omniture

CCTV+: China hari ini penuh dengan semangat, kevitalan, daya tahan: Xi

CCTV+
2023-01-03 23:43 40

BEIJING, 31 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Sabtu Presiden Cina Xi Jinping berkata China pada hari ini ialah sebuah negara yang penuh dengan semangat, kevitalan dan daya tahan dengan impian yang menjadi kenyataan berkat usaha yang gigih daripada satu generasi hingga satu generasi yang lain.

Xi membuat kenyataan tersebut semasa menyampaikan ucapan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua 1.4 bilion rakyat Cina pada Malam Tahun Baru.

"China pada hari ini ialah sebuah negara yang menjadikan  impian satu kenyataan. Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing melabuhkan tirai dengan kejayaan yang memberangsangkan. Para atlet sukan musim sejuk Cina berusaha sedaya upaya dan mencapai keputusan yang luar biasa. Shenzhou-13, Shenzhou-14 dan Shenzhou-15 meluncur ke langit. Stesen angkasa China telahpun siap sepenuhnya dan 'kediaman kami di angkasa' berlegar-legar di langit biru. Angkatan bersenjata rakyat menyambut ulang tahun ke-95 dan semua anggota perkhidmatan berarak dengan penuh yakin dalam perjalanan yang hebat untuk membina sebuah pasukan tentera yang kuat. Pengangkut pesawat ketiga China Fujian telahpun dilancarkan. C919, pesawat penumpang besar pertama China, telahpun diserahkan. Sementara itu, stesen hidrokuasa Baihetan telahpun beroperasi sepenuhnya... Tiada satu pun daripada pencapaian ini akan dapat diraih tanpa keringat dan susah payah ramai rakyat Cina. Cetusan bakat berkumpul bersama-sama dan mereka merupakan kekuatan China!" kata beliau.

"China pada hari ini ialah sebuah negara yang penuh dengan semangat dan kevitalan. Pelbagai zon perdagangan bebas perintis dan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan semakin berkembang pesat, inovasi mencurah-curah di kawasan pantai, pembangunan kian meningkat di wilayah tengah dan barat, momentum untuk penggiatan semula semakin membangun di kawasan timur laut dan terdapat pembangunan yang lebih besar dan kemewahan di kawasan sempadan. Ekonomi Cina menikmati daya tahan yang kuat, potensi yang amat besar dan kevitalan yang hebat. Asas-asas yang mengekalkan pertumbuhan jangka panjangnya kekal kukuh. Selagi mana kami kekal yakin dan berusaha mencapai kemajuan dan dalam masa yang sama mengekalkan kestabilan, kami akan dapat merealisasikan matlamat yang kami tetapkan. Semasa lawatan saya ke Hong Kong awal tahun ini, saya amat gembira dapat melihat Hong Kong telah memulihkan keadaan dan bersedia untuk berkembang maju sekali lagi. Dengan pelaksanaan Satu Negara, Dua Sistem yang bersungguh-sungguh, Hong Kong dan Macau pastinya akan dapat menikmati kemakmuran dan kestabilan dalam tempoh jangka panjang," kata beliau.

"China pada hari ini ialah sebuah negara yang mengekalkan ciri nasionalnya. Sepanjang tahun 2022, kami menghadapi pelbagai bencana alam termasuk gempa bumi, banjir, kemarau dan kebakaran hutan serta mengalami beberapa kemalangan di tempat kerja. Di tengah-tengah kejadian yang membingungkan dan menyayat hati itu, timbul pelbagai kisah yang menyentuh hati mengenai rakyat yang bersatu padu dalam menghadapi kesusahan, bahkan turut mengorbankan nyawa mereka demi membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Perbuatan yang sungguh berani itu akan terpahat dalam ingatan kami buat selama-lamanya. Pada setiap tahun, kami sentiasa memikirkan ciri hebat daya tahan yang telah diteruskan oleh bangsa Cina selama beribu-ribu tahun lamanya. Ia tetap memberikan kepada kami keyakinan yang lebih tinggi ketika kami meneruskan langkah kami ke hadapan," kata beliau.

"China pada hari ini ialah sebuah negara yang amat berhubung rapat dengan dunia. Sepanjang tahun lalu, saya telah menjadi tuan rumah untuk beberapa rakan, baik yang lama mahupun baharu, di Beijing; saya juga telah mengembara ke luar negara untuk menyampaikan proposisi China kepada dunia. Perubahan yang tidak dilihat dalam tempoh seabad, terungkai pada kadar yang lebih pantas dan dunia masih belum menjadi tempat yang tenang. Kami menghargai keamanan dan pembangunan serta menghargai rakan dan rakan kongsi seperti yang selalu kami lakukan. Kami teguh berdiri pada sisi sejarah yang benar dan juga sisi kemajuan manusia. Kami bekerja keras untuk menyumbang kebijaksanaan dan penyelesaian oleh China bagi tujuan mencapai keamanan dan pembangunan buat semua umat manusia," kata beliau.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=UVo0FrBjJHM

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Broadcast feed announcements