omniture

Platform Panggil-Tumpang Global inDrive Jalin Kerjasama dengan SHIELD Tingkatkan Kepercayaan dan Keadilan

SHIELD
2023-01-26 10:00 298

SAN FRANCISCO, 26 Januari 2023 /PRNewswire/ -- inDrive, perkhidmatan panggil-tumpang dalam talian yang berkembang paling pantas di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia menggunakan Device Intelligence daripada syarikat perisikan risiko global SHIELD. Teknologi SHIELD memperkukuh pertahanan inDrive terhadap penipuan dan membantunya mencapai tahap kepercayaan, ketelusan dan keadilan tertinggi untuk pemandu dan penumpang di seluruh dunia.


Dengan menjadi aplikasi mobiliti kedua paling banyak dimuat turun di dunia, inDrive memenuhi keperluan mobiliti pengguna di lebih 700 bandar dan merentas 47 negara. Hari ini, aplikasi inDrive telah dimuat turun sebanyak lebih 150 juta kali. Sebagai perniagaan berpandukan orang ramai dengan misi untuk mencabar ketidakadilan, platform ini memperkasa pemandu dan penumpang dengan unik untuk merundingkan tawaran harga yang adil berdasarkan laluan atau faktor-faktor lain.

SHIELD menyediakan perkhidmatan perisikan risiko terkemuka dalam industri yang menghapuskan ketidakadilan dengan memastikan agar rundingan dan harga sentiasa telus. Pengguna yang tidak jujur dan penipu dijauhkan daripada platform inDrive, bagi mengelakkan mereka daripada menimbulkan isu-isu seperti kenaikan harga yang tidak wajar.

Device Intelligence SHIELD akan menyediakan daya penggerak untuk inDrive kekal mendahului sindiket penipuan panggil-tumpang di seluruh dunia. Kumpulan penipuan ini seringkali menggunakan akaun palsu yang boleh dicipta dengan alat seperti pengklon aplikasi, dengan identiti yang dicuri, malah dengan mengambil alih akaun yang sah. Menggunakan pengklon aplikasi, penipu boleh mencipta dan mengakses pelbagai keadaan pada aplikasi yang sama daripada satu peranti. Sindiket penipuan meningkatkan lagi keluasan strategi penipuan mereka dengan mereplikasi strategi ini melalui banyak peranti. Akaun palsu boleh digunakan untuk menyelesaikan tunggangan siluman - tunggangan yang sebenarnya tidak berlaku - untuk mengumpul insentif penyempurnaan tunggangan dengan pantas. Akaun palsu juga boleh digabungkan dengan penipu GPS untuk mensimulasikan permintaan yang tinggi di satu kawasan, lantas mengakibatkan lonjakan tambang yang diambil keuntungannya oleh sindiket penipuan.

Berusaha secara proaktif untuk menghentikan penipuan, inDrive akan memanfaatkan SHIELD ID, standard global untuk pengenalpastian peranti yang menghubungkan peranti palsu yang dicipta daripada peranti fizikal yang sama, yang jumlahnya boleh mencapai beribu-ribu. SHIELD ID akan memperkasa inDrive untuk mengenal pelbagai pasti keadaan berbilang akaun pemandu atau penumpang dikendalikan daripada peranti yang sama. Dalam masa yang sama, teknologi AI SHIELD dapat menentukan sejumlah besar akaun yang mengetik pada alamat IP atau subnet yang sama. Risk Indicators SHIELD akan mengesan pemasangan dan pengaktifan semua alat dan teknik berniat jahat pada platform tersebut seperti penipu GPS, aplikasi yang terjejas dan pengklon aplikasi.

Risk Intelligence SHIELD melakukan semua ini tanpa memerlukan Maklumat Boleh Dikenal Pasti Peribadi (Personal Identifiable Information, PII), memastikan agar inDrive tetap mematuhi undang-undang perlindungan dan privasi data di seluruh dunia tanpa menggugat keselamatan.

inDrive dilancarkan dengan pesat dalam pasaran baharu dan perlu mengambil kira risiko penipuan yang pelbagai dan tersendiri. Global Intelligence Network SHIELD memastikan inDrive tetap mendepani ancaman baru muncul sekali gus memenuhi profil risiko unik di setiap wilayah.

Arsen Tomsky, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas, inDrive berkata, "inDrive berdedikasi untuk mencabar ketidakadilan dan mendukung ketelusan serta keadilan dalam bidang mobiliti dan pengangkutan. Perkongsian kami bersama SHIELD memperkasa kami untuk tetap berpegang kepada misi kami untuk membantu orang ramai serta memastikan standard kepercayaan dan keadilan yang tertinggi buat semua sekali gus mengekalkan kadar pertumbuhan kami yang pesat."

Justin Lie, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SHIELD, menambah, "Model rundingan harga inDrive yang revolusioner memberi nafas baharu dalam industri panggil-tumpang. Kepercayaan bersifat dua hala dan SHIELD berbangga dapat membantu inDrive menjamin harga yang adil dan pasaran yang adil untuk pemandu dan penumpang yang sebenar."

Latar Belakang inDrive 

inDrive ialah platform IT dan pengangkutan global serta merupakan salah satu perkhidmatan panggil-tumpang dalam talian yang berkembang paling pantas di dunia. Perkhidmatannya tersedia di lebih 700 bandar di 47 negara di serata dunia. Aplikasi Syarikat ini telah dimuat turun sebanyak lebih 150 juta kali.

inDrive, dahulunya inDriver, berkembang jauh melangkaui perkongsian tunggangan bagi menjadi pasaran perkhidmatan termasuk pengangkutan antara bandar, perkhidmatan pengangkutan barang dan kargo, perkhidmatan domestik, pencarian pekerjaan dan penghantaran. Syarikat ini akan terus berkembang dan mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.

inDrive berpangkalan di Mountain View, California dan mengendalikan hab serantau di benua Amerika, Asia, Timur Tengah, Afrika dan negara-negara CIS serta menggaji lebih 2,400 pekerja. Pada awal tahun 2021, inDrive mencapai status unikorn selepas menutup pusingan pelaburan sebanyak $140 juta dengan Insight Partners, General Catalyst dan Bond Capital, yang memberi nilai kepada syarikat yang mencecah $1.23 bilion.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi indrive.com.

Latar Belakang SHIELD 

SHIELD ialah syarikat perisikan risiko terkemuka di dunia yang membantu organisasi-organisasi global seperti inDrive, Alibaba, Mobile Premier League (MPL), TrueMoney dan Maya menghentikan penipuan, membina kepercayaan dan memacu pertumbuhan. Kami menggabungkan AI dan algoritma pembelajaran mesin yang boleh dijelaskan bagi membantu semua perniagaan dalam talian kekal mendahului penipuan yang baharu dan tidak diketahui.

Menerusi pejabat-pejabat di San Francisco, Miami, London, Berlin, Jakarta, Bengaluru, Beijing, Singapura, kami mencapai misi kami dengan pantas bagi mengupayakan kepercayaan untuk dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi shield.com.

Hubungan Media: 

Desmond Wong
desmond.wong@shield.com

 

Source: SHIELD
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Mobile Entertainment Transportation Contracts