omniture

Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP 2022 Dibuka di Haikou

China Electricity Council
2022-11-14 12:56 195

HAIKOU, China, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Association of the Electricity Supply Industry of East Asia and Western Pacific (AESIEAP) dan juga China Electricity Council (CEC) dengan penyertaan daripada perusahaan-perusahaan kuasa yang utama di China, Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP (AESIEAP CEO Conference) dibuka pada 09 November 2022 di Haikou, wilayah Hainan, Selatan China.

AESIEAP CEO Conference 2022
AESIEAP CEO Conference 2022

Bertema "Tenaga Karbon Rendah Memperkasa Masa Depan Hijau", Persidangan tersebut menyediakan platform komunikasi berkedudukan tinggi untuk pemimpin-pemimpin daripada sektor-sektor kuasa dan tenaga bagi membincangkan cara untuk memastikan bekalan kuasa yang berterusan melalui peralihan tenaga yang bersih dan karbon rendah. Menawarkan barisan penceramah yang berpengaruh, sidang pleno, ucaptama dan sesi perbincangan panel berkedudukan tinggi dalam Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP bukan sahaja bermaklumat, tetapi juga memberi pencerahan pada tahun ini.

Xin Baoan, Presiden AESIEAP, Presiden CEC dan Pengerusi Eksekutif State Grid Corporation of China, Feng Fei, Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Hainan dan Meng Zhenping, Presiden China Southern Power Grid menyampaikan ucapan alu-aluan di Sidang Pleno. Wakil-wakil daripada National Energy Administration, Singapore Power Group dan World Energy Council menyampaikan ucapan tahniah kepada Persidangan berkenaan.

Dalam kenyataan berkenaan, Xin Baoan menyebut bahawa penting untuk mempererat kerjasama tenaga serantau dan untuk membina komuniti tenaga dengan masa depan yang dikongsi bersama di rantau Asia-Pasifik, yang sedang melalui pertumbuhan ekonomi yang pesat, permintaan tenaga yang besar dan ciri saling melengkapi yang mantap. Rantau Asia-Pasifik harus mengukuhkan lagi kerjasama berhubung keterhubungan kemudahan tenaga, menggalakkan sinergi antara rancangan dan dasar kuasa serta memperluaskan grid kuasa rentas sempadan, bagi mendorong pengantarabangsaan penghasilan, pengedaran dan perdagangan tenaga serta kuasa elektrik.

Yu Bing, Timbalan Pengarah National Energy Administration menyebut dalam ucapan beliau bahawa China akan mempercepatkan pembangunan tenaga boleh baharu, menyelaraskan pembangunan hidrokuasa dan perlindungan ekologi serta membangunkan kuasa nuklear dengan aktif dan selamat.

Semasa Persidangan tersebut, selaras dengan amalan terdahulu AESIEAP, Xin Baoan turut mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif AESIEAP dan Mesyuarat Majlis AESIEAP ke-47. Bersempena dengan Persidangan tersebut, sebuah Pameran dengan ruang berkeluasan 13,000 meter persegi telahpun diadakan untuk mempamerkan amalan terbaik dan pencapaian dalam sektor-sektor tenaga hijau dan karbon rendah unit-unit anggota AESIEAP di China. Satu lagi sorotan acara pada tahun ini ialah penerimaan teknologi digital yang terkini yang bukan sahaja mengupayakan Persidangan tersebut, tetapi juga Pameran untuk diadakan secara dalam talian dan luar talian, walaupun dalam "metaverse".

Latar Belakang AESIEAP dan Acara-acaranya

Sebagai organisasi bukan kerajaan bertaraf antarabangsa yang paling berpengaruh dalam industri kuasa di wilayah Asia Timur dan Pasifik Barat, anggota-anggota AESIEAP terdiri daripada lebih 70 organisasi dari 18 negara dan wilayah. Selepas bertahun-tahun mengalami pembangunan, Acara-acara AESIEAP (AESIEAP Events) telah menjadi acara-acara terbesar dan paling berpengaruh dalam industri kuasa di Asia Pasifik. Pada tahun 2018, CEC mengambil alih secara rasmi sebagai hos Acara-acara AESIEAP penggal seterusnya bagi pihak industri kuasa China. Susulan Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP (AESIEAP CEO Conference) tahun ini, CEPSI ke-24 akan diadakan di Xiamen, wilayah Fujian, Selatan China pada tahun 2023.

Source: China Electricity Council
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities