SINGAPURA, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat permulaan terapeutik digital Respiree telah menerima kelulusan 510(k) daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk peralatan sesuai dipakai kardio-respiratori mereka, iaitu RS001.
Peranti RS001 merupakan sebuah alat yang diletakkan pada dada untuk mengambil pengukuran pernafasan secara langsung dan boleh digunakan pada pesakit yang menghidap penyakit kardio-pulmonari seperti penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) dan kegagalan jantung kongestif.
MENGAPA IA PENTING
Parameter pernafasan ialah vital terpenting untuk meramalkan kemerosotan klinikal. Malangnya, data pernafasan seringkali hilang dalam aliran kerja walaupun ia teramat penting untuk menyelamatkan nyawa dan juga di dalam pencegahan kemerosotan kesihatan. Sila lihat di sini untuk maklumat lanjut.
Sebagai contoh, COPD merupakan sebuah penyakit paru-paru kronik yang menjejas orang ramai secara global. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, COPD menjejaskan 15.7 juta rakyat Amerika. Antara jumlah ini, lebih daripada 150,000 rakyat Amerika maut setiap tahun akibat penyakit ini - iaitu 1 kematian setiap 4 minit! COPD juga merupakan penyebab tertinggi mengikut statistik dalam kemasukan semula hospital, yang seterusnya akan mengakibatkan kos yang tinggi kepada pemberi perkhidmatan dan si pembayar.
Eksaserbasi atau keadaan yang semakin teruk secara umumnya menyebabkan kadar beban penyakit yang meninggi terhadap sebuah rakyat. Justeru itu, usaha untuk mengenal pastinya dengan lebih awal boleh mencegah kemerosotan fungsi paru-paru dan mengurangkan kadar kematian.
"Eksaserbasi COPD meningkatkan morbiditi dan kadar kematian.Mengenal pasti masalah ini dengan lebih awal adalah penting untuk pencegahannya dengan rawatan yang tepat. Dengan menggunakan RS001 Respiree, para perubatan kini mempunyai keupayaan untuk menjangkakan dan mengenal pasti keadaan eksaserbasi bukan sahaja beberapa jam atau minit lebih sebelumnya, tetapi beberapa hari lebih awal. Ini membolehkan para pesakit untuk menerima rawatan pencegahan yang sewajarnya dengan pantas, sebelum bermulannya eksaserbasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Respiree Dr Gurpreet Singh.
Dengan kelulusan 510(k)nya yang pertama, Respiree merancang untuk mendapatkan kelulusan bagi panduan kegunaannya yang telas diperluaskan, dan perisiannya yang akan menggunakan penanda bio digital pernafasan proprietari daripada RS001 untuk menjangka keadaan yang semakin teruk dalam penyakit seperti COPD dan kegagalan jantung kongestif. RS001 mempunyai lambang CE, telah pun diberi kelulusan untuk digunakan di Australia oleh Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA), dan kini telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.
Latar Belakang Respiree
Respiree (www.respiree.com) ialah syarikat terapeutik digital yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang diperibadikan untuk pengurusan penyakit kardio-pulmonari menggunakan gabungan sensor kardio-nafas proprietari, kecerdasan buatan (AI) dan aliran kerja UIUX bersepadu.
Respiree digunakan di peringkat antarabangsa. Respiree mempunyai lambang CE, telah pun diberi kelulusan untuk digunakan di Australia oleh Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA), dan kini telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat.