omniture

DEBIC MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN MALAYSIA DALAM USAHA UNTUK MENAMBAT HATI PARA PENGADIL DI PERTANDINGAN PASTRI TERBESAR DI DUNIA

Debic
2023-01-18 10:00 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada bulan ini, empat cef pastri dari Malaysia akan menunjukkan kreativiti dan kepakaran teknikal mereka di pentas antarabangsa untuk pertandingan Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023 yang juga dikenali sebagai Piala Dunia Pastri, yang menghimpunkan para cef pastri dari seluruh dunia untuk menguji ketangkasan mereka.      

(Kiri – Kanan) Cef Lim Boon Chuan, peserta coklat; Cef Kean Yap, jurulatih pasukan Malaysia 2023; Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad; Encik Majid Zaman, Pengarah Jualan, Horeca & Bakery APAC, FrieslandCampina Professional; Cef Mun Pui Teng, kapten pasukan Malaysia dan peserta Gula; Cef Goh Jun Wei, peserta ais.
(Kiri – Kanan) Cef Lim Boon Chuan, peserta coklat; Cef Kean Yap, jurulatih pasukan Malaysia 2023; Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad; Encik Majid Zaman, Pengarah Jualan, Horeca & Bakery APAC, FrieslandCampina Professional; Cef Mun Pui Teng, kapten pasukan Malaysia dan peserta Gula; Cef Goh Jun Wei, peserta ais.

Debic – jenama tenusu Eropah premium selama 100 tahun yang dibuat khusus untuk para profesional dan juga salah satu penaja untuk pertandingan berprestij ini– menjadi penyokong tegar pertandingan ini selama lebih 20 tahun. Debic juga berbangga menjadi penaja pasukan Malaysia 2023.

Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, berkata, "Dengan Debic, kami amat memahami kehendak cef profesional dan kami memberi solusi yang khusus dengan produk bermutu tinggi, menyediakan segala kemudahan serta menggalakkan cef mencipta hasil dengan kualiti yang terbaik. Pertandingan yang bermatlamatkan inovatif ini bertepatan dengan Debic yang sentiasa bersedia membantu cef pastri."  

Baru-baru ini, Pasukan Malaysia 2023 turut menjuarai Asian Pastry Cup 2022 dan melayakkan mereka untuk bertanding di Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023.

Ahli pasukan terdiri daripada:

  1. Cef Kean Yap, jurulatih pasukan
  2. Cef Mun Pui Teng, kapten pasukan dan peserta Gula
  3. Cef Goh Jun Wei, peserta Ais
  4. Cef Lim Boon Chuan, peserta Coklat

Mereka berharap dapat mengulangi kejayaan Malaysia empat tahun lalu semasa Coupe du Monde de la Pâtisserie 2019, di mana pasukan Malaysia telah dinobatkan sebagai juara. Debic turut melantik Cef Otto Tay dan Cef Loi Ming Ai sebagai duta Debic.

Stella Yew, Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan, FrieslandCampina Professional Malaysia dan Singapura mengulas, "Perlantikan Cef Otto dan Cef Loi sebagai duta Debic menepati matlamat FrieslandCampina Professional, iaitu bahagian yang dikhususkan untuk mengembangkan makanan utama, yang juga merupakan antara peranan Debic." 

Debic juga akan turut memberikan 400 keping tiket untuk sesi atas talian dan 400 tiket lagi untuk untuk sesi demonstrasi pastri secara bersemuka bersama: Cef Otto dan Cef Loi (Duta Debic dan pemenang Coupe du Monde de la Pâtisserie 2019) serta jurulatih pasukan Malaysia, Cef Kean. Layari http://bit.ly/BIS_TNC atau http://bit.ly/BAKERY_TNC untuk maklumat lanjut.

Tentang Royal FrieslandCampina

Royal FrieslandCampina ialah salah sebuah syarikat tenusu terbesar di dunia dengan tradisi koperasi sejak 150 tahun lalu. Royal FrieslandCampina N.V. dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A., dan mempunyai cawangan di 32 negara dan mengeksport ke lebih 100 negara di seluruh dunia.

Tentang FrieslandCampina Professional

FrieslandCampina Professional adalah sebahagian dari Royal FrieslandCampina yang membekalkan hasil tenusu dan alternatif yang berasaskan tenusu kepada cef dan pakar makanan. FrieslandCampina Professional menggunakan ilmu pasaran mereka yang menyeluruh serta perkongsian kolaboratif mereka untuk menyediakan penyelesaian khusus.

Tentang Dutch Lady Milk Industries Berhad

Diperbadankan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) merupakan syarikat tenusu terkemuka di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat koperasi tenusu terbesar di dunia, Royal FrieslandCampina NV, sebuah syarikat tenusu multinasional dari Belanda.

Tentang Debic

Debic merupakan jenama produk tenusu profesional di bawah FrieslandCampina Professional. Dengan kepakaran lebih 100 tahun dalam bidang tenusu, Debic menyediakan produk tenusu Eropah yang premium kepada cef, cef pastri dan lain-lain pakar makanan.

Source: Debic
Keywords: Food/Beverages Retail Future Events