omniture

TS7000dV Surgical Table: Gerakan Meja Bersepadu Pertama untuk da Vinci Xi Surgical System muncul di Device Technologies Asia Training Center

Baxter International Inc.
2023-02-13 09:08 15

Pengalaman praktikal ITM bersepadu lancar untuk aliran kerja lebih cekap
dengan akses dinamik semasa prosedur untuk pakar bedah dan pakar bidang RAS.

SINGAPURA, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Dibangunkan secara bersama oleh Baxter dan Intuitive, TS7000dV Surgical Table, gerakan meja bersepadu (integrated table motion, ITM) untuk Da Vinci Xi Surgical System, ketika ini tersedia untuk ujian percubaan oleh pakar bedah di Device Technologies Asia Training Center di Singapura. TS7000dV Surgical Table merupakan yang pertama seumpamanya dan satu-satunya ITM yang mengintegrasikan da Vinci Xi Surgical System dengan lancar, tanda dagangan berdaftar Intuitive Surgical, Inc.

The only Integrated Table Motion for the da Vinci Xi Surgical System, TS7000dV Surgical Table, for surgical excellence.
The only Integrated Table Motion for the da Vinci Xi Surgical System, TS7000dV Surgical Table, for surgical excellence.

Permintaan yang semakin meningkat terhadap sistem robotik pembedahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuk populasi geriatrik yang semakin bertambah yang membentuk sebahagian besar daripada populasi berisiko untuk menghidap kanser prostat, penyakit valvular dan endometriosis antara penyakit-penyakit lain yang membawa kepada lonjakan langsung dalam pasaran ini. Pada tahun 2020, pasaran sistem robotik pembedahan Global bernilai USD4.5 bilion dan dijangka meningkat kepada USD9.8 bilion menjelang tahun 2026.

Dengan keperluan terhadap RAS yang semakin meningkat, ITM meningkatkan keupayaan pembedahan dengan mengupayakan da Vinci Xi Surgical System untuk bersepadu dengan TS7000dV Surgical Table Baxter dengan lancar. Ini membolehkan pesakit diposisikan secara dinamik semasa pakar bedah menjalankan pembedahan. Teknologi ini menggunakan graviti untuk mendedahkan anatomi, memaksimumkan jangkauan dan menempatkan tisu pada sudut kerja yang ideal. Menempatkan kedudukan pesakit secara optimum sepanjang pembedahan dapat meningkatkan autonomi pakar bedah dan pakar bius serta memberi kelegaan kepada pesakit dengan segera. Satu contoh ialah kelegaan-terlentang-pesakit bagi mengurus fungsi-fungsi badan penting pesakit semasa berada di kedudukan Trendelenburg curam dalam tempoh yang lama. ITM juga menghapuskan tugas memakan masa dan mengganggu untuk menanggalkan da Vinci Xi Surgical System semasa pembedahan terbantu robotik ke atas prosedur urologi, prosedur pembedahan biasa dan prosedur ginekologi.

Keupayaan gerakan berpusat-iso, dicapai melalui penggerakan elektromekanikal yang amat lancar, membolehkan Trendelenburg serentak atau Trendelenburg balikan dan gelongsor mencipta titik pangsi maya. Untuk penyelesaian yang lengkap, TS7000dV Surgical Table dilengkapi dengan aksesori penentududukan pesakit.

Kajian-kajian kualitatif yang dijalankan pada tahun 2020 bersama pakar pedah dan pakar bius AS dan Eropah mendapati bahawa ITM meningkatkan kecekapan aliran kerja, meningkatkan keterlihatan dan akses semasa pembedahan, meningkatkan komunikasi dan tumpuan antara pasukan bedah dan membawakan kelebihan keselamatan dan kesterilan. Pada tahun 2021, satu kajian konsensus Delphi yang dijalankan bersama pakar bedah kolorektum robotik di rantau Asia-Pasifik mengenal pasti cadangan yang mana ITM boleh digunakan untuk mencapai hasil pembedahan optimum dalam prosedur RAS.

Dengan pengalaman luas Baxter dalam industri RAS, ia berusaha untuk meningkatkan kecekapan kerja dan mempermudah aliran kerja bagi menyampaikan hasil yang positif dengan pemahaman tentang fungsian berbanding kos. Kolaborasi merupakan tonggak utama dalam usaha Bater untuk menyediakan penyelesaian berdasarkan tuntutan semasa.

Pakar bedah dan pakar bidang khusus di rantau ini dijemput untuk merasai pengalaman ITM untuk da Vinci Xi Surgical System di Device Technologies Asia Training Center, Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan TS7000dV Surgical Table dalam landskap hari ini, kunjungi www.hillrom.com/en/knowledge/white-paper/workflow-clinical-benefits-gravity-robotic-assisted-surgery

Latar Belakang Baxter 

Saban hari, berjuta-juta pesakit, penjaga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bergantung pada portfolio diagnostik, penjagaan kritikal, penjagaan buah pinggang, pemakanan, hospital dan produk pembedahan yang utama daripada Baxter yang digunakan di rumah pesakit, hospital, pejabat pakar perubatan dan tempat jagaan yang lain. Selama 90 tahun, kami telah beroperasi di persimpangan kritikal yang mana inovasi yang menyelamatkan dan mengekalkan kehidupan bertemu penyedia penjagaan kesihatan yang merealisasikannya. Dengan produk, penyelesaian kesihatan digital dan terapi disediakan di lebih daripada 100 negara, pekerja Baxter di seluruh dunia kini membangun berdasarkan kekayaan warisan penemuan perubatan syarikat ini untuk memajukan inovasi penjagaan kesihatan transformatif generasi seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.baxter.com dan ikuti kami di TwitterLinkedIn dan Facebook.

Rujukan:

1.Surgical Robotic Systems Market to Grow at a Significant CAGR of 11.5% by 2026, as per DelveInsight's Analysis, https://www.globenewswire.com/en/news-release/2022/03/08/2399295/0/en/Surgical-Robotic-Systems-Market-to-Grow-at-a-Significant-CAGR-of-11-5-by-2026-as-per-DelveInsight-s-Analysis.html, 8 Mac 2022

2.Consensus-led recommendations defining practical principles of achieving optimal surgical outcomes in robotic colorectal surgery in the Asia–Pacific region, https://link.springer.com/article/10.1007/s11701-022-01439-0, 30 Jun 2022.

 

Source: Baxter International Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries