omniture

Sara Gu ClassIn Meletakkan Kepentingan Tinggi ke atas Trend Pembelajaran Masa Depan di Sidang Kemuncak Asia Teknologi Pendidikan 2022

EEO
2022-11-11 02:39 351

SINGAPURA, 11 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Oktober, Sara Gu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi ClassIn, menyampaikan ceramah yang menginspirasikan iaitu "Evolusi Teknologi Pendidikan (EdTech) –Memacu Pertumbuhan dan Hasil di Asia" ("The Evolution of EdTech–Driving Both Growth and Outcomes in Asia") di Sidang Kemuncak Asia Teknologi Pendidikan (EdTech Asia Summit) 2022. Disertai oleh Pengasas Elementary Capital Diana Gan dan Sandeep Aneja daripada Kaizenvest, Gu memanfaatkan pengalaman industri yang luas untuk berkongsi trend pembelajaran selepas pandemik dan impak teknologi pendidikan yang lebih besar di wilayah ini.


Ditubuhkan pada tahun 2014, ClassIn EEO kini merupakan syarikat teknologi pendidikan yang terbesar di dunia dengan lebih lima juta pengguna aktif bulanan. Syarikat ini memperoleh pusingan Siri B bernilai lebih $50 juta daripada Ince Capital dalam bulan Julai 2020 dan $265 juta dalam pusingan pembiayaan Siri C yang dipimpin oleh unit modal teroka Hillhouse Capital, GL Ventures pada tahun yang sama dalam bulan November.

"Masa depan pendidikan akan menjadi hibrid," Gu merenung bagaimana pandemik mencetuskan peningkatan kepada peralihan ini. "Guru dan pelajar yang mengambil inisiatif untuk mencari penyelesaian dalam talian, yang hakikatnya dapat berintegrasi dan membawa nilai kepada bilik darjah bangunan fizikal."

Gu turut menekankan peranan penting kolaborasi dalam pembelajaran masa depan. "Pendidikan meneruskan kolaborasi yang aktif dalam setiap kelas dan inilah sebabnya kami membangunkan ClassIn agar menjadi luar biasa menarik…namun kolaborasi menjangkau ke luar bilik darjah," tegas beliau. "Komuniti guru sedang mencari cara yang lebih baik untuk saling bekerjasama bagi mereka bentuk rancangan mengajar, aktiviti dalam kelas yang efektif dan kreatif, dan banyak lagi."

Dalam pusingan pelancaran produk yang akan datang, syarikat ini membentangkan TeacherIn revolusioner, platform yang mengambil semangat terbuka dan berkongsi GitHub untuk pendidik berkolaborasi dengan akses kepada sumber akademik yang luas.

Meninjau bagaimana teknologi pendidikan dapat membawa perubahan jangka panjang, panel ini telahpun memerhatikan hasil yang cerah masa depannya di Asia.

Menurut Gu, amalan pembelajaran hibrid memberi peluang yang berharga untuk memajukan kesamarataan pendidikan, seterusnya memecahkan halangan untuk mengakses. Di samping itu, ketika wilayah-wilayah yang berbeza di dunia beradaptasi dengan landskap yang tidak menentu, platform teknologi pendidikan bersifat kritikal dalam membantu individu dengan peningkatan kemahiran dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat mereka.

Lebih penting lagi, apabila ahli-ahli panel menarik perhatian khalayak terhadap kesejahteraan pelajar, Gu menyentuh tentang tujuan utama pendidikan. "Pendidikan bukan sekadar untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi untuk membentuk versi diri kita yang lebih baik… Dengan belajar, kami dapat menemui kepuasan yang dapat membantu mendidik kita," kata Gu.

 

Source: EEO
Keywords: Education New products/services