omniture

Kajian klinikal berskala besar menunjukkan formula mikrobiom CU Medicine (SIM01) kurangkan risiko jangkitan termasuk COVID-19

The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
2022-10-26 10:23 223

HONG KONG, 25 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Kajian terkawal rawak, dwibuta yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan (CU Medicine) The Chinese University of Hong Kong (CUHK) menunjukkan bahawa SIM01, formula mikrobiom yang dibangunkan oleh CUHK, berjaya mengurangkan kejadian yang buruk terhadap individu-individu berisiko tinggi seperti subjek warga emas dan pesakit diabetes susulan vaksin COVID-19. Pasukan penyelidikan turut mendapati bahawa SIM01 dapat menurunkan risiko jangkitan bakteria dan virus termasuk COVID-19. Penjujukan metagenomik 'senapang patah' (shotgun metagenomic) daripada sampel tinja mengesahkan bahawa SIM01 dapat mengembalikan mikrobiota usus yang sihat dengan menambah bakteria bermanfaat dan mengurangkan bakteria berbahaya dalam usus.

Research team members include (From left) Professor Francis Chan, Dean of CU Medicine and Director of the Centre for Gut Microbiota Research; Professor Zhang Lin, Assistant Professor at CU Medicine’s Department of Medicine and Therapeutics; Professor Siew Ng, Professor of CU Medicine’s Department of Medicine and Therapeutics and Director of Microbiota I-Center (MagIC); and Professor Martin Wong of The Jockey Club School of Public Health and Primary Care at CU Medicine.
Research team members include (From left) Professor Francis Chan, Dean of CU Medicine and Director of the Centre for Gut Microbiota Research; Professor Zhang Lin, Assistant Professor at CU Medicine’s Department of Medicine and Therapeutics; Professor Siew Ng, Professor of CU Medicine’s Department of Medicine and Therapeutics and Director of Microbiota I-Center (MagIC); and Professor Martin Wong of The Jockey Club School of Public Health and Primary Care at CU Medicine.

Formula mikrobiom SIM01 mengembalikan mikrobiota usus yang sihat

Sebelum ini, CU Medicine menunjukkan bahawa disbiosis usus dikaitkan dengan keterukan COVID-19 dan komplikasinya. SIM01 berkesan dalam mempercepatkan pemulihan, meningkatkan respons antibodi dan mengurangkan penanda inflamasi pasca-vaksinasi. Dalam kajian semasa, 453 subjek yang telah menerima dos vaksin COVID pertama mereka direkrut antara tahun 2021 dan 2022 dan ditetapkan secara rawak untuk menerima sama ada SIM01 atau plasebo yang mengandungi vitamin C selama tiga bulan (kumpulan kawalan).

"Satu kajian klinikal yang ketat, rawak, dwibuta dan dikawal oleh plasebo serta teknologi penjujukan 'senapang patah' generasi seterusnya digunakan untuk menilai keberkesanan formula mikrobiom dalam mengembalikan mikrobiota usus yang sihat dan meningkatkan imuniti terhadap jangkitan bakteria dan virus," kata Profesor Zhang Lin, Penolong Profesor di Jabatan Perubatan dan Terapeutik CU Medicine.

SIM01 mengurangkan kejadian buruk daripada vaksin COVID dan meningkatkan kesihatan

Bilangan kejadian buruk selepas sebulan menerima dos kedua vaksin COVID adalah jauh lebih rendah dalam kumpulan SIM01 berbanding kumpulan kawalan (2.9% berbanding 12.6%). Tanpa mengira jenis vaksin, subjek yang menerima SIM01 juga mengalami kejadian buruk yang lebih rendah dalam 3 bulan (0% berbanding 3.1%), 6 bulan (6.2% berbanding 16.9%) dan 12 bulan (5.4% berbanding 17.8%) daripada kumpulan kawalan. Kajian ini turut mendapati bahawa kumpulan SIM01 mendapat kualiti tidur yang lebih baik (41.4% berbanding 19.3%), mood yang lebih positif (21.1% berbanding 11.4%) dan kualiti kulit yang lebih baik (14.1% berbanding 7.0%) daripada kumpulan kawalan.

SIM01 mengurangkan risiko COVID-19 dan jangkitan-jangkitan lain

Satu penemuan yang penting ialah subjek yang menerima SIM01 mengalami risiko yang jauh lebih rendah terhadap jangkitan COVID baharu dan jangkitan bakteria dan virus lain (termasuk dermatitis, sepsis dan jangkitan luka) berbanding kumpulan kawalan (bulan 1: 0.5% berbanding 5.6%; bulan 3: 0% berbanding 0.6%; bulan 6: 4.8% berbanding 15.5%; bulan 12: 5.4% berbanding 14.4%), seraya menunjukkan bahawa SIM01 dapat meningkatkan imuniti terhadap jangkitan-jangkitan yang lain.

Profesor Martin Wong Chi-sang daripada The Jockey Club School of Public Health and Primary Care di CU Medicine berkata, "Ramai pesakit warga tua, kanak-kanak dan pesakit kronik masih bimbang terhadap kesan sampingan yang mungkin terjadi daripada vaksin COVID. Bagaimana untuk meningkatkan imuniti dengan berkesan dalam kumpulan berisiko tinggi ini terhadap pelbagai penyakit berjangkit semasa pandemik juga menjadi kebimbangan awam yang besar. Kajian klinikal yang besar ini menunjukkan keberkesanan SIM01 dalam mengurangkan risiko COVID-19 serta jangkitan bakteria dan virus yang lain.

Mengembalikan mikrobiota usus yang sihat untuk memerangi jangkitan

Pasukan penyelidikan menggunakan penjujukan metagenomik 'senapang patah' generasi seterusnya untuk menganalisis sampel tinja daripada 258 orang dalam kajian klinikal. Keputusan menunjukkan bahawa peningkatan ketara dalam banyak bakteria baik dan penurunan dalam beberapa bakteria berbahaya dalam usus selepas SIM01, menunjukkan bahawa SIM01 dapat mengembalikan mikrobiota usus yang sihat.

"Mikrobiota usus yang sihat dikaitkan dengan tahap sitokin radang yang lebih rendah dalam tubuh dan mengurangkan risiko kejadian yang buruk selepas vaksinasi," jelas Profesor Siew Ng, Profesor Jabatan Perubatan dan Terapeutik CU Medicine dan Pengarah Microbiota I-Center (MagIC). "Kami telah menunjukkan buat kali pertama bahawa SIM01 dapat mengembalikan mikrobiota usus untuk meningkatkan imuniti yang penting khususnya untuk subjek kanak-kanak, warga tua dan mereka yang menghidap penyakit kronik."

Profesor Francis K.L. Chan, Dekan CU Medicine dan Pengarah Centre for Gut Microbiota Research, menyimpulkan, "Kajian klinikal dwibuta berskala besar ini merupakan yang pertama seumpamanya yang menggabungkan analisis klinikal dan makmal, lalu mendemonstrasikan selanjutnya keupayaan penyelidikan perubatan Hong Kong yang mantap untuk menterjemahkan penemuan saintifik kepada inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat. Saya berharap agar kerajaan Hong Kong akan terus menyediakan sumber dan memberi sokongan untuk mentransformasikan Hong Kong menjadi hab perubatan dan inovasi yang terkemuka di dunia."

Kajian ini disokong oleh Health and Medical Research Fund (HMRF) Biro Kesihatan.

Source: The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services