omniture

Higer Bus Company Sediakan Perkhidmatan untuk COP27 dengan Bas Elektrik

Higer
2022-11-15 14:18 215

SUZHOU, China, 15 November 2022 /PRNewswire/ -- Pada 6 November 2022, Persidangan Perubahan Iklim PBB ke-27 (COP27) bermula di Sharm el-Sheikh, Mesir. Persidangan berkenaan memfokuskan kepada "pelaksanaan" dan membincangkan isu-isu iklim daripada peringkat praktikal. Sebagai satu-satunya jenama bas Cina yang menawarkan perkhidmatan untuk COP27, tiga puluh unit bas elektrik Higer menyediakan perkhidmatan ulang-alik karbon sifar untuk persidangan berkenaan. Higer bus, syarikat bas teknologi bersih China yang terkemuka, menunjukkan komitmen dan kekuatan untuk menyediakan perkhidmatan kepada persidangan bertaraf antarabangsa sedemikian dan menyediakan penyelesaian daripada China untuk perubahan iklim dalam industri pengangkutan awam global ini.

Higer Bus Company Sediakan Perkhidmatan untuk COP27 dengan Bas Elektrik
Higer Bus Company Sediakan Perkhidmatan untuk COP27 dengan Bas Elektrik

Bas tersebut, dibangunkan secara bersama oleh Higer dan rakan kongsi Mesirnya, G Company, dikendalikan antara Sharm el-Sheikh, zon biru dan zon hijau tempat acara, menyediakan perkhidmatan yang cemerlang untuk pegawai-pegawai kerajaan serta wakil-wakil organisasi antarabangsa. Bahasa reka bentuk futuristik, emisi karbon sifar dan pengalaman menunggang yang selesa telah menarik perhatian dan pujian orang ramai daripada semua lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020, G Company dan Higer Bus bersetuju mengenai melokalisasikan pengeluaran bas bagi mencapai cita-cita mesra alam Mesir. Hasilnya, G Company melabur dalam pembinaan infrastruktur pembuatan moden dan mula mengeluarkan bas teknologi bersih Higer. Pengalaman luas Higer dalam projek-projek KD luar negara dan wawasan hijau dikongsi bersama, menyelaraskan kedua-dua pihak dan menandatangani kontrak untuk membangunkan bas elektrik di Mesir bagi tujuan perkhidmatan pengangkutan COP27.

Orang ramai yang tidak asing dengan hal tersebut berkata bas yang disesuaikan ini, dicat dengan corak persidangan yang unik, ampaian udara dan peningkatan kapasiti penyaman udara dan bateri, direka bentuk untuk persekitaran tempatan Mesir dan keperluan perkhidmatan ulang-alik COP27.

"Kami telah membentuk dan menghantar sepasukan tugas khas COP27 yang terdiri daripada tiga belas jurutera veteran yang berpengalaman dengan G Company. Pasukan tersebut bertanggungjawab untuk penyelenggaraan kenderaan bagi memastikan operasi yang lancar semasa persidangan," kata kakitangan perkhidmatan Higer di lapangan.

Dalam konteks krisis tenaga yang semakin meningkat dan peristiwa iklim melampau, transformasi elektrik dan karbon rendah dalam industri pengangkutan telah menjadi satu konsensus global. Xia Guolin, Pengurus Afrika bagi Higer Bus, berkata, "Bagi mencapai matlamat pengurangan emisi karbon rendah, industri pengangkutan perlu mempercepatkan proses reformasi. Projek bersama ini menunjukkan komitmen Mesir untuk mempercepatkan transformasi pengangkutan awam emisi sifar dan penyelesaian mobiliti lestari China bagi menghadapi perubahan iklim."

COP27 menunjukkan keazaman yang semakin meningkat untuk menangani cabaran iklim dunia. Untuk bertindak balas secara proaktif terhadap inisiatif persidangan, Higer Bus akan terus menyumbang kepada usaha penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, dengan membawakan produk teknologi bersih yang lebih andal dan perkhidmatan yang cekap, lantas membina masa depan yang lestari dari segi kewujudan bersama yang harmoni antara manusia, kenderaan dan alam semula jadi.

 

Source: Higer
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation Trade show news