omniture

XJTLU dan University of Liverpool rasmikan Joint Centre for Pharmacology and Therapeutics

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2022-11-10 12:56 135

SUZHOU, China, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 11 November, Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU) dan University of Liverpool akan merasmikan Joint Centre for Pharmacology and Therapeutics mereka di sebuah acara dalam talian/di lapangan di Suzhou, China.

Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU) researchers conduct world-class biopharmaceutical research at the University's Suzhou Industrial Park (SIP) campus. XJTLU and the University of Liverpool will inaugurate their Joint Centre for Pharmacology and Therapeutics on 11 November. Top scientists from both universities will work to enhance research on disease mechanisms and develop novel drugs to treat modern-day diseases.
Xi'an Jiaotong-Liverpool University (XJTLU) researchers conduct world-class biopharmaceutical research at the University's Suzhou Industrial Park (SIP) campus. XJTLU and the University of Liverpool will inaugurate their Joint Centre for Pharmacology and Therapeutics on 11 November. Top scientists from both universities will work to enhance research on disease mechanisms and develop novel drugs to treat modern-day diseases.

Pusat Bersama tersebut, satu usaha sama kolaboratif Sino-UK, yang melibatkan saintis-saintis terkemuka dari kedua-dua negara untuk meningkatkan kajian terhadap mekanisme penyakit dan membangunkan ubat-ubatan baharu bagi rawatan penyakit zaman moden.

Sebagai hab penyelidikan global untuk penyelidikan antara disiplin dan inovatif, Pusat Bersama tersebut akan menawarkan platform yang unik untuk pertukaran pengetahuan dan pemupukan bakat antara makmal akademik dan rakan industri serta klinikal mereka dalam penyelidikan asas serta klinikal terhadap sains keselamatan ubat, imuno-farmakologi, perubatan jitu, nanoperubatan dan sains pengawalseliaan.

Ahli-ahli Pusat Bersama tersebut melibatkan para penyelidik kanan daripada XJTLU; Jabatan Farmakologi dan Terapeutik daripada University of Liverpool, peneraju dunia yang bertapak kukuh dalam kajian farmakologi dan toksikologi; Hengrui Pharmaceutical Co., Ltd (Shanghai), syarikat gergasi farmaseutikal di China; dan Suzhou Guangji Psychiatric Hospital.

Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) Pusat Bersama tersebut dijangka memberi manfaat kepada Suzhou – yang mempunyai lebih 400 syarikat pemula biofarmaseutikal berteknologi tinggi di taman industri BioBAY dan menyasarkan untuk menjadi "Lembah Farmasi China" – dan Kawasan Bandar Liverpool.

"Kombinasi antara kepakaran, kemahiran, kemudahan dan sumber daripada XJTLU dan University of Liverpool akan menawarkan peluang yang hebat kepada kedua-dua universiti untuk memberi impak yang signifikan dalam sektor ini serta mendorong bidang kajian yang baharu," kata Dr Meng Huee Lee daripada XJTLU, Pengarah Bersama Pusat Bersama berkenaan.

Pusat Bersama tersebut akan memanfaatkan peralatan dan kemudahan yang canggih dalam sains farmaseutikal, biologi molekul, kimia dan sains alam sekitar berserta aktiviti-aktiviti yang dibiayai oleh kerajaan, sektor swasta dan industri farmaseutikal.

Para pelajar PhD XJTLU yang diselia secara bersama oleh XJTLU dan University of Liverpool akan mendapat manfaat daripada hubungan R&D yang diperkukuh. Di samping itu, hubungan erat Pusat Bersama tersebut dengan syarikat-syarikat farmaseutikal tempatan akan memastikan bekalan penyelidik yang tetap bagi memenuhi permintaan industri farmaseutikal pada hari ini dan pada masa akan datang.

"Bersama rakan-rakan kongsi kami di XJTLU, melalui pengajaran dan penyelidikan, kami akan memupuk barisan bakat pemimpin penyelidikan dan kolaborasi serta usaha sama antarabangsa yang menarik," kata Profesor Christopher Goldring University of Liverpool, Pengarah Bersama Pusat Bersama itu.

Perasmian Pusat Bersama itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun kedua XJTLU Wisdom Lake Academy of Pharmacy.

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals