omniture

Investing.com Lancar Khidmat Premium untuk Perkasakan Lagi Pelabur Runcit

Investing.com
2022-10-31 10:55 335

HONG KONG, 31 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Investing.com, platform pasaran kewangan terbesar dunia dengan 44 edisi bahasa dan pengguna di 136 negara, melancarkan perkhidmatan premium InvestingPro yang menawarkan alat kewangan yang dipertingkat kepada pelabur runcit pada harga yang berpatutan, bagi memperkasa mereka untuk bersaing secara lebih berkesan dengan para pelabur institusi.

Investing.com memperkenalkan InvestingPro susulan pemerolehan Finbox olehnya awal tahun ini, platform yang menyediakan maklumat mutakhir yang tepat mengenai syarikat-syarikat yang didagangkan secara terbuka di seluruh dunia, termasuk repositori terbesar model penilaian dan metrik risiko yang disediakan secara dalam talian. Sebagai pendahulu InvestingPro, Finbox bekerjasama dengan S&P Market Intelligence untuk meliputi lebih 60,000 syarikat seluruh dunia dan kini akan memanfaatkan platform Investing.com untuk memperkasa pelabur runcit di seluruh dunia dengan akses kepada data sama yang diharapkan oleh bank pelaburan dan pengurus wang yang terbesar di dunia.

InvestingPro
InvestingPro

Ditubuhkan pada tahun 2007, Investing.com telah melambung dalam tempoh yang agak singkat, kini tersenarai sebagai laman sesawang kewangan terbaik di seluruh dunia, menurut Alexa dan SimilarWeb (NYSE:SMWB). Misi utama Investing.com adalah untuk menyediakan kepada pelabur runcit dengan alat dan data yang diperlukan oleh mereka untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.

"Dengan melancarkan perkhidmatan premium kami, Investing.com mengambil langkahnya yang terkini untuk melengkapkan pelabur runcit dengan sumber-sumber yang amat diperlukan agar dapat menjadi setanding sebaik mungkin dalam pasaran kewangan, berfungsi untuk menyediakan peluang yang sama rata dalam sektor ini," kata Omer Shvili, Ketua Pegawai Eksekutif Investing.com. "Sama ada akses percuma melalui Investing.com atau akses yang berpatutan melalui InvestingPro, kami berharap pengguna kami terus semakin memanfaatkan alat yang mengubah keadaan ini."

Perkhidmatan InvestingPro yang baharu, dengan harga bermula pada $19.99 sebulan, meawarkan pelbagai alat pelabur premium seperti "Anggaran Nilai Saksama" ("Fair Value Estimates") yang menggunakan teknologi pemodelan kewangan yang sofistikated untuk menyediakan nilai saksama saham pada hujung jari pelabur, membolehkan mereka untuk mencari saham terkurang nilai untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi. "Semakan Kesihatan" ("Health Checks") membolehkan pengguna mempertimbangkan lebih 100 faktor yang berbeza untuk membantu memahami sebarang kekuatan dan kelemahan saham; setiap saham digredkan berbanding sektor dan wilayah ekonominya bagi penilaian, pertumbuhan, keuntungan, aliran tunai dan momentum, untuk mencari syarikat-syarikat yang sihat dan mengelakkan perangkap nilai. Di samping itu, ciri "Perbandingan Rakan Setara" ("Peer Compare") membolehkan pelabur untuk memahami cara prestasi kewangan sesebuah syarikat disusun berbanding rakan setaranya dan mencari syarikat-syarikat yang mungkin terlepas pandang oleh pasaran.

"Membangunkan kejayaan Finbox, InvestingPro melengkapkan pelabur runcit dengan kotak peralatan untuk membedah pasaran kewangan yang kelihatan sangat mirip dengan platform-platform lebih mahal yang digunakan oleh pelabur institusi," kata Andy Pai, pengasas Finbox dan Ketua InvestingPro di Investing.com. "Fikirkan InvestingPro sebagai pembantu peribadi yang sangat berpatutan. Sebagai pelabur runcit, anda tiada bajet untuk menggaji pekerja atau kontraktor untuk duduk dan memproses nombor sepanjang hari. Namun begitu, melalui Finbox dan kini InvestingPro, kami telah mengautomasikan aspek analisis data yang paling penting untuk menyampaikan kotak alat yang penting yang diperlukan oleh pelabur runcit, terus di hujung jari mereka."

Susulan pemerolehan tersebut, InvestingPro meluaskan jangkauan kit alat Finbox. Selepas membeli nama domainnya yang berharga $2.45 juta pada Disember 2012, trafik Investing.com melonjak daripada 50 juta paparan halaman sebulan pada tahun 2013 menjadi 400 juta pada tahun 2016, kepada lebih 4 bilion pada hari ini. Investing.com menawarkan data waktu sebenar, petikan, alat kewangan, berita tergempar dan analisis daripada 250 bursa di seluruh dunia. Di samping pasaran saham global, Investing.com mencakupi komoditi, indeks dunia, bon, dana, ETF serta mata wang dunia. Ia menawarkan akses yang pantas kepada alat kewangan yang bertaraf dunia, meliputi lebih 200,000 instrumen kewangan.

Source: Investing.com
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Financial Technology