omniture

GE TECHNOLOGY BAKAL MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KITAR SEMULA PLASTIK TERMAJU HONEYWELL DI KEMUDAHAN BAHARU DI KOREA SELATAN

Honeywell
2023-01-16 10:30 48
  • GE Technology akan mentransformasikan sisa plastik akhir hayat kepada Honeywell 'Recycled Polymer Feedstock' (RPF) yang akan digunakan untuk pembuatan  plastik yang baru  menggunakan Honeywell 'UpCycle Process Technology'.

DES PLAINES, Illinois, 16 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Honeywell mengumumkan bahawa GE Technology secara berlesen akan menggunakan Honeywell 'UpCycle Process Technology' di kemudahan kitar semula termaju yang dirancang di Korea Selatan. Kemudahan tersebut akan berupaya untuk menukar campuran sisa plastik kepada Honeywell 'Recycled Polymer Feedstock' (RPF) yang kemudiannya akan digunakan untuk menghasilkan plastik baru dan membantu mendorong pembangunan ekonomi pekeliling, khusus untuk plastik.

Pengeluaran plastik baru tersebut dijangka akan bermula pada tahun 2025 dan disyor untuk menjadi kemudahan kitar semula sisa plastik  komersial yang pertama menggunakan Honeywell 'UpCycle Process Technology'  di Korea Selatan. Kemudahan termaju ini dijangka mempunyai kapasiti untuk menukar 30,000 tan metrik campuran sisa plastik kepada Honeywell RPF setiap tahun.

"Honeywell 'UpCycle Process Technology' bukan sahaja boleh mengurangkan sisa dengan mempelbagaikan jenis plastik yang boleh dikitar semula, tetapi juga berupaya menggantikan pergantungan terhadap punca bahan api fosil dalam penghasilan plastik baru," kata Woo-Hyun Shim, Naib Presiden, GE Technology. "Memperbolehkan ekonomi pekeliling untuk plastik di Korea dapat dilaksanakan melalui perlesenan dengan Honeywell 'UpCycle Process Technology'. Honeywell 'UpCycle Process Technology' adalah teknologi sedia ada yang menggunakan proses penukaran molekul, pirolisis dan pengurusan bahan tercemar untuk menukarkan sisa plastik kepada Honeywell RPF, yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan plastik baru. Honeywell 'UpCycle Process Technology' membolehkan pelbagai  jenis plastik yang boleh dikitar semula termasuk sisa plastik  seperti  bungkusan berwarna, fleksibel,  berlapisan dan polistirena.  Honeywell 'Upcycle Process Technology' berpotensi untuk  kitar semula hampir 90 peratus sisa plastik  apabila digunakan bersama proses kitar semula secara kimia dan mekanikal serta menaik taraf pengumpulan dan pengasingan sisa plastik. Ini akan membawa kepada peningkatan ketara dari segi jumlah sisa plastik yang boleh ditukar kepada bahan polimer[1],[2].

"GE Technology merupakan syarikat pertama di Korea yang menggunakan Honeywell 'Upcycle Process Technology' secara berlesen. Ini akan mengukuhkan keupayaan sedia ada GE Technology dalam pengumpulan sisa dan kitar semula mekanikal," kata Barry Glickman, Naib Presiden dan Pengurus Besar, 'Honeywell Sustainable Technology Solutions'. "Teknologi daripada Honeywell dapat memainkan peranan yang penting dalam pemacuan ekonomi pekeliling plastik serta menangani cabaran sisa plastik global."

Pengumuman hari ini meluaskan tapak Honeywell 'Upcycle Process Technology' dipersada dunia, selari dengan  pengumuman Honeywell baru-baru ini di A.S., Sepanyol, Turki, China dan Mesir.

'Upcycle Process Technology' Honeywell adalah teknologi yang dihasilkan daripada  'Sustainable Technology Solution (STS) Honeywell'. STS merupakan sebahagian daripada syarikat Honeywell UOP. Teknologi perintis yang terkini ini akan meneruskan tumpuan Honeywell untuk memberi impak yang lebih tinggi dalam pembangunan mampan alam sekitar untuk pelanggan dan masyarakat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang STS Honeywell, sila klik di sini.

Honeywell komited untuk mencapai karbon neutral dalam semua operasi dan fasilitinya menjelang tahun 2035. Komitmen ini meneruskan rekod prestasi syarikat ini untuk mengurangkan keamatan gas rumah hijau daripada operasi dan fasilitinya. Dengan sejarah inovasi sepanjang beberapa dekad, Honeywell mampu membantu pelanggannya mencapai objectif menangani isu-isu alam sekitar dan sosial. Kira-kira 60 peratus daripada pelaburan penyelidikan dan pembangunan produk baru Honeywell ditujukan kepada produk yang dapat memberi kebaikan kepada alam sekitar dan sosial untuk pelanggan.

Latar Belakang GE Technology

GE Technology (www.ge-technology.co.kr) ialah sebuah syarikat pengurusan sisa terkemuka di Korea Selatan dengan visi untuk Ekonomi Pekeliling  Plastik, pengurangan karbon dan Ekonomi Hidrogen. Dengan pengalaman luas mengendalikan 'Material Recovery Failities' selama beberapa tahun, GE Technology telah mewujudkan rantaian nilai yang kukuh dan menawarkan penyelesaian pengurusan sisa dan pengoptimuman kaedah kitar semula. Untuk berita dan maklumat lebih lanjut tentang GE Technology, sila kunjungi www.ge-technology.co.kr.

Latar Belakang Honeywell

Honeywell (www.honeywell.com) ialah sebuah syarikat Fortune 100 yang menghasilkan  penyelesaian khusus industri yang merangkumi produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan dan industri; serta bahan prestasi seluruh dunia. Penggunaan teknologi Honeywell yang meluas  bermula daripada pesawat, bangunan, kilang pembuatan, rantaian bekalan dan pekerja untuk menyediakan kesalinghubungan yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih mampan. Untuk berita dan maklumat lanjut tentang Honeywell, sila kunjungi www.honeywell.com/newsroom.

[1] Dengan andaian pengasingan dan pengumpulan bertambah baik untuk mendapatkan kebanyakan sisa plastik serta kitar semula bahan kimia, termasuk aplikasi Proses UpCycle UOP Honeywell, digunakan secara meluas. 90 peratus daripada sisa plastik yang boleh dikitar semula mungkin berubah bergantung kepada bilangan pengguna atau komuniti yang mempunyai akses untuk mengitar semula sisa plastik atau ketersediaan kemudahan kitar semula.

[2] Analisis UOP Honeywell terhadap EPA AS Memajukan Pengurusan Bahan Lestari: Fakta dan Angka 2018 serta data penggunaan polimer dunia IHSMarkit 2019.

Source: Honeywell
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals