SEOUL, Korea Selatan, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division (Ketua Pegawai Eksekutif: Lee Young-Joon) mengambil bahagian dalam simposium perubatan musim luruh baru-baru ini di Korea bagi meningkatkan kesedaran tentang Lafullen, pengisi dermis boleh suntik.
Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division mengumumkan pada 28 Oktober bahawa ia mengambil bahagian dalam persidangan akademik musim luruh yang berkaitan dengan perubatan estetik di Korea bagi memaklumkan kepada komuniti perubatan tentang keselamatan dan keberkesanan Lafullen. Persidangan berkenaan melibatkan Korean Aesthetic Surgery & Laser Society dan Korea Filler Education and Research Academy.
Lafullen ialah pengisi dermis boleh suntik dalam picagari praisi yang mana Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division mendapat kelulusan pemasaran daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan pada tahun 2021. Lafullen diperbuat daripada PCL (Polikaprolakton), polimer terbiodegradasi untuk kegunaan perubatan, sebagai komponen utamanya. Hasil daripada teknologi berpaten Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division, pesakit-pesakit yang menerima Lafullen dapat merasai volum semula jadi dengan sedikit iritasi berbanding pengisi PCL sedia ada.
Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division memperkenalkan ciri-ciri mikrosfera PCL berliang dan perbezaannya daripada pengisi sedia ada di persidangan tahun ini. Mereka turut membuktikan keselamatan dan keberkesanan klinikal Lafullen untuk penambahbaikan volum dan pengkonturan dengan mendemonstrasikan protokol dan membentangkan kes-kes klinikal bersama pakar-pakar perubatan estetik domestik. Khalayak ramai menghargai peluang untuk menyuntik Lafullen ke dalam kepala silikon manusia yang disimulasikan.
Di samping itu, khidmat runding produk dijalankan untuk mempromosikan jenama dan jualan ini dengan membuka reruai pameran. Mikroskop optik dipasang di reruai agar mikrosfera PCL berliang, hasil daripada usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ekstensif dapat diperiksa secara visual. Kredibiliti jenama ini ditingkatkan dengan menyediakan sampel untuk penilaian taktil berhubung kekonsistenannya.
Sam Kim, Pengurus Samyang Holdings Biopharmaceutical Division berkata, "Lafullen menggamit perhatian komuniti perubatan dengan membentangkan kes-kes klinikal di persidangan akademik musim luruh yang mengesahkan pemeliharaan volum dan keselamatan produk ini."
Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division merancang untuk terus melakukan pemasaran melalui simposium, seminar dan latihan amali untuk golongan profesional perubatan yang mengesahkan pemberian Lafullen yang selamat dan efektif. Tambahan pula, Samyang Holdings Biopharmaceuticals Division kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan pemasaran kawal selia di Thailand, Indonesia dan juga Vietnam.