omniture

Huawei tandatangani ikrar ITU global bantu 120 juta orang di kawasan terpencil berhubung dengan dunia digital

Huawei Technologies Co.,Ltd.
2022-11-25 08:57 520

SHENZHEN, China, 25 November 2022 /PRNewswire/ -- Huawei telah menandatangani komitmen global untuk menyertai Pakatan digital Partner2Connect International Telecommunication Union yang akan membawa perkhidmatan ketersambungan kepada kira-kira 120 juta orang di kawasan terpencil dalam lebih daripada 80 negara menjelang tahun 2025.

Liang Hua, Chairman of Huawei announced the company had joined ITU P2C Digital Alliance
Liang Hua, Chairman of Huawei announced the company had joined ITU P2C Digital Alliance

Liang Hua, Pengerusi Huawei, mengumumkan keputusan tersebut di Forum Kemampanan 2022 syarikat ini, Ketersambungan+: Berinovasi demi Impak (Connectivity+: Innovate for Impact). Forum berkenaan meninjau bagaimana inovasi ICT dapat menyerlahkan nilai perniagaan dan sosial ketersambungan dan memacu kemampanan dalam era ekonomi digital.

Para penceramah di acara tersebut melibatkan pemimpin-pemimpin kanan daripada ITU dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menteri-menteri telekomunikasi dan para pengawal selia di Kemboja, Nigeria, Bangladesh dan Pakistan serta pemimpin-pemimpin perniagaan, rakan-rakan kongsi, pakar-pakar dan para pelanggan dari China, Afrika Selatan, Belgium dan Jerman.

"Ketersambungan yang jelas sahaja tidak mencukupi. Ia haruslah berpatutan, kandungannya haruslah relevan dan dalam bahasa setempat dan pengguna perlu mempunyai kemahiran untuk memanfaatkannya sebaik mungkin," kata Timbalan Ketua Setiausaha ITU Malcolm Johnson. "Terima kasih kepada Huawei atas sokongan mereka terhadap Pakatan Digital Partner2Connect (P2C) dan untuk ikrar P2C yang diumumkan oleh mereka dalam bidang-bidang utama ketersambungan luar bandar serta kemahiran digital."

Siddharth Chatterjee, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di China, menyeru "perkongsian berbilang pemegang kepentingan" bagi merapatkan "realiti yang serius" dalam jurang digital yang mengecualikan satu pertiga daripada populasi dunia.

"Dunia kita yang dinamik amat memerlukan kerjasama digital yang lebih baik dengan segera untuk memanfaatkan potensi transformasi teknologi bagi mencipta peluang pekerjaan baharu, merangsang rangkuman kewangan, merapatkan jurang jantina, mendorong pemulihan hijau dan mereka bentuk semula dunia kita agar menjadi lebih makmur dan inklusif," kata beliau. "Inilah masanya untuk bertindak."

Dalam ucaptama beliau, Dr Liang menekankan bahawa akses kepada rangkaian yang stabil merupakan keperluan asas dan hak dalam era digital.

"Ketersambungan akan menjadi lebih daripada sekadar alat untuk komunikasi yang mudah," kata beliau. "Bersama-sama teknologi digital seperti awan dan AI, ketersambungan akan dapat membantu membawa orang ramai menuju dunia digital dan menyediakan kepada mereka dengan akses kepada lebih banyak maklumat dan kemahiran, perkhidmatan yang lebih baik dan peluang perniagaan yang lebih luas. Hal ini seterusnya akan mendorong pembangunan sosial dan ekonomi yang selanjutnya."

Cao Ming, Presiden Huawei Wireless Solution, berkata: "Huawei mengintegrasikan potensi inovasi teknologi penuh peralatan, tapak, tenaga, transmisi dan antena untuk menangani kesukaran yang dihadapi oleh penggunaan tapak tradisional, seperti kos yang tinggi, pengangkutan yang terhad, kekurangan kuasa dan cabaran penyelenggaraan. Kami terus menaik taraf penyelesaian RuralStar dan RuralLink untuk memperluas liputan yang berkualiti ke kawasan terpencil, membolehkan lebih ramai orang, hospital komuniti, sekolah, kerajaan tempatan dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk menikmati pengalaman ketersambungan jalur lebar berkelajuan tinggi yang sama seperti di bandar-bandar."

RuralStar series menyediakan sambungan kepada lebih daripada 60 juta orang di kawasan terpencil dalam lebih 70 negara.

Di Kemboja, negara rakan kongsi P2C pertama ITU, Huawei akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan kerajaan melalui Kementerian Pos dan Telekomunikasi serta universiti-universiti untuk menyediakan 10,000 peluang latihan kepada golongan profesional ICT dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

Source: Huawei Technologies Co.,Ltd.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services