omniture

Lianhe Zaobao meneroka kerjasama pendigitalan yang didayakan AI dengan SenseTime

SENSETIME GROUP LIMITED
2022-11-03 18:32 164

SINGAPURA, 3 November 2022 /PRNewswire/ -- Lianhe Zaobao (ZB), akhbar harian berbahasa Cina utama SPH Media, dan SenseTime International (SenseTime) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ini untuk meneroka kolaborasi pendigitalisan.

MOU tersebut ditandatangani antara Cik Loh Woon Yen, Editor Urusan, Kumpulan Media Cina, Media SPH dan Cik Lien Hui Luen, Pengarah Perkongsian Stratetegik, SenseTime International dan disaksikan oleh Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang, Chinese Media Group, SPH Media dan Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime.

MOU tersebut akan menyaksikan ZB memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) SenseTime untuk meningkatkan kandungan visualnya dan menyediakan kepada khalayaknya dengan pengalaman membaca yang lebih imersif. Kolaborasi-kolaborasi lain dalam MOU sepanjang tahun ini melibatkan pengoptimuman output kandungan visual akhbar harian Cina, meningkatkan usaha penglibatan pembaca dalam talian dan cetakannya serta menganjurkan aktiviti perkongsian-ilmu berkaitan AI untuk audiens dan rakan kongsi ZB.

[Dari kiri ke kanan] Cik Lien Hui Luen, Pengarah Perkongsian Stratetegik, SenseTime International; Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime; Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang, Chinese Media Group, SPH Media; and Cik Loh Woon Yen, Editor Urusan, Chinese Media Group, SPH Media, pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SenseTime International dan Lianhe Zaobao (Kredit: Lianhe Zaobao)
[Dari kiri ke kanan] Cik Lien Hui Luen, Pengarah Perkongsian Stratetegik, SenseTime International; Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime; Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang, Chinese Media Group, SPH Media; and Cik Loh Woon Yen, Editor Urusan, Chinese Media Group, SPH Media, pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara SenseTime International dan Lianhe Zaobao (Kredit: Lianhe Zaobao)

ZB akan memulakan percubaan projek menggunakan teknologi 'Super Resolusi' ('Super Resolution') SenseTime, aplikasi yang mempercepatkan pemprosesan imej untuk laporan berita yang dapat membantu wartawan foto menjimatkan masa. Aplikasi tersebut malah boleh memulihkan resolusi imej berkualiti rendah seperti foto lama daripada arkib imej ZB, yang merupakan sumber warisan visual Singapura yang kaya sejak tahun 1920-an.

ZB akan bereksperimen dengan menggunakan teknologi pengimejan realiti imbuhan/campuran (AR/MR) SenseTime untuk menyuntik dinamisme kepada kandungan visualnya pada platform cetakan dan digital. Inisiatif-inisiatif lain termasuk meneroka penggunaan teknologi untuk menghidupkan foto dan komik statik bagi meningkatkan pengalaman membaca. ZB juga akan memanfaatkan teknologi AR/MR ini untuk meningkatkan pengalaman penontonnya di acara fizikal.

Perkongsian ini juga akan menyaksikan kedua-dua pihak menganjurkan secara bersama seminar awam untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi AI. Akan terdapat juga bootcamp AI untuk ahli-ahli Student Correspondents' Club ZB.

Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime, menunjukkan keupayaan mantap SenseRobot, robot Catur Cina AI, kepada Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang, Chinese Media Group, SPH Media
Dr. Xu Li, Pengerusi Eksekutif Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif SenseTime, menunjukkan keupayaan mantap SenseRobot, robot Catur Cina AI, kepada Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang, Chinese Media Group, SPH Media

Cik Lee Huay Leng, Ketua Sidang Pengarang Chinese Media Group SPH Media berkata: "Lianhe Zaobao akan meraikan tahun ke-100nya pada tahun 2023 dan kolaborasi yang tepat pada masanya dengan SenseTime ini, peneraju terkenal dalam bidang AI, merupakan rangsangan kepada perjalanan pendigitalan kami. Kami akan melaksanakan cara yang inovatif untuk menunjukkan hasil kerja terdahulu dan ketika ini melalui pendekatan yang segar dan baharu. Menggunakan teknologi didayakan AI untuk meningkatkan kandungan visual kami bukan sahaja meletakkan kami di kedudukan yang baik untuk memenuhi trend media yang semakin berkembang, ia membentuk cara baharu dalam menyampaikan kandungan berita yang penting kepada khalayak kami."

Dr. Xu Li berkata: "SenseTime berbangga untuk bekerjasama dengan Lianhe Zaobao sempena peristiwa penting ulang tahun ke-100 yang amat bermakna, meminjamkan kepakaran dan pengetahuan kami untuk memelihara dan memperkasa kekayaan warisan outlet media sambil memacu usaha pendigitalisannya. Masih ada potensi yang besar untuk mentransformasikan landskap media melalui AI dan kami berharap dapat memimpin bersama hala tuju dalam transformasi digital industri media bersama Lianhe Zaobao di rantau ini. MOU ini merupakan permulaan kolaborasi kami dan kami mengharapkan perkongsian yang membuahkan hasil dan bertahan lama yang juga dapat memberi manfaat kepada keluarga SPH Media yang lebih luas."

Latar Belakang SPH Media

https://www.sph.com.sg/about-us/

Latar Belakang Lianhe Zaobao

Lianhe Zaobao ialah akhbar harian berbahasa Cina utama SPH Media dan surat khabar Cina dengan edaran terbesar di Singapura.

Hasil daripada penggabungan antara Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh pada tahun 1983, Zaobao merupakan akhbar yang harus dibaca oleh ramai rakyat Singapura dengan bilangan pembaca bahan cetakan dan digital mencecah 735,000*. Di samping itu, ia juga mempunyai langganan di China, Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, Indonesia dan Brunei.

Dilancarkan pada tahun 1995, zaobao.com, edisi digital Lianhe Zaobao di China, mencapai hampir 122 juta paparan halaman sebulan dan menarik minat 4 juta** pembaca bulanan.

zaobao.sg – portal digital bahasa Cina yang mengandungi kandungan daripada Lianhe Zaobao, akhbar harian malam Shin Min Daily News serta kandungan natif digital - dilancarkan pada tahun 2013. Ia menyasarkan pembaca di kawasan tempatan dan pelosok lain di dunia serta menikmati purata bulanan 21 juta paparan halaman dan bilangan pembaca seramai 3 juta**.

Pada tahun 2019, Lianhe Zaobao memperkenalkan ThinkChina, e-majalah berbahasa Inggeris dengan tumpuan kepada China. Dengan jaringan wartawan dan penulis yang luas dari Singapura, China dan wilayah-wilayah lain di Asia, ThinkChina menerbitkan laporan asli, artikel dan ruangan pendapat tentang perkembangan politik, ekonomi, sosiobudaya dan teknologi terkini di China dan kawasan Rantau Besar China.

Zaobao komited untuk menyediakan laporan berita yang tepat pada waktunya, jitu dan berkualiti serta analisis mendalam tentang perkembangan serantau, berita kewangan isu topikal, malah fesyen dan hiburan yang menjadi minat bangsa Cina di seluruh dunia. Diiktiraf secara meluas sebagai akhbar yang bertanggungjawab, objektif, adil dan boleh dipercayai, ia memerhatikan dengan teliti perkembangan di China dan dipandang tinggi dalam komuniti Cina global.

*Sumber: GfK's SPH Audience Survey 2021

**Google Analytics (Purata 2022 YTD)

Latar Belakang SenseTime

https://www.sensetime.com/en/about-index#1

Source: SENSETIME GROUP LIMITED
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts