omniture

Ingenico Dilancar sebagai Syarikat Bebas Susulan Pemerolehan oleh Apollo Private Equity Funds

Ingenico
2022-10-07 17:41 146
  • Susulan penutupan pemerolehan Ingenico oleh dana pelaburan yang diurus oleh rakan gabungan Apollo Global Management ("Apollo Funds"), Ingenico dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan anggota-anggota baharu Lembaga Penyeliaan.
  • Di bawah kepimpinan Matthieu Destot dan dengan sokongan daripada Lembaga Penyeliaan dan pemegang saham baharu, Ingenico berkedudukan baik untuk melaksanakan perjalanan transformasinya dengan jayanya

PARIS, 7 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan penyempurnaan pemerolehannya oleh Apollo Funds, Ingenico, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penerimaan bayaran, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mula beroperasi sebagai sebuah syarikat bebas, melantik Lembaga Penyeliaan baharu untuk membantu pihak pengurusan mendorong strategi dan transformasi perniagaannya yang bercita-cita tinggi.

Pemilikan oleh Apollo Funds menandakan era baharu untuk Ingenico sebagai sebuah syarikat bebas dengan pasukan kepimpinan yang mantap dan strategi jelas berfokuskan penyampaian perkhidmatan terbaik dalam kelas kepada pelanggan kami. Ingenico menjangkakan untuk mempercepatkan transformasi perniagaannya sebagai pengupaya ekosistem bayaran, memanfaatkan tapak terpasang global terbesarnya, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta bakat untuk menginovasi rangkaian produk dan perkhidmatannya.

Ingenico turut merancang untuk mengukuhkan tawaran sedia adanya dan mempercepatkan peralihan ke arah campuran perisian dan perkhidmatan berasaskan awam yang lebih besar, memanfaatkan rangkaian terkini platform berasaskan Android OS (AXIUM™), tawaran Terminal sebagai satu Perkhidmatan (TaaS) dan platform Platform Bayaran sebagai satu Perkhidmatan (PPaaS™). Strategi tersebut dirancang untuk membantu menjamin pembangunan jangka panjang untuk perniagaan dan menawarkan perkhidmatan demi kepentingan terbaik pelanggan, pekerja dan pemegang saham Ingenico.

Matthieu Destot akan terus menerajui pelaksanaan strategi Ingenico sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga. Matthieu akan disokong oleh Lembaga Penyeliaan terpelbagai yang baharu dan berkualiti tinggi.

Catherine Guillouard telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penyeliaan Ingenico. Catherine membawa pengalaman perniagaan yang luas, pengurusan transformasi dan rekod prestasi kepimpinan yang sempurna perniagaan global. Rolf Stangl, Gerrard Schmid dan Laurence Stoclet, tiga eksekutif yang berbakat dengan pelaksanaan yang teguh, transformasi perniagaan dan pengalaman industri serta rekod prestasi penciptaan nilai, akan turut menyertai Lembaga Penyeliaan sebagai pegarah-pengarah bukan eksekutif. Akhir sekali, Apollo Funds akan diwakili oleh pasukan global yang berpengalaman, termasuk Michele Rabà, Rakan Kongsi, Robert Kalsow-Ramos, Rakan Kongsi, Christopher Harwood, Rakan Kongsi Operasi dan Yulia Shakhova, Prinsipal. 

"Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu kami dan mengalu-alukan pengarah-pengarah baharu Lembaga Penyeliaan Ingenico. Pasukan Ingenico mempunyai strategi yang bercita-cita tinggi dan pasukan pengurusan yang telah lama dan komited untuk melaksanakannya. Saya benar-benar percaya bahawa anggota-anggota Lembaga Penyeliaan baharu akan menambah nilai yang sangat besar kepada pertumbuhan Ingenico dengan setiap satu daripadanya membawakan set kemahiran, kepakaran, visi dan perspektif yang unik," kata Matthieu Destot, Ketua Pegawai Eksekutif Ingenico. 

Ingenico bersedia untuk melalui perjalanannya sebagai sebuah syarikat mandiri, dengan pasukan Pengurusan terdorong dan kebanyakan aktiviti yang terbentuk daripada Worldline telahpun siap.

Matthieu Destot menyambung sambil berkata: "Semasa peralihan pemilikan ini, kami akan terus mengekalkan tahap khidmat pelanggan dan kepuasan yang tertinggi tanpa sebarang gangguan. Seluruh pasukan Ingenico amat teruja untuk mendepani masa depan, memandangkan kami menyasarkan untuk menjadi rakan kongsi yang lebih baik, lebih kuat dan lebih tangkas untuk pelanggan serta rakan kongsi kami yang dihargai di seluruh dunia."

Latar Belakang INGENICO 

Ingenico ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penerimaan bayaran. Sebagai rakan teknologi yang dipercayai untuk pedagang, bank, pemeroleh, ISV, pengagregat bayaran dan pelanggan teknologi kewangan (Fintech), terminal, penyelesaian dan perkhidmatan bertaraf dunia kami mengupayakan ekosistem penerimaan bayaran global. Dengan pengalaman selama 45 tahun, inovasi adalah penting kepada pendekatan dan budaya Ingenico, memberi inspirasi kepada komuniti pakar kami yang besar dan pelbagai yang menjangkakan dan membantu membentuk evolusi perdagangan seluruh dunia. Di Ingenico, kepercayaan dan kemampanan merupakan keutamaan bagi segala-gala yang kami lakukan.

 

Source: Ingenico
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics