omniture

Eye Level adakan Eye Level Math Olympiad ke-19 Dalam Talian pada bulan November

Eye Level
2022-10-25 10:00 554

Pendaftaran dibuka kepada orang awam untuk bersaing di peringkat global dari rumah dan mendapat analisis sistematik mengenai kemahiran matematik pelajar.

SEOUL, Korea Selatan, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Eye Level Math Olympiad 2022 (a.k.a.ELMO 2022), yang mana pelajar-pelajar antara gred 1 hingga 8 dari seluruh dunia bersaing untuk kemahiran matematik mereka, akan berlangsung dalam bulan November merentas 15 negara seluruh dunia.

Eye Level Math Olympiad Terbuka 2022
Eye Level Math Olympiad Terbuka 2022

Memandangkan sesetengah negara masih bergelut dengan pandemik, ELMO 2022 akan diadakan secara dalam talian demi keselamatan para peserta. Ujian akan mengandungi tiga bahagian yang mencabar kemahiran aritmetik pelajar dan juga kemahiran berfikir secara kritis mereka. Soalan-soalan dihasilkan dengan teliti untuk setiap tahap gred dari segi skop penilaian dan kesukaran serta akan membolehkan pelajar melihat kedudukan mereka di peringkat global.

Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan analisis sistematik terhadap kemahiran matematik mereka dalam pelbagai aspek. Keputusan rasmi dan pemenang akan diumumkan di myeyelevel.com dalam bulan Januari 2023 dan Majlis Penyampaian Anugerah untuk peserta-peserta yang cemerlang akan diadakan di peringkat tempatan mengikut budi bicara setiap pejabat wilayah.

Acara tersebut dibuka kepada mana-mana pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah daripada gred 1 hingga 8 dan akan diadakan antara 12 November hingga 27 November, mengikut jadual setiap negara.

Pendaftaran untuk ELMO 2022 kini tersedia secara dalam talian. Bakal peserta boleh mengetahui maklumat lanjut tentang pertandingan tersebut dan mendaftar di myeyelevel.com.

Latar Belakang Eye Level 

Dengan lebih 2.8 juta orang kanak-kanak dari 20 negara yang telah merasai pengalaman program tersebut, Eye Level ialah salah satu peneraju global bagi perkhidmatan pendidikan. Dengan pencapaian akademik sebagai keutamaan tertingginya, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi dalam pembelajaran.

Eye Level membimbing pelajar untuk merancang hala tuju mereka sendiri, belajar mengikut kadar keupayaan masing-masing dan mencapai matlamat mereka. Dengan proses pembelajaran yang berorientasikan pertumbuhan, Eye Level membantu pelajar memupuk tabiat belajar yang baik yang menjadi asas kepada bakat yang hebat – lalu membantu mereka mencapai kejayaan di sekolah dan selanjutnya.

 

Source: Eye Level
Related Stocks:
Korea:019680
Keywords: Education STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events