omniture

Daripada COP27 hingga G20: Belia Global Menyeru Pemimpin-pemimpin Dunia Mendukung Multilateralisme dan Memperkasa Anak Muda

Global Alliance of Universities on Climate
2022-11-14 22:15 414

SHARM EL SHEIKH, Mesir, 14 November 2022 /PRNewswire/ -- Menjelang G20, pelajar-pelajar dari 15 universiti berprestij di sembilan negara menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk memperkasa anak muda dan mendukung prinsip-prinsip multilateralisme demi transisi komitmen karbon sifar-bersih menjadi tindakan.

Duta-duta GAUC menunjukkan surat terbuka.
Duta-duta GAUC menunjukkan surat terbuka.

Seruan untuk bertindak itu datangnya daripada duta-duta belia Global Alliance of Universities on Climate (GAUC) yang mengeluarkan sepucuk surat terbuka yang ditujukan kepada pemimpin-pemimpin dunia di acara 'Climate x' di COP27, Sharm el Sheikh, Mesir. Diadakan di China Pavilion pada 9 November, Hari Kewangan, acara berkenaan menghimpunkan anggota-anggota GAUC bersama pemimpin-pemimpin iklim global termasuk Xie Zhenhua, Utusan Khas China untuk Perubahan Iklim; Chrysoula Zacharopoulou, Menteri Negara Perancis untuk Pembangunan, Francophonie dan Perkongsian antarabangsa; Inger Andersen, Pengarah Eksekutif, UNEP; Nick Stern, Pengerusi Grantham Research Institute on Climate Change and the Environment, LSE; dan Elizabeth Yee, Naib Presiden Eksekutif, Rockefeller Foundation.    

Xie Zhenhua, Utusan Khas China untuk Perubahan Iklim menekankan kepentingan belia untuk menyumbang kepada pendekatan sinergistik terhadap masalah iklim: "Keratan rentas antara penyelesaian perubahan iklim dan matlamat SDG yang lain merupakan kunci kepada revolusi hijau umat manusia yang merupakan semangat 'Climate X'. Kini tibalah masanya untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menyertai pergerakan ini dan mengemukakan penyelesaian yang inovatif."

Semasa berlangsungnya acara tersebut, duta-duta belia daripada GAUC menunjukkan sepucuk surat kepada pemimpin-pemimpin dunia bagi pihak pelajar-pelajar merentas enam benua, menekankan kepentingan untuk memanfaatkan kemahiran dan mendorong anak muda ke arah tindakan iklim yang segera. Yenziwe Mbuyasa, Duta Belia Global GAUC daripada Stellenbosch University berkata: "Belia global mempunyai kepentingan peribadi dalam tindakan iklim bagi membantu dunia dan bersedia untuk menyumbang minat, pandangan, intelek dan tindakan mereka bagi melindungi planet kita demi masa depan yang lestari."

Dibangunkan oleh generasi pemimpin-pemimpin iklim yang seterusnya, surat tersebut menyeru pembuat keputusan untuk menghormati prinsip-prinsip kesaksamaan antara generasi dan multilateralisme serta untuk meluaskan saluran buat anak muda untuk mengambil bahagian secara berkesan dalam tadbir urus iklim global.

"Selain menjadi pemerhati dan menyuarakan pandangan, orang muda mampu melakukan perubahan berciri transformasi dengan kebijaksanaan dan penyelesaian kita," seperti yang dinyatakan oleh Canyang Xie, Duta GAUC daripada Tsinghua University. "Dengan peluang dan platform terpelbagai, kita akan mengukuhkan kepimpinan iklim kita dan meluaskan pandangan kita," seperti yang ditekankan oleh Ghilan Mara Andreea, Duta GAUC daripada London School of Economics. Anda boleh membaca surat penuh di sini.

Acara Climate X merupakan sebahagian daripada Climate x Campaign 2022 GAUC yang melibatkan siri acara di peringkat kebangsaan, serantau dan global seperti Climate x Youth Leadership Training Pilot, Forum Iklim Serantau Afrika serta Sidang Kemuncak Belia Global 'Climate x' 2022 mengenai Masa Depan Sifar-bersih serta Minggu Iklim Belia Global.

Michael R. Bloomberg, Utusan Khas Setiausaha Agung PBB untuk Cita-cita dan Penyelesaian Iklim serta pengasas Bloomberg L.P. dan Bloomberg Philanthropies berkata, "Apabila melibatkan usaha untuk menangani perubahan iklim, orang muda berhak mendapat tempat duduk di meja perbincangan. Global Alliance of Universities on Climate membantu menyediakan tempat tersebut, sekali gus menyokong usaha mereka untuk membina masa depan yang lebih lestari. Kita memerlukan lebih banyak perkongsian global dan bersifat kerjasama seperti ini bagi mempercepatkan kemajuan kita." Sebagai rakan kongsi yang bersidang, Bloomberg L.P berbangga untuk meneruskan kolaborasi yang berjaya ini dengan GAUC dan untuk mengumumkan bahawa ia akan memberikan 100 pelajar daripada program Climate x Pilot GAUC akses percuma kepada pensijilan ESG yang baru dikeluarkan oleh Bloomberg L.P.

Kempen berkenaan turut mendapat sokongan daripada Rockefeller Foundation. Naib Presiden Eksekutifnya Elizabeth Yee berkata, "GAUC merangkumi usaha global yang diperlukan merentas generasi-generasi dan sektor-sektor untuk menghentikan perubahan iklim. Dengan menghubungkan dan menyokong pelajar-pelajar di seluruh dunia, GAUC mempersiapkan pemimpin-pemimpin iklim belia untuk peranan masa depan mereka dan mengupayakan sumbangan mereka pada hari ini."

Source: Global Alliance of Universities on Climate
Keywords: Education Environmental Products & Services Higher Education Advocacy Group Opinion Environmental Issues