omniture

JobzMall Mengumumkan Pasaran Bakat Berasaskan Video Terbesar di Dunia

JobzMall
2023-01-27 17:48

ORANGE COUNTY, California, 27 Januari 2023 /PRNewswire/ -- JobzMall, pasaran bakat berasaskan video terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran platformnya di seluruh dunia. Syarikat yang beroperasi di Amerika Syarikat ini kini tersedia untuk para pencari kerja dan majikan di seluruh dunia.

JobzMall #1 Video Talent Marketplace
JobzMall #1 Video Talent Marketplace

Platform JobzMall membolehkan para pencari kerja menunjukkan kemahiran dan pengalaman mereka melalui video yang seterusnya membolehkan majikan mengenali latar belakang mereka serta kemahiran yang boleh mereka ketengahkan. Untuk para majikan, JobzMall memberikan akses kepada kumpulan bakat global - daripada jawatan peringkat permulaan hingga jawatan eksekutif - semuanya pada satu tempat. Selain itu, JobzMall menawarkan akses kepada jurulatih dan sumber kerjaya bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran, menambah daya tarikan resume dan bersedia untuk menghadiri sesi temu duga.

"Kami percaya bahawa sekiranya bakat dan peluang dipertemukan, segalanya boleh dicapai," kata Nathan Candaner, Ketua Pegawai Eksekutif JobzMall. "Dengan pelancaran global JobzMall, kami merealisasikan kemungkinan ini untuk para pencari kerja dan majikan di seluruh dunia."

Misi syarikat adalah untuk memperkasakan para pencari kerja dan menghubungkan mereka dengan peluang dan majikan terbaik. Pendekatan berpusatkan manusia JobzMall terhadap pengambilan pekerja menghubungkan majikan dengan calon yang tepat, sekali gus memberikan padanan yang lebih baik dengan hasil yang lebih berjaya. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan canggih, platform ini menghubungkan pencari kerja yang paling sesuai dengan setiap tawaran kerja yang dapat menjimatkan masa dan sumber sepanjang proses pengambilan pekerja.

"Kami teruja untuk memperkenalkan platform kami ini kepada para pencari kerja dan majikan di seluruh dunia," kata Candaner. "Sertai kami di JobzMall dan mari kita ubah cara dunia melantik pekerja."

Pasaran bakat berasaskan video ini kini tersedia di laman web JobzMall (www.jobzmall.com) dan aplikasinya serta boleh diakses oleh para pencari kerja dan majikan di seluruh dunia.

Tentang JobzMall

JobzMall ialah pasaran bakat berasaskan video terbesar di dunia yang menghubungkan para pencari kerja dengan majikan. Kami sedang memperbaharui semula cara bakat menemui pekerjaan mereka, menjadikannya lebih mudah, lebih pantas dan lebih bersifat kemanusiaan. Misi kami adalah untuk memperkasakan setiap individu dan organisasi yang ingin memanfaatkan potensi mereka, dengan menyediakan akses kepada alat dan sumber yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Aida Dunn
Komuniti & Kerjasama
JobzMall
aida@jobzmall.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1990404/NewJobzMallPressRelease.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1990405/jobzmalllogoo_Logo.jpg?p=medium600

Source: JobzMall
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services