omniture

Constellar umum perkongsian strategik dengan pameran-pameran perdagangan makanan mantap untuk lancar Food2China Expo, pameran perdagangan makanan terbesar dan paling berpengaruh di Guangzhou

Constellar
2022-11-05 04:08 358

SINGAPURA, 5 November 2022 /PRNewswire/ -- Empat pameran perdagangan makanan paling mantap China – "Food2China EXPO" oleh Guangdong (China) Imported Food Association (GDIFA) dan Constellar-WorldEx, "Zhong Shi Zhan" oleh China Commerce Development Center (CCDC), "Guangzhou International Food and Ingredients Exhibition (GIFIF)" oleh China Council For the Promotion of International Trade Guangzhou Committee (CCPIT) dan "Wine to China EXPO" (berasal daripada Shenzhen TOEWine) – telah menandatangani satu perjanjian perkongsian jangka panjang untuk melancarkan Food2China Expo sulung yang akan diadakan di Poly World Trade Center Expo (Guangzhou) mulai 21 hingga 23 September 2023.

Food2China Expo, dianjurkan secara kolaboratif oleh pihak-pihak yang disebut di atas dan akan diurus oleh Constellar-WorldEx, Guangzhou Chamber of International Commerce dan Shanghai Hehe Exhibition Group, akan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman luas daripada pameran-pameran individu untuk menjadi pameran perdagangan makanan antarabangsa yang terbesar dan paling berpengaruh di Guangzhou, menghubungkan Guangzhou dengan Rantau Besar China serta seluruh pelosok dunia.

Sebagai salah satu pelabuhan perdagangan terawal China dan terminal utama Jalan Sutera maritim, Guangzhou ialah pintu masuk antarabangsa untuk masakan dan budaya Cina. Sebuah pusat komersial yang penting, ia juga merupakan hab makanan antarabangsa di mana masakan di seluruh dunia dapat dinikmati. Dengan reputasi global Guangzhou yang mantap dan kelayakan perniagaan, Food2China Expo menjangkakan untuk menempati kawasan pameran berkeluasan lebih 66,000 meter persegi, menarik minat lebih 1,400 peserta pameran dan 80,000 pengunjung yang terdiri daripada pengeluar makanan dan minuman (F&B), pemproses, pembeli, pengimport, katerer, restoran, e-dagang dan penyedia perkhidmatan profesional yang lain dari lebih 40 negara dan wilayah.

"Food2China Expo menunjukkan kolaborasi yang mantap antara kerajaan Cina, perusahaan dan persatuan industri untuk mengintegrasikan sumber dan kepakaran terhadap pembangunan pameran perdagangan makanan profesional yang terbesar di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong–Hong Kong–Macau," kata En. Wolfgang Qi, Pengurus Besar Constellar-WorldEx. "Food2China Expo ialah platform perdagangan yang penting untuk pihak berkepentingan memenuhi keperluan dan keutamaan pengambilan makanan yang berubah-ubah serta meningkatkan kualiti kehidupan untuk warga Cina."

Pewujudan Food2China Expo akan menjadi rangsangan yang signifikan kepada sektor pameran dan acara Guangzhou, meningkatkan reputasi bandar tersebut sebagai hab global yang berpengaruh untuk industri makanan. Food2China Expo akan menganjurkan dan menjalankan lebih 20 sesi dan forum bertema, di mana peserta boleh menemui peluang dan kolaborasi baharu, mewujudkan rangkaian baharu, sentiasa mengikuti perkembangan terkini menerusi trend terkini dan mendapat pandangan yang lebih mendalam tentang pelaksanaan dasar, inovasi makanan, aplikasi dan banyak lagi.

Selain daripada wadah pameran, Food2China Expo akan membawakan platform pertukaran perniagaan dan kerjasama baharu di mana pempamer boleh mengoptimumkan penyertaan mereka melalui perkhidmatan pemadanan perniagaan di tapak dan sepanjang tahun, berhubung dengan lebih 300,000 petunjuk dalam pangkalan data pembeli yang layak yang terkumpul selama lebih 20 tahun daripada pameran perdagangan individu masing-masing.

Pelancaran Food2China Expo membawakan peluang yang tepat pada masanya untuk syarikat-syarikat antarabangsa meninjau potensi besar pasaran Cina. Sebagai rakan kongsi usaha sama antarabangsa untuk Constellar-WorldEx dan rakan kongsi rujukan Asia untuk menyusun atur pengalaman acara dan tempat yang inovatif, Constellar akan membawa kepakarannya kepada perkongsian jangka panjang ini bagi memudahkan kolaborasi transnasional dan meluaskan rangkaian.

"Dalam ekonomi global yang semakin terhubung, matlamat kami adalah untuk menyerlahkan nilai perkongsian antarabangsa untuk membantu perniagaan berkembang," kata En. Mel Shah, Naib Presiden Kanan (Antarabangsa & Pembangunan Perniagaan), Constellar. "Dengan pengalaman kami menganjurkan acara-acara perniagaan-dengan-perniagaan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Industrial Transformation ASIA-PACIFIC, Agri-Food Tech Expo Asia dan Singapore FinTech Festival di mana kami menghimpunkan komuniti untuk mempamerkan inovasi, berhubung dengan satu sama lain dan bertukar-tukar ilmu, Food2China Expo akan menyediakan pentas untuk Constellar-WorldEx memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi kepada industri perdagangan makanan China untuk pertumbuhan kolaboratif dan mampan dalam tempoh jangka panjang."

Ketahui lebih lanjut tentang Food2China Expo di sini.

Untuk pertanyaan media dan permintaan menemu bual, sila hubungi pasukan Constellar Communications di comms@constellar.co

Latar Belakang Constellar

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan kongsi rujukan Asia untuk menyusun atur pengalaman acara dan tempat yang inovatif, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi kesan untuk menyatukan pasaran global, perniagaan dan pengguna demi pertumbuhan mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu pelanggan membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan mengupayakan kolaborasi silang-industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Constellar-WorldEx

Constellar-WorldEx (dahulunya dikenali sebagai WorldEx-SingEx Exhibitions (Guangzhou) Co., Ltd), yang mengurus Food2China EXPO, ialah satu usaha sama bersama Constellar Holdings Singapura - salah sebuah syarikat pameran terkemuka di rantau Asia-Pasifik yang dilaburkan secara bersama oleh Temasek Holdings dan Cuscaden Peak Investments (dahulunya dikenali sebagai Singapore Press Holdings Private Limited sebelum ia diswastakan pada 13 Mei 2022). Dengan pengalaman selama 20 tahun menganjurkan pameran dan memanfaatkan rangkaian dan kepakaran global Constellar, Constellar-WorldEx memfokuskan untuk membangunkan pasaran dan rangkaian di Asia dan Rantau Besar China untuk pertumbuhan yang mampan apabila ia menghubungkannya dengan seluruh pelosok dunia.

 

Source: Constellar
Keywords: Beverages Food/Beverages Restaurants Retail Trade show news Future Events