omniture

CGTN: China, Jerman tonjolkan kerjasama 'semasa berlakunya perubahan dan ketidakstabilan'

CGTN
2022-11-08 09:09 83

BEIJING, 8 November 2022 /PRNewswire/ -- Canselor Jerman Olaf Scholz, pemimpin EU pertama yang datang ke Beijing selepas kejayaan penganjuran Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China, mengadakan lawatan rasmi ke China pada hari Jumaat.

Mengambil maklum landskap antarabangsa yang rumit dan boleh berubah, Presiden Cina Xi Jinping memberitahu Scholz bahawa kedua-dua negara utama tersebut, dengan pengaruh yang besar, harus saling bekerjasama "semasa berlakunya perubahan dan ketidakstabilan" serta menyumbang lebih banyak kepada keamanan dan pembangunan global.

Scholz menegaskan bahawa negara beliau berharap dapat mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan China untuk melindungi keamanan serta keselamatan serantau dan dunia dengan lebih baik.

Kerjasama China-Jerman beri manfaat kepada EU dan dunia

Memandangkan Jerman ialah sebuah negara penting dalam EU, kemakmuran benua ini amat berkait rapat dengan Jerman, seterusnya mempererat kerjasama China-Jerman dan China-EU akan memenuhi kepentingan kedua-dua pihak dan selanjutnya.

Semasa mesyuarat mereka, Xi menegaskan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan Jerman untuk membina perkongsian strategik berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan mendorong kemajuan baharu dalam hubungan China-Jerman dan China-EU.

China dan Jerman harus saling hormat-menghormati, memenuhi kepentingan utama satu sama lain, mematuhi dialog dan perundingan serta menentang gangguan konfrontasi kem secara bersama, kata Xi.

China bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan Jerman dan EU dalam hal ehwal antarabangsa dan mencari penyelesaian secara bersama untuk isu-isu global seperti perubahan iklim, perlindungan biodiversiti dan sekuriti makanan, kata presiden.

Scholz berkata bahawa dunia memerlukan corak berbilang kutub sementara peranan dan pengaruh negara-negara baru muncul harus dipandang serius.

Jerman menentang konfrontasi kem, tegas beliau.

Sementara itu, kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai krisis di Ukraine. China menyokong Jerman dan EU dalam memainkan peranan penting untuk menggalakkan rundingan damai dan membina rangka kerja sekuriti Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan.

"Ini merupakan detik yang kritikal baik untuk Jerman mahupun China. Hubungan mereka mungkin tidak berdasarkan kepada nilai politik yang dikongsi bersama, tetapi terhadap kepentingan timbal balik, terhadap perjuangan yang sama untuk menentang perubahan iklim dan kesanggupan yang kuat untuk membina dunia pelbagai hala," kata Song Xin, bekas penasihat politik di Parlimen Eropah, dalam satu artikel yang diterbitkan di CGTN.

Liu Lirong, seorang profesor madya di Institut Pengajian Antarabangsa Universiti Fudan turut memberitahu CGTN bahawa kerjasama China-Jerman bukan sahaja memberi manfaat kepada EU bahkan dunia.

"China ialah ekonomi kedua terbesar di dunia dan Jerman pula merupakan ekonomi yang terbesar di EU. Kerjasama Cina-Jerman adalah sangat penting dalam menangani banyak cabaran global seperti perubahan iklim, pandemik COVID-19 dan sekuriti makanan global," kata Liu.

Kerjasama China-Jerman menunjukkan potensi besar

Lawatan canselor Jerman itu bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-50 pemeteraian hubungan diplomatik antara China dan Jerman.

Sepanjang 50 tahun yang lalu, kerjasama praktikal China-Jerman menjadi semakin erat dan perdagangan dua hala berkembang sebanyak hampir seribu kali ganda, kata Xi, menambah bahawa kedua-dua pihak harus terus menghasilkan "pai" kepentingan bersama lebih besar.

Berhubung hal ini, beliau menekankan penggiatan semula kerjasama dalam bidang baharu seperti tenaga baharu, kecerdasan buatan dan pendigitalan sambil meluaskan potensi kerjasama dalam bidang-bidang tradisional.

Scholz berkata China ialah rakan ekonomi dan dagangan yang penting untuk Jerman dan Eropah dan negara beliau telahpun mempererat kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China.

Jerman menyokong dengan tegas liberalisasi perdagangan dan globalisasi ekonomi serta menentang "penyahgandingan", tegas beliau.

China merupakan rakan dagangan Jerman yang paling penting pada tahun 2021 untuk tahun keenam berturut-turut. Volum dagangan antara kedua-duanya berkembang menjadi lebih $250 bilion pada tahun 2021 daripada kurang $300 juta pada peringkat permulaan hubungan diplomatik.

Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, pelaburan langsung asing ke tanah besar Cina berkembang 15.6 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 1.00376 trilion yuan. Dari segi dolar A.S., aliran masuk meningkat 18.9 peratus berbanding tahun sebelumnya kepada $155.3 bilion, seperti yang ditunjukkan oleh data daripada Kementerian Perdagangan China.

(Muka depan: Presiden Cina Xi Jinping meets bertemu Canselor Jerman Olaf Scholz di Dewan Besar Rakyat di Beijing, ibu negara China, 4 November 2022. /Xinhua)

https://news.cgtn.com/news/2022-11-04/Xi-meets-German-Chancellor-Olaf-Scholz-1eGlonnwv1S/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service