omniture

Kren Rangkak XGC150-IA XCMG Mainkan Peranan Penting dalam Projek MTHL India

XCMG
2022-12-16 20:24 47

MUMBAI, India, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Kren rangkak XGC150-IA daripada XCMG (SHE:000425) digunakan untuk projek pembinaan Mumbai Trans Harbour Link ("MTHL"), jambatan rentas-laut yang terpanjang di India yang akan menghubungkan Mumbai dengan bandar satelitnya Navi Mumbai, menyampaikan prestasi luar biasa, seterusnya memberikan sumbangan ketara kepada pembangunan projek berkenaan. Projek itu melaporkan bahawa ia telah menyiapkan 84 peratus daripada kerja-kerja pembinaan dan mengunjurkan siap menjelang akhir tahun 2023.

XCMG’s XGC150-IA Crawler Crane Plays Key Role in India’s Mumbai Trans Harbour Link (MTHL) Project.
XCMG’s XGC150-IA Crawler Crane Plays Key Role in India’s Mumbai Trans Harbour Link (MTHL) Project.

Jambatan sepanjang 21.8-kilometer itu terdiri daripada jambatan sepanjang 16.5-kilometer di atas laut dan jejambat sepanjang 5.5-kilometer di atas darat. Setelah siap, jambatan tersebut akan dapat mengurangkan masa perjalanan antara Mumbai dan Navi Mumbai dari dua jam menjadi 20 minit, lalu mempercepatkan aktiviti pengangkutan, logistik dan ekonomi dengan signifikan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan.

Projek MTHL memiliki syarat-syarat yang ketat untuk keupayaan mengangkat, kebolehgerakan operasi dan kebolehcapaian pengangkutan peralatan angkat dan XGC150-IA menonjol atas prestasinya yang andal serta ciri nyahpasang sendiri sepenuhnya, bagi mengupayakan pengangkutan yang mudah:

  • Kuat dan berkuasa: XGC150-IA memiliki kapasiti angkat maksimum 150 tan dan pam utama, injap serta motor angkatnya boleh disesuaikan untuk memasang komponen daripada jenama-jenama yang diimport;
  • Pengangkutan global tanpa bimbang: model tersebut sejajar dengan keperluan pengangkutan global dengan lebar pengangkutan kurang daripada 3 meter dan berat bahagian/komponen sekeping tunggal di bawah 29 tan;
  • Cekap dan andal: sistem memugak XGC150-IA menerima pakai kekili dwi pautan yang meningkatkan lagi kelajuan memugak manakala cangkuk utama dan sampingannya boleh ditukar dengan menekan butang untuk beradaptasi kepada pelbagai senario pembinaan dengan cepat.

"Ia memiliki kelajuan kerja yang pantas dan perkhidmatan andal, itulah sebabnya kami meluaskan kumpulan pengangkutan kami dengan kren rangkak XGC150-IA XCMG yang baharu," kata En. Biplab Mukhopadhyay, penyelia peralatan di lapangan bagi projek MTHL.

Dengan komitmen yang teguh untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial, XCMG menyokong projek-projek infrastruktur dengan aktif seperti jambatan MTHL di seluruh dunia.

"Pada masa akan datang, XCMG akan terus mengoptimumkan produk mampan dan penyelesaian pembinaan hijau kami, membawakan produk peralatan yang lebih 'Canggih dan Mampu Tahan' bagi mencipta nilai untuk pelanggan dan membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat," kata Mason Meng, Pengurus Produk Wilayah India Kren Rangkak XCMG.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi XCMG di http://en.xcmg.com/en-ap/ dan halamannya di FacebookTwitterLinkedInYouTubeInstagram dan TikTok.

 

 

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Transportation