omniture

TCL Mengumumkan Kemajuan Inovatif dalam Teknologi dan Banyak lagi di CES 2023

TCL Electronics
2023-01-05 05:00 17

HONG KONG, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- TCL, jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global, mengadakan sidang akhbar CES 2023 pada hari ini menjelang permulaan pameran teknologi tahunannya. Syarikat ini mendedahkan perkembangan terkini yang layak diberitakan tentang inisiatif korporat terkini, teknologi baharu merentas kategori paparan, perkakas rumah dan mudah alihnya.

Teknologi untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Setiap tahun, teknologi mengubah kehidupan dan membawa definisi kecerdasan yang baharu semasa berlakunya pasang surut kemakmuran atau masa-masa mencabar yang sukar. Justeru itu, jangkaan untuk melaksanakan teknologi-teknologi ini secara bertanggungjawab turut meningkat.

"Sebagai jenama korporat yang bertanggungjawab, TCL terus memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat yang lebih luas, komuniti setempat dan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah," kata Juan Du, Pengerusi TCL Electronics. "TCL menerima pakai teknologi baharu untuk memacu pembuatan yang mesra alam dan menerusi kempen #TCL Green global kami, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menyertai kami dalam melindungi alam sekitar dan membina kediaman yang lestari. Kami turut menyokong kesamarataan jantina dan pendidikan yang unggul untuk generasi muda menerusi #TCL for Her dan lebih banyak kempen global."

Teknologi untuk Ekosistem Penuh yang Lebih Besar dan Lebih Pintar

Untuk pengalaman pawagam rumah yang imersif sepenuhnya, TCL memperkenalkan TV LED Mini dan QLED generasi terkininya. Diperkenalkan dalam pasaran antarabangsa, TV QLED yang diperluas, ditambah baik dan dijenamakan semula akan tersedia dalam saiz skrin besar yang baharu sehingga 98-inci, membawakan prestasi permainan yang canggih, disertai oleh bar bunyi serba baharu.

Melangkaui paparan dan pawagam rumah yang hebat, TCL turut mencipta ekosistem penuh terhubung pintar yang luar biasa pintar di mana evolusi teknologi perkakas rumah, kesinambungan teknologi 5G yang boleh dicapai serta realiti imbuhan dan pengalaman tontonan peribadi skrin penuh kesemuanya diintegrasikan secara intuitif untuk menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah dan lebih baik.

Ikuti TCL di saluran media sosial untuk perkembangan terkini semasa CES 2023: 

Twitter: @TCL_TV_Global
Facebook: @TCLElectronicsGlobal
Instagram: tclelectronics
YouTube: TCL Electronics

Atau kunjungi:

Reruai TCL di Pusat Konvensyen Las Vegas
Tarikh:
 5-8 Januari 2023
Tempat: Reruai #16915 dan #16937, Dewan Pusat

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Sports Licensing/marketing agreements Trade show news