SHANGHAI, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar pengeluar sel dan modul suria berprestasi tinggi yang menerajui pada peringkat global, akan melancarkan modul PERCIUM serta modul RIECIUM di pameran global, bermula pada bulan Februari 2014. Produk ini telah berjaya dilancarkan di Persidangan & Pameran CleanTech di Israel pada 18 Februari dan akan turut dipamerkan di beberapa pameran lain seperti Ekspo PV di Jepun pada 26 Februari, Ecobuild di UK pada bulan Mac dan juga SNEC di China pada bulan Mei.
Kuasa berkadar 285W adalah dijangkakan untuk modul PERCIUM 6x10 yang mengatasi sel suria silikon mono-kristal ("mono-Si") purata sebanyak 20W. Sel suria PERCIUM, unsur penting bagi modul PERCIUM telah mengatasi kecekapan penukaran sebanyak 20.3%, 1.3% lebih tinggi berbanding nilai purata, dengan menggunakan teknologi seperti bahagian belakang tidak aktif serta BSF setempat. Modul tersebut menghasilkan lebih 8% kuasa output bagi setiap kawasan unit berbanding nilai purata. Di samping itu, kos yang disebabkan oleh pengangkutan, pemasangan dan juga BOS akan berkurang secara mendadak manakala lebih 1% kuasa akan dihasilkan di dalam persekitaran cahaya malap disebabkan oleh prestasinya yang cemerlang ketika dalam keadaan cahaya malap.
Kuasa berkadar 270W adalah dijangkakan untuk modul RIECIUM 6x10 yang mengatasi sel suria silikon mono-kristal purata sebanyak 15W dan sel suria mono-Si purata pula sebanyak 5W. Dengan menggunakan teknik silikon hitam, sel suria RIECIUM, unsur penting modul RIECIUM, mampu mempunyai ciri penampilan yang serupa dan ini menjadikan kesemuanya lebih menarik. Sel suria RIECIUM telah berjaya mengatasi kecekapan penukaran sebanyak 18.3%, iaitu 0.8% lebih tinggi berbanding nilai purata. Modul tersebut juga mampu menghasilkan lebih 6% kuasa output bagi setiap kawasan unit berbanding nilai purata manakala kos bagi pengangkutan, kawasan, pemasangan dan juga BOS dapat dikurangkan dengan mendadak. Selain itu, modul RIECIUM telah membuktikan keupayaan tahan PID unggulnya dengan melepasi ujian piawai IEC berganda.
JA Solar hanya menggunakan komponen berkualiti tinggi yang diperoleh daripada pembekal terbaik. Kesemua produknya dikeluarkan secara automatik dalam syarikat itu sendiri, suatu prosedur yang telah diperiksa dan juga disahkan oleh PI-Berlin serta Solar-IF. Selain daripada ujian PID, produk syarikat itu juga berjaya melepasi Ujian Keandalan Jangka Panjang, Ujian Ketahanan Persekitaran Bercuaca Teruk dan pelbagai lagi ujian lain yang disahkan oleh TUV, SUD dan juga ETL.
Modul PERCIUM adalah sesuai untuk bumbung kediaman dan komersil (bersaiz kecil dan sederhana). Modul RIECIUM pula bukan hanya sesuai untuk bumbung pembuatan dan daratan, malahan ia juga sesuai untuk bumbung kediaman serta komersil. JA Solar merancang untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran bagi kedua-dua modul ini dan turut menggabungkannya ke dalam barisan pemasangan modul untuk kegunaan komersil pada bulan Mei 2014.
Bagi maklumat lanjut, sila layari www.jasolar.com.