omniture

Yutong Akhiri Tahun 2022 yang Berjaya dengan Menyediakan 888 Bas Elektrik Penuh untuk Mengangkut Peminat Semasa Perlawanan Bola Sepak Terbesar Dunia

Yutong Bus
2023-01-05 22:09 83

ZHENGZHOU, China, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengeluar bas elektrik global yang terkemuka, mendapat pengiktirafan daripada Mowasalat, penyedia perkhidmatan pengangkutan premium di Qatar, kerana menyampaikan perkhidmatan pengangkutan karbon-sifar yang andal, selamat dan lancar untuk para peminat perlawanan bola sepak yang terbesar di dunia. Selama 29 hari dan malam, 888-kumpulan bas berkuasa elektrik penuh yang mantap, berserta 126 kakitangan perkhidmatan Yutong, menawarkan perkhidmatan berulang-alik sepanjang masa untuk mengangkut lebih 2.6 juta penumpang, dengan jumlah perbatuan melebihi 3 juta kilometer.


Ia mengakhiri tahun 2022 yang berjaya buat Yutong, yang kini merupakan jenama bas tenaga baharu paling laris terjual di dunia, menyediakan bas-bas sel bahan api hirogen dan berkuasa hibrid, bateri penuh di lebih 152 negara dan wilayah, dengan lebih 170,000 bas ulang-alik menyumbang kepada pengurangan jejak karbon sebanyak lebih 23 juta tan di serata dunia.

Dengan 11,966 jualan kenderaan tenaga baharu pada tahun 2022, Yutong mencapai jualan yang hebat termasuk pesanan berskala besar untuk 150 unit bas bandar 6116HG di Kazakhstan yang dilengkapi dengan sistem pemanasan canggih untuk bertahan daripada keadaan cuaca yang amat sejuk; 160 bas elektrik tulen di Mexico yang memberi jaminan yang kukuh terhadap keperluan perjalanan yang mesra alam, selamat dan selesa untuk kira-kira 102 juta penduduk; dan 161 bas elektrik tulen di UK yang memenuhi standard tinggi pasaran Eropah dengan jejak merentas seluruh UK.


Prestasi jualan Yutong yang tiada tandingannya adalah hasil daripada tumpuan tanpa henti oleh syarikat terhadap inovasi teknologi. Memaparkan penampilan minimalis, bas bandar elektrik E11 mempunyai kapasiti penumpang yang besar, dilindungi oleh sistem keselamatan pintarnya yang menyeluruh bagi memberi pengalaman tunggangan yang lancar dan menyeronokkan. Model-model E7 dan E9 Yutong merupakan pilihan yang lebih fleksibel untuk perjalanan bandar jarak terakhir, menampilkan reka bentuk kompak yang mengupayakan kebolehkendalian yang lebih tinggi. E-koc T12E dan T13E mewah daripada Yutong menggabungkan antara fungsian dan gaya, dilengkapi dengan reka bentuk dalaman yang ergonomik, bateri tahan lama dan perlindungan teguh yang memaksimumkan keselesaan dan keandalan untuk perjalanan jarak jauh.

Yutong turut meninggikan standard untuk sistem keselamatan bas EV dengan membangunkan teknologi YESS berpaten yang menyediakan penyelesaian perlindungan lima serampang yang meliputi reka bentuk anti-perlanggaran seluruh kenderaan, sistem pemadam kebakaran nitrogen untuk bateri, pelindung haba bateri, perlindungan komponen kenderaan dan pemantauan bateri 24/7, membawa penambahbaikan yang signifikan kepada tahap keselamatan, kapasiti semua cuaca dan kebolehsuaian jalan raya bagi e-basnya.

 

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Alternative Energies Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Electronic Design Automation Environmental Products & Services Oil/Energy Sporting Events Sports Transportation Utilities