omniture

CGTN: Bagaimana China mulakan tahap pembangunan luar bandar yang baharu?

CGTN
2022-11-01 13:14 113

BEIJING, 1 November 2022 /PRNewswire/ -- Dengan memanfaatkan kemenangannya dalam membasmi kemiskinan multak, kini China bersedia untuk pusingan pembangunan pertanian dan luar bandar yang baharu tatkala usaha untuk mendorong penggiatan luar bandar berjalan dengan rancak.

Laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (CPC) menegaskan bahawa negara ini akan terus meletakkan pembangunan pertanian dan luar bandar sebagai keutamaan, mengukuhkan dan meluaskan pencapaian dalam pembasmian kemiskinan serta memperkukuh asas untuk sekuriti makanan dalam semua bidang.

Menerusi pemeriksaan pertama beliau selepas penutupan Kongres Kebangsaan CPC ke-20, Presiden Cina Xi Jinping menegaskan untuk memajukan penggiatan semula luar bandar secara menyeluruh dan berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk mencapai pemodenan pertanian dan luar bandar.

Beliau berkata, penting untuk mengutamakan pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar serta mengukuhkan dan meluaskan pencapaian China dalam pembasmian kemiskinan semasa lawatan beliau ke Yan'an di Wilayah Shaanxi, barat laut China dan bandar Anyang di Wilayah Henan, China tengah mulai hari Rabu hingga Jumaat.

Memajukan penggiatan luar bandar

Turun dari kereta api pada petang Rabu, Xi terus menuju ke arah kampung Nangou di Yan'an.

Di sebuah dusun di sana, Xi berbual-bual bersama penduduk tempatan, bertanya secara terperinci tentang bagaimana mereka menanam pokok epal dan memetik buah, spesies epal yang mereka tanam, harga jualan epal mereka dan juga pendapatan mereka. Beliau turut bertanya tentang bagaimana kampung berkenaan memajukan penanaman epal dan industri-industri lain.

Xi berkata beliau menetap di utara Shaanxi selama tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau melihat penduduk kampung hidup dalam keadan yang sukar dan beliau sentiasa memikirkan cara untuk membuatkan kehidupan mereka lebih baik.

"Kini, para penduduk kampung mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil, manakala anak-anak mendapat pendidikan yang baik, sementara warga berusia pula dilindungi oleh insurans perubatan," kata Xi. "Kehidupan menjadi semakin baik."

Seperti yang disebut oleh Xi "perubahan di utara Shaanxi mencerminkan perubahan di China." Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan perkembangan kukuh dalam memupuk industri-industri luar bandar, menggalakkan penggunaan teknologi pertanian dan membina desa yang indah apabila meneruskan penggiatan luar bandar.

Menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar Cina, pendapatan boleh guna setiap kapita dalam kalangan penduduk luar bandar mencecah 18,931 yuan (kira-kira 2,981.96 dolar A.S.) dalam tahun 2021, satu peningkatan sebanyak 9.7 peratus seperti yang dihitung.

Penambahbaikan persekitaran kehidupan luar bandar merupakan sebahagian daripada pelaksanaan strategi penggiatan luar bandar. Menurut Hong Tianyun, timbalan ketua Pentadbiran Penggiatan Luar Bandar Kebangsaan (National Rural Revitalization Administration), lebih 40 juta tandas isi rumah luar bandar telah dibaik pulih dan kadar rawatan kumbahan luar bandar telah mencecah sekitar 28 peratus sejak China melancarkan kempen penaiktarafan persekitaran kehidupan luar bandar selama tiga tahun dalam tahun 2018.

Kerja keras digesa

Xi menyeru semangat berdikari yang berdaya usaha dan kerja keras apabila beliau melawat Terusan Hongqi atau Terusan Bendera Merah (Red Flag Canal) di Bandar Linzhou, Wilayah Henan, China tengah, pada pagi Jumaat.

Terusan berkenaan, satu projek pengairan penting dan pencapaian kejuruteraan yang besar dalam tahun 1960-an, memerlukan tempoh hampir 10 tahun untuk disiapkan oleh penduduk tempatan. Ia dibina merentas Gunung Taihang yang curam untuk membawa air ke Daerah Linxian yang kering yang kini dikenali sebagai Bandar Linzhou.

Terusan Bendera Merah itu sendiri merupakan satu monumen terhadap semangat heroik penduduk Daerah Linxian yang tidak menyerah diri kepada takdir atau menyerah kalah, kata Xi.

Beliau menggesa generasi muda untuk meneruskan semangat berkenaan dan menyumbang kepada realisasi Matlamat Seratus Tahun Kedua untuk membina China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek. "Kita hidup dalam masa yang amat luar biasa dan harus hidup sesuai dengannya."

'Keyakinan budaya'

Semasa pemeriksaan beliau ke bandar Cina tengah Anyang, Xi turut menekankan kepentingan membina keyakinan kebudayaan apabila beliau melawat Runtuhan Yin pada petang Jumaat.

Runtuhan tersebut mempunyai tinggalan arkeologi bandar purba Yin, ibu kota terakhir daripada Dinasti Shang (1600-1046 SM). Tulisan tulang ramalan (oracle bone) yang ditemui dalam runtuhan tersebut dianggap sebagai inskripsi Cina yang tertua.

Pada tahun 1928, ahli-ahli arkeologi Cina menemui kompleks runtuhan tersebut yang dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia 2006 oleh UNESCO.

Xi berkata budaya Cina tradisional halus boleh dipelihara dengan lebih baik melalui penggalian, kajian dan perlindungan terhadap peninggalan budaya.

Beliau menyeru rakyat Cina untuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap budaya Cina dan menjadi lebih yakin dan berasa bangga.

https://news.cgtn.com/news/2022-10-28/Xi-stresses-rural-revitalization-in-inspections-to-Shaanxi-Henan-1eveRpINXA4/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service