omniture

Persidangan Rakan Kongsi Global Hisense: Agar Menjadi Penggiat Terunggul

Hisense
2022-12-20 17:24 59

QINGDAO, China, 20 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada 18 Disember, iaitu hari terakhir FIFA World Cup 2022™, Persidangan Rakan Kongsi Global Hisense diadakan dengan jayanya di Qatar. Rakan-rakan kongsi globalnya berhimpun untuk menghadiri acara ini untuk mempersiapkan perjalanan mereka ke peringkat pembangunan yang baharu. Sementara itu, En. Jian Zhou, Duta Cina ke Negara Qatar dan En. Nick Brown, Naib Presiden Kanan-Perkongsian Komersial FIFA turut menghadiri acara berkenaan dan masing-masing menyampaikan ucapan selamat mereka demi kejayaan persidangan berkenaan.

Dr. Lan Lin, Chairman of Hisense
Dr. Lan Lin, Chairman of Hisense

Hisense Meraih Kejayaan dalam Pasaran Global

Dr. Lan Lin, Pengerusi Hisense, menyampaikan ucapan bertajuk To Be the Top Player (Agar Menjadi Penggiat Terunggul) di persidangan tersebut. Dalam ucapan beliau, Dr. Lin berbesar hati mengumumkan keterlihatan Hisense yang belum pernah terjadi sebelum ini sebagai penaja rasmi semasa perlawanan ini dan menonjolkan pertumbuhannya yang mantap sejak empat tahun lalu.

Menurut Dr. Lin, kekuatan keseluruhan dan daya saing Hisense telah mencapai tahap baharu, dengan hasil jualannya dianggarkan pada awalnya meningkat daripada AS$18.1 bilion pada tahun 2018 kepada AS$27 bilion pada tahun ini. Selain itu, industri B2B juga menjadi sektor pertumbuhan baharu secara berperingkat-peringkat untuk perniagaan antarabangsa Hisense, yang meningkatkan kesedaran jenama Hisense pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun 10%, menurut Ipsos. Satu lagi sorotan pencapaian Hisense terletak pada peningkatan keupayaan operasinya. Dengan menggabungkan budaya setempat dan falsafah pengurusan Hisense, Hisense berjaya membina 66 syarikat luar negara, 23 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan 31 tapak pengeluaran, lantas mencapai kejayaan dalam pasaran global.

Hisense Menjunjung Dedikasinya terhadap Globalisasi

Bagi merangsang pembangunan global Hisense yang selanjutnya, Dr. Lin turut membentangkan tiga wawasan untuk masa depan Hisense dalam beberapa tahun akan datang. Salah satu matlamat utamanya adalah untuk membawa imej jenama Hisense ke peringkat yang jauh lebih tinggi dengan meningkatkan indeks jenama globalnya melebihi 100 dalam tempoh tiga tahun. Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Lin, hanya dengan meningkatkan imej jenamanya, Hisense dapat berkembang sebagai jenama dan menjamin pembangunannya yang mampan. Bagi mencapai tujuan ini, Hisense akan mengukuhkan pelaburannya dalam produknya bagi meningkatkan fungsiannya dan juga prestasi.

Selain itu, untuk mengikuti trend dunia dengan lebih baik, Hisense juga akan bertekad untuk memantapkan pertumbuhan globalnya dengan mewujudkan keluk pertumbuhan kedua dan sebagaimana yang ditekankan oleh Dr. Lin, perniagaan ini harus memberi tumpuan kepada dua perkataan: pintar dan hijau yang menandakan bahawa Hisense akan maju ke hadapan dengan Strategi "Rumah Pintar" dan memajukan pembangunannya yang mampan dan karbon rendah.

Akhir sekali, Dr. Lin mencadangkan agar Hisense dapat bertambah baik untuk menjadi syarikat terbaik yang dapat dicapai olehnya. Hisense akan membangunkan strategi pertumbuhan yang baharu dengan menarik minat bakat-bakat terbaik untuk menghasilkan produk-produk terbaik.

Persidangan Rakan Kongsi Global mengimbau laluan globalisasi Hisense, mendemonstrasikan teknologi paparannya yang terkini dan berkongsi matlamatnya bersama semua rakan kongsi. Untuk beberapa tahun akan datang, Hisense akan menggiatkan usahanya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama antarabangsa dengan meningkatkan indeks harga jenamanya, memajukan pembangunan yang mampan dan meneruskan penstrukturan semulanya dengan matlamat unutk menjadi penggiat terunggul dalam bidang ini.

Hisense, Official Sponsor of the FIFA World Cup 2022™
Hisense, Official Sponsor of the FIFA World Cup 2022™

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news