omniture

CGTN: Warga Cina berkongsi pengalaman COVID mereka apabila dasar dioptimumkan

CGTN
2022-12-14 09:48 45

BEIJING, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Vincent Zhong ialah seorang pengguna YouTube gajet digital berbangsa Cina yang memiliki lebih daripada 372,000 pengikut. Selain daripada telefon pintar, fon putik dan komputer riba, baru-baru ini Zhong telah menyahkotak objek khas: COVID-19.

"Habislah saya," kata Zhong dalam satu video yang menunjukkan keputusan ujian COVID yang positif pada 2 Disember. "Saya ingin berkongsi bersama anda pengalaman saya dengan virus ini dan semoga anda juga dapat mengetahui lebih lanjut tentangnya dan bersiap sedia."

Zhong menggambarkan perasaannya sepanjang lapan hari pertama selepas dijangkiti, mengatakan bahawa virus tersebut "pastinya lebih daripada flu yang teruk" dan boleh membawa "masalah yang serius".

Video tersebut merupakan video yang paling banyak ditonton di saluran Zhong pada bulan lalu, dengan lebih daripada 200,000 klik dan lebih 2,000 komen.

Zhong turut menyiarkan video tentang Bilibili, alternatif YouTube berbahasa Cina, yang menarik minat lebih daripada lima juta tontonan dan perbincangan yang rancak selain lebih 18,000 komen.

"Ini merupakan kebiasaan yang baharu buat kita," kata ulasan teratas, yang mendapat hampir 50,000 tanda suka. "Kita bertanggungjawab terhadap kesihatan kita sendiri."

"Prasyaratnya ialah," menurut satu lagi komen dengan 30,000 tanda suka. "Zhong ialah seorang individu dewasa yang sihat tanpa sebarang penyakit yang mendasari."

Ramai selebriti dalam talian, sama ada berorientasikan kesihatan atau tidak, menghasilkan kandungan tentang individu yang dijangkiti COVID pada platform-platform berbahasa Cina sama seperti Zhong, apabila China mengoptimumkan dasar kawalannya ke atas penyakit ini.

Pengasas laman sesawang e-dagang JD.com, Liu Qiangdong, baru-baru ini berkongsi pengalaman beliau dalam jaringan dalaman syarikat tersebut, berkata bahawa penyakit tersebut "kurang serius berbanding demam selesema biasa." Beliau turut memaklumkan kepada pekerja agar tidak terlalu bimbang tentang COVID yang mendapat beberapa kritikan kerana ramai orang di media sosial mengatakan yang sebaliknya.

"Suatu perkara yang bagus apabila ramai selebriti berkongsi pandangan mereka," kata Zhang Wenhong, seorang pakar penyakit berjangkit yang berpangkalan Shanghai yang mempunyai lebih empat juta pengikut pada mikroblog Weibo. "Ini merupakan cara yang baik bagi mengurangkan rasa takut dalam khalayak ramai."

Zhang meramalkan bahawa China harus mendepani beberapa peningkatan jangkitan, yang mana setiap peningkatan itu lebih lemah daripada yang sebelumnya, sebelum penyakit ini menjadi penyakit berjangkit bermusim.

Purata pengguna internet juga aktif berkongsi pengalaman mereka dijangkiti COVID dan menguar-uarkan panduan untuk sembuh daripada penyakit ini. Ramai orang berkata sakit tekak adalah teruk dan ubat antipiretik dapat meredakan demam.

Selain daripada selebriti dan pengguna, banyak agensi kerajaan turut menyebarkan maklumat tentang COVID dan bagaimana untuk kembali sihat sekiranya dijangkiti.

Para pegawai kesihatan mengadakan sidang akhbar dengan kerap bagi menjelaskan tentang dasar semasa yang kemudiannya diperhebatkan oleh outlet media nasional.

"Saya membeli lebih banyak ubat selepas menonton video anda," seorang pengguna Bilibili mengulas di bawah video Zhong sembilan hari selepas ia disiarkan. "Ubat banyak membantu."

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2022-12-12/The-Chinese-are-sharing-their-COVID-experiences-as-policy-optimized-1fI1H68HSak/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media