omniture

Kelayakan Cambridge English Sediakan Asas Tepat untuk Pertumbuhan Pendidikan dan Profesional

Cambridge University Press & Assessment
2022-10-20 14:47 139

Memandangkan tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya, Cambridge University Press & Assessment berusaha memperkasa para individu- – baik pelajar mahupun ahli profesional – melalui Kelayakan Cambridge English teruji mereka.

SINGAPURA, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Cambridge University Press & Assessment, salah satu autoriti yang paling diiktiraf di dunia bagi kelayakan dalam bahasa Inggeris, menjemput para pelajar bahasa Inggeris dan penceramah dari seluruh dunia untuk membawa penguasaan ujian bahasa Inggeris mereka ke peringkat seterusnya untuk tahun akan datang dan menduduki salah satu ujian Kelayakan Cambridge English mereka.

Bagaimana caranya untuk saya mula mempersiapkan pelajar menduduki ujian Kelayakan Cambridge English?
Bagaimana caranya untuk saya mula mempersiapkan pelajar menduduki ujian Kelayakan Cambridge English?

Dengan ujian dan kelayakan diterima oleh lebih 25,000 organisasi di seluruh dunia dan lebih daripada 5.5 juta peserta setiap tahun, Cambridge English telah menjadi peneraju tersohor yang dipercayai oleh pelajar dan ahli profesional di peringkat antarabangsa.

Dengan memfokuskan kepada aplikasi dunia sebenar, setiap peperiksaan dan kelayakan yang disertakan bertujuan agar menjadi praktikal dan berorientasikan matlamat. Ia dirancang untuk membantu pelajar mengenal pasti aspek-aspek penambahbaikan berdasarkan kepada piawaian bahasa antarabangsa CEFR (Common European Framework of Reference), membuka laluan kepada rancangan bagi memperbaiki kemahiran bertutur, menulis, membaca dan mendengar langkah demi langkah.

"Pada asasnya, fungsi kami adalah untuk membantu orang ramai mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Kami memenuhi keperluan semua tahap perkembangan dan kemahiran – bermula daripada kanak-kanak di sekolah, pelajar pengajian tinggi sehinggalah ahli profesional perniagaan. Memandangkan kursus, ujian dan kelayakan kami adalah berasaskan kepada kajian dan telah dibangunkan selama bertahun-tahun dengan proses penelitian yang rapi, ia merupakan lambang kecemerlangan yang diterima secara global. Kelayakan kami akan membuka peluang dan memberikan kemahiran serta keyakinan untuk berkembang maju dan mencapai potensi penuh," kata wakil Cambridge University Press & Assessment.

Memandangkan setiap peringkat kelayakan memerlukan pelbagai tahap kecekapan, penting agar peserta memilih peperiksaan yang tepat mengikut kebolehan, keadaan dan matlamat mereka. Rangka kerja CEFR membahagikan kelayakan untuk kanak-kanak usia persekolahan, pelajar pendidikan am dan pengajian tinggi serta perniagaan atau profesional. Dalam peringkat-peringkat ini, terdapat sub-bahagian selanjutnya yang menunjukkan kecekapan "asas", "bebas" atau "mahir".

"Sekiranya seseorang ingin menduduki peperiksaan, memahami di mana tahap perkembangan bahasa Inggeris mereka dan ke mana arah tuju mereka adalah kuncinya. Kami menyediakan sumber-sumber yang relevan seperti kumpulan pelajar, ujian sampel atau markah ujian latihan untuk menilai keupayaan anda. Dari situ, seseorang akan dapat menentukan kelayakan yang sesuai," kata wakil Cambridge.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://protect-eu.mimecast.com/s/YBdqCxvqqTXxKlgcvA4Py?domain=cambridgeenglish.org/.

Latar Belakang Cambridge English

Cambridge Assessment English ialah penerbit (want to replace with pembangun) dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang. Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan sebanyak 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh. Dengan sokongan yang tepat, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang mengujakan. Kami bersama anda di setiap langkah perjalanan anda.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Contracts