omniture

Dengan pelaburan R&D yang semakin meningkat, GWM dedahkan Lebih 6,000 Paten

GWM
2023-02-17 16:38 50

BAODING, China17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, senarai 2022 yang dikeluarkan oleh AutoPat, platform data raya paten automotif global, menunjukkan bahawa GWM memiliki 6,042 pendedahan paten dan 4,652 kebenaran paten, dengan peningkatan masing-masing 62.86% dan 42.87% berbanding tahun sebelumnya.

Dengan pelaburan R&D yang semakin meningkat, GWM mendedahkan Lebih 6,000 Paten
Dengan pelaburan R&D yang semakin meningkat, GWM mendedahkan Lebih 6,000 Paten

Tambahan pula, dalam bidang NEV, GWM memiliki 1,966 pendedahan paten dan 1,650 kebenaran paten, dengan peningkatan masing-masing 51.11% dan 80.53% berbanding tahun sebelumnya, sekali lagi berada di kedudukan No. 1 antara perusahaan-perusahaan auto di China.

GWM telah berusaha secara berterusan dalam teknologi hibrid, elektrik tulen dan hidrogen bagi mempercepatkan langkahnya menuju teknologi hijau.

Dalam bidang teknologi hibrid, GWM telah memulakan penaiktarafan pertama teknologi DHT. Pertukaran yang ringkas antara tiga mod kuasa "elektrik tulen, keutamaan elektrik tulen dan hibrid pintar" membolehkan pengguna memilih dengan lebih tepat mengikut senario yang berbeza, demi mencapai kecekapan kenderaan yang maksimum dengan mudah.

GWM turut melakar pelbagai pencapaian teknologi dalam bidang kenderaan elektronik tulen seperti bateri kuasa, pemacu elektrik dan kawalan elektrik. Syarikat ini telah menjadi salah satu daripada sebahagian kecil syarikat auto yang memiliki keupayaan bateri kuasa yang dibangunkan sendiri dan dihasilkan sendiri dalam industri ini.

Dalam persaingan sengit yang disebabkan oleh perubahan industri, GWM berusaha sedaya upaya untuk membangunkan tenaga baharu yang pintar, menyumbang selanjutnya kuasa inovatifnya bagi membina masyarakat ICV (kenderaan terhubung pintar) yang paling dinamik. Ketika ini, GWM telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam bidang kecerdasan, dengan kadar penembusan model-model pintarnya mencecah 86.17% pada tahun lalu.

Selama ini, inovasi sains dan teknologi sentiasa menjadi keutamaan GWM, yang memberi perhatian khusus kepada tenaga baharu dan kecerdasan bagi membina ekosistem hutan dengan interaksi berbilang spesies dan evolusi yang berterusan.

Kini, GWM mempercepatkan susun atur tenaga baharu dan teknologi pintarnya berasaskan kepada ekosistem hutan. Bagi mencapai tujuan ini, syarikat ini terus meningkatkan pelaburan dalam inovasi penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menurut laporan kewangan GWM 2022, jumlah pelaburan GWM dalam bidang ini untuk tiga suku tahun 2022 yang pertama sahaja mencecah CNY 8.544 bilion, satu peningkatan sebanyak 64.74% berbanding tahun sebelumnya.

GWM sentiasa berpegang teguh kepada konsep R&D iaitu "pelaburan tepat, mengejar kepimpinan industri". Dijangkakan bahawa pelaburan R&D terkumpul syarikat ini akan mencecah CNY 100 bilion menjelang tahun 2025 dan sebahagian besarnya dibelanjakan untuk tenaga baharu, kecerdasan dan bidang-bidang teknologi tinggi yang lain, agar produk-produk dengan kebersihan, kecerdasan dan keselamatan yang lebih tinggi dapat ditawarkan kepada pengguna di seluruh dunia.

Pada masa akan datang, GWM akan mengumpul lebih banyak kekuatan dalam teknologi tenaga baharu pintar dan memperdalam strategi jenama global "ONE GWM", membangun pada kelajuan tinggi menuju matlamat untuk menjadi syarikat teknologi pintar global terunggul.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation