BEIJING, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Pameran Seramik Antarabangsa Jingdezhen China 2022 bermula pada hari Selasa di Bandar Ekspo Seramik di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China.
Acara pada tahun ini membawakan 13 aktiviti utama dan 27 aktiviti sokongan serta menjemput tetamu dan kumpulan perniagaan dari lebih 40 negara dan wilayah termasuk Jerman, Perancis, Britain, Rusia, Itali, Jepun dan Korea Selatan serta lebih 2,000 perusahaan untuk mengambil bahagian dalam acara berkenaan secara dalam talian dan luar talian bagi mengalami daya tarikan "ibu kota porselin" yang terkenal di dunia itu.
Lebih daripada 300 peserta pameran mengambil bahagian dalam pameran seramik, dengan bilangan ini meningkat sebanyak 44 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala bilangan jenama global yang terkenal semasa berlangsungnya acara tersebut telah melebihi 40 berbanding lapan pada tahun lalu. Acara berkenaan juga telah menarik minat lebih daripada 3,000 kumpulan pembeli di dalam dan luar negara untuk perundingan perdagangan.
Di majlis perasmian acara berkenaan, sebuah klip video dimainkan untuk menunjukkan pencapaian pembinaan selama tiga tahun zon perintis warisan budaya seramik dan inovasi bandar tersebut.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bandar tersebut telah menggiatkan usaha untuk membina zon perintis, melancarkan 178 projek utama seperti Tempat Seni Seramik Taoxichuan (Taoxichuan Ceramic Art Avenue) dan Bandar Ekspo Seramik (Ceramic Expo City).
Diketahui bahawa satu tahun diperlukan untuk membina Bandar Ekspo Seramik sebagai tempat mengadakan pameran seramik pada tahun ini, yang meliputi jumlah kawasan pameran seluas hampir 38,000 meter persegi, satu peningkatan 10,000 meter persegi berbanding tahun sebelumnya.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/331063.html