SANYA, China, 10 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 3-4 November 2022, "Forum Kerjasama dan Tadbir Urus Lautan 2022" diadakan oleh National Institute for South China Sea Studies (NISCSS) bermula di Sanya, Hainan. Berhubung tadbir urus lautan global, para ilmuwan dari pelbagai negara telah memberi cadangan dari perspektif yang berbeza termasuk dasar, undang-undang dan keselamatan. Beberapa ilmuwan menyatakan bahawa masalah semasa yang berkaitan dengan kekurangan mekanisme keselamatan merupakan satu masalah seluruh dunia. Berbanding dengan wilayah-wilayah lain, pencapaian dalam pembinaan kepercayaan bersama dari segi keselamatan maritim di rantau Laut China Selatan sepanjang 30 tahun yang lalu adalah sangat besar.
Simposium mengenai Kerjasama Maritim Global dan Tadbir Urus Lautan 2022 Melabuhkan Tirai dengan Jayanya di Sanya
Dari segi peraturan dan perintah di Laut China Selatan, peserta-peserta sebahagian besarnya memfokuskan kepada rundingan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak (DOC) dan Kod Kelakuan (COC). DOC, ditandatangani oleh China dan sepuluh negara ASEAN pada tahun 2002 memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan di Laut China Selatan dalam tempoh yang panjang. Dengan pembukaan pusingan baharu rundingan secara bersemuka dan kemajuan berperingkat-peringkat bacaan kedua, dijangkakan bahawa rundingan COC antara China dan 10 Negara anggota ASEAN akan menjadi salah satu usaha bersama yang ditetapkan oleh peraturan yang paling penting di rantau ini.
Berhubung isu kerjasama untuk melindungi sumber perikanan, beberapa ilmuwan mencadangkan bahawa kita dapat mempertimbangkan untuk meneroka dan mengamalkan cara untuk mewujudkan mekanisme kerjasama antarabangsa melalui FAO untuk memerangi aktiviti perikanan haram dengan berkesan. Masalah perikanan tidak dapat diselesaikan oleh sebuah negara dan sains diperlukan untuk menyediakan asas kepada pembuatan keputusan dan kerjasama juga diperlukan untuk mengukuhkan kepercayaan bersama.
Mengenai isu memberi perhatian kepada biodiversiti sebagai respons kepada perubahan iklim, negara-negara perlu mengubah mod kerjasama dan kerjasama antara sub-nasional juga diperlukan selain daripada kerjasama nasional.
Ilmuwan Jepun memperkenalkan penggalakan pemulihan ekologi Tokyo Bay oleh kerajaan Jepun dan berkata bahawa ia merancang untuk mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2050 dan ketika ini sedang menjalankan aktiviti karbon biru.
ASEAN mengesahkan sekali lagi komitmen birunya di Sidang Kemuncak Pemimpim-pemimpin Brunei, menekankan kepentingan kerjasama serantau. Ekonomi biru membayangkan pengurusan, pemuliharaan dan penggunaan yang mampan dan juga termasuk sumber pantai serta perlindungan ekologi yang bergantung kepada kerjasama bersama kumpulan sosial. Pemimpin-pemimpin ASEAN sedar akan kepentingan ekonomi biru.