omniture

OnePlus APAC mengumumkan Jackson Wang sebagai duta telefon pintar pertama OnePlus APAC

OnePlus APAC
2023-02-07 12:56 20

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Jackson Wang, artis global telah diumumkan sebagai duta telefon pintar, pertama untuk OnePlus APAC. Dikenali juga sebagai MAGIC MAN, Jackson Wang adalah seorang artis terkemuka yang terkenal dengan persembahan beliau yang berkuasa dan menarik perhatian ramai. Beliau juga seorang yang mempunyai kejayaan dalam setiap bidang yang disertainya. Beliau adalah pilihan tepat untuk dikaitkan dengan jenama OnePlus dengan slogan "Never Settle" yang mencerminkan pengguna OnePlus yang ingin sentiasa untuk mencapai lebih dari biasa dan juga sentiasa ingin menjadi lebih baik.

"Saya sentiasa berfikir untuk mencari cara-cara untuk menaik-tarafkan diri saya dan juga karya-karya saya untuk mencipta benda yang baharu buat peminat saya," kata Jackson Wang, Duta Telefon Pintar OnePlus APAC. "Ianya penting untuk saya terus melangkaui sempadan. Perkongsian bersama OnePlus ini melambangkan usaha saya untuk melangkaui sempadan, dan tidak berhenti sama sekali untuk memperbaiki diri saya. Tahun ini, saya teruja untuk bersama OnePlus dan tidak sabar untuk menghadapi tahun ini dengan penuh bersemangat."

Jackson Wang adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat – beliau adalah seorang penyanyi, penghibur, pengarah kreatif dan juga pengasas TEAM WANG records serta TEAM WANG design. Beliau sentiasa mendorong dirinya untuk melangkaui lebih jauh. Melalui keazaman dan semangatnya, Jackson telah mencapai pelbagai kejayaan di dalam hidup beliau. Nilai OnePlus "Never Settle" bersama-sama dengan Jackson mengingatkan semua untuk mengejar kemungkinan yang terbaik untuk diri mereka. Berpegang teguh pada semangat jenama "Never Settle", OnePlus secara konsisten mencipta bersama-sama komunitinya untuk membawa peranti dan perisian premium yang memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Jackson Wang kerana dia adalah kuasa global dengan semangat yang tulen dan memberi inspirasi kepada semua," kata Emily Dai, Ketua OnePlus APAC. "Kami kini sedang meningkatkan saiz kami di rantau APAC, dan kami gembira Jackson akan bersama kami di dalam perjalanan ini. Kami berazam untuk memberikan pengalaman pengguna yang terbaik untuk pelanggan kami di seluruh rantau APAC dengan membina peranti berkualiti tinggi, bekerjasama dengan rakan-rakan, dan juga membuat pelaburan jangka panjang agar lebih banyak pengguna mendapat manfaat daripada produk dan teknologi kami."

Pelancaran Peranti Perdana OnePlus – OnePlus 115G dan OnePlus Buds Pro 2

Pengumuman Jackson Wang sebagai duta telefon pintar OnePlus APAC adalah bersempena dengan pelancaran peringkat global peranti perdana OnePlus generasi terbaharu – OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2. Peranti-peranti perdana baharu ini akan menarik perhatian pengguna dengan prestasi luar biasa, pengalaman penggunaan OnePlus yang cepat dan lancar, serta reka bentuk yang kemas dan rapi.

"Di OnePlus APAC, kami percaya peranti perdana ini, dengan pengalaman penggunaan yang cepat dan lancar yang OnePlus sangat dikenali, akan mengukuhkan posisi kami di pasaran dan juga memberi impak positif kepada pengguna kami. Menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pengguna di seluruh rantau ini adalah misi OnePlus APAC sejak kami memulakan perjalanan ini. Dengan keupayaan peranti perdana baharu kami yang tiada bandingan, serta berkualiti tinggi, kami akan terus menilai portfolio kami dan menawarkan pengguna kami pengalaman multi-dimensi untuk mencipta kehidupan digital yang lancar untuk semua."

Terus bersama kami untuk pelancaran peranti perdana baharu dari OnePlus. Dapatkan informasi lebih lanjut di oneplus.com, dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jackson Wang dan OnePlus, layari @oneplus.msia dan @oneplusmys.

Mengenai OnePlus

OnePlus adalah jenama teknologi mudah alih dunia yang mencabar konsep-konsep konvensional teknologi. Diasaskan dengan mantera "Never Settle", OnePlus membina peranti yang menawan dan premium, dikuasakan dengan perkakasan berprestasi tinggi. OnePlus berkembang maju dengan memupuk ikatan yang kukuh, dan juga berkembang bersama komuniti pengguna dan peminatnya.

Untuk informasi lebih lanjut, layari:
Instagram – https://instagram.com/oneplus  
Facebook – https://facebook.com/oneplus    
Twitter – https://twitter.com/oneplus    
LinkedIn – https://www.linkedin.com/company/oneplus    

 

 

Source: OnePlus APAC
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services