omniture

Higer Bus Bersedia Sepenuhnya untuk Pesta Bola Sepak Global

HIGER
2022-11-19 02:24 2475

SUZHOU, China, 19 November 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, topik paling hangat sudah tentulah pertandingan bola sepak terbaik dunia yang berlangsung setiap empat tahun. Untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah dan percuma untuk peminat bola sepak dari sepuluh hari sebelum acara hingga lima hari selepas acara tersebut, Qatar telah mengatur laluan bas terus dari lima kawasan utama Doha dan penginapan utama peminat ke stadium dan perkhidmatan bas ekspres dari stesen kereta api bawah tanah ke stadium untuk peminat dengan tiket.

 

Secara khususnya, bas-bas ini didatangkan terutamanya dari sebuah jenama Cina, Higer Bus. Dengan bas yang ditawarkan, lebih 9,000 pemandu, 2,000 penyedia perkhidmatan darat dan lebih 3,000 kakitangan perniagaan dari Mowasalat, sebuah perusahaan pengangkutan nasional Qatar, akan menyediakan pengambilan para peminat dengan cekap.

Higer Bus pernah menyediakan perkhidmatan untuk Sukan Asia dan Piala Asia AFC di Doha. Untuk mengendalikan aliran orang yang berduyun-duyun dan trafik acara yang padat dengan lebih baik, Higer Bus telah membangunkan pelan perkhidmatan eksklusif dan berlatih berulang kali untuk memastikan operasi yang lancar. Sementara itu, platform pengurusan armada pintar G-BOS, sistem unik Higer Bus, diguna pakai untuk menangani penyelenggaraan kenderaan, penggera kerosakan dan maklumat penting lain untuk menawarkan perkhidmatan yang tepat dan meningkatkan kecekapan operasi sebanyak lebih daripada 10%.

Higer Bus mempunyai pasukan perkhidmatan yang mantap yang boleh menawarkan respons tepat pada masanya sepanjang masa untuk memenuhi setiap keperluan acara. Ahli pasukan akan tetap pada kedudukan mereka pada pukul 6:40 pagi setiap hari. Mereka bekerja di stesen servis dan tempat letak kereta untuk memeriksa setiap kenderaan sebelum ia beroperasi dan selepas ia kembali mengikut proses PDI kenderaan baharu bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi lebih 6,000 bas Higer di Qatar.

Sehingga kini, para peminat dari seluruh dunia telah berkumpul di Qatar. Sesetengah peminat telah pun menikmati perkhidmatan bas ekspres di Doha dan perjalanan dari empat stadium dalam sehari menjadi mudah bagi mereka. Selain itu, para peminat kagum dengan keselesaan dan ketenangan perjalanan mereka apabila menaiki bas Higer Bus. "Bas akan menjadi pilihan terbaik untuk perjalanan semasa acara berlangsung. Kami ingin mengucapkan tahniah atas kehebatan kepada Doha dan bas Cina," kata beberapa peminat.

Kakitangan perkhidmatan Higer Bus berkata, "Mengambil bahagian dalam acara bola sepak global pertama yang diadakan di Timur Tengah merupakan satu penghormatan. Kami akan mengerah semua tenaga kami untuk memikul tugas ini, menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan mudah untuk peminat global dan menunjukkan gaya Higer Bus dan kecemerlangan jenama Cina."

Acara bola sepak yang terkenal di peringkat antarabangsa itu bukan sahaja untuk peminatnya tetapi juga untuk perusahaan yang menumpukan kepada misi dan matlamat mereka. Dengan kualiti yang sangat baik, keselamatan, keselesaan dan perkhidmatan yang hebat, Higer Bus memikul tanggungjawab sekali lagi untuk menyokong acara-acara terkemuka dan menunjukkan kepada dunia kekuatan Cina dalam pembuatan.

Higer yang Lebih Baik, Hasil Lebih Baik Bersama! Higer Bus menyokong sepenuhnya acara bola sepak global.

 

Source: HIGER
Keywords: Auto Sports Transportation New products/services