama dalam peningkatan kapasiti terpasang PV dan kekal menjadi matlamat utama inovasi teknologi dalam industri PV.

Mengurangkan pelaburan awal dalam stesen janakuasa PV dan meningkatkan jumlah penjanaan kuasa semasa kitar hayatnya adalah amat penting bagi menurunkan LCOE. Produk-produk berkuasa tinggi dan berkecekapan tinggi dapat meningkatkan dengan ketara kuasa rentetan, mengurangkan kos BOS dan mengurangkan pelaburan projek awal. Modul-modul solar dengan hasil tenaga yang tinggi dan keandalan tinggi meningkatkan jumlah hasil tenaga stesen janakuasa secara langsung semasa masa hidupnya. Trina Solar mendapati bahawa kuasa tinggi, kecekapan tinggi, hasil tenaga tinggi dan keandalan tinggi, serta terus mengurangkan LCOE merupakan elemen-elemen utama pada modul PV yang unggul.

Berpandukan LCOE, aplikasi global 600W+ semakin matang

Modul 600W+ Vertex Trina Solar ialah produk yang memenuhi sepenuhnya empat keperluan teras yang baru disebut dan juga telah dibuktikan dalam pelbagai loji janakuasa PV dan oleh pihak-pihak ketiga. Menggabungkan ciri-ciri berkenaan dengan pengurangan LCOE memberikan kepada kami apa yang kami gelar sebagai prinsip berorientasikan LCOE.

Berbanding dengan modul biasa yang terdapat dalam pasaran, modul 600W+ meningkatkan jumlah kuasa sebanyak 125W-130W, satu peningkatan kecekapan modul sebanyak 0.3%-0.5% dan perolehan hasil tenaga sebanyak 1.51%-2.1% setiap watt. Modul 600W+ juga melepasi ujian beban mekanikal statik dan lima ujian ketat yang lain serta merupakan pelaksana yang cemerlang dalam cuaca melampau.

Pihak-pihak ketiga yang terkemuka termasuk Black & Veatch, DNV, Enertis dan Fraunhofer ISE, menjalankan analisis nilai yang meluas ke atas modul berkuasa tinggi 600W+ di seluruh dunia, meliputi 15 persekitaran aplikasi utama. Keputusan menunjukkan bahawa modul 600W+ dapat mengurangkan LCOE sehingga 4.1% berbanding modul rujukan 540W.

Modul 600W+ digunakan secara meluas di seluruh dunia, menyokong beberapa stesen janakuasa utiliti paras GW, dengan kehadiran di seluruh Amerika Latin, Eropah dan di mana-mana sahaja di persekitaran termasuk padang pasir dan perikanan, dalam pasaran komersial mahupun perindustrian, membantu banyak industri mencapai matlamat karbon rendah.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities