omniture

Gibraltar BSN Penanggung Insurans PERTAMA di Malaysia Yang Membenarkan Pelanggan Membeli Insurans Melalui Chatbot

Gibraltar BSN
2023-03-09 09:00 19

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") telah memperkenalkan penambahbaikan terkini kepada Chatbot pintarnya – GINA (Gibraltar INtelligent Assistant), menjadikan penanggung insurans PERTAMA di Malaysia yang membenarkan pelanggan membeli perlindungan insurans melalui Chatbot.

Gibraltar BSN Life Berhad (“Gibraltar BSN”) telah memperkenalkan penambahbaikan terkini kepada Chatbot pintarnya – GINA (Gibraltar INtelligent Assistant)
Gibraltar BSN Life Berhad (“Gibraltar BSN”) telah memperkenalkan penambahbaikan terkini kepada Chatbot pintarnya – GINA (Gibraltar INtelligent Assistant)

Dengan pembangunan pesat teknologi hari ini, era digital telah membawa kesan seismik terhadap cara industri insurans beroperasi. Kelancaran, pemperibadian dan perkhidmatan pantas mesti diutamakan oleh syarikat insurans untuk  terus memenuhi keperluan dan jangkaan perlindungan pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN, Lee Kok Wah berkata, "Pengalaman pengguna adalah satu aspek yang penting. Dengan penambahbaikan GINA yang terkini, ia bukan sahaja boleh mencadangkan penyelesaian perlindungan berdasarkan pertanyaan, pelanggan kini boleh terus membeli produk insurans melalui Chatbot. Seperti kebanyakan inovasi baharu yang mengganggu industri yang mapan, pengunaan teknologi Chatbot ada banyak keunggulan. Dengan kapasiti dan kebolehcapaian yang hampir tanpa had, GINA melampaui sekadar menambah automasi untuk perkhidmatan pelanggan kami. GINA merupakan cara yang cekap untuk meningkatkan pengalaman dan khidmatan pelanggan kami."

Pelanggan kini boleh bersembang dengan GINA untuk membeli empat (4) pelan insurans Gibraltar BSN yang mudah dan berpatutan; i-Care, pelan insurans hayat bertempoh daripada RM9.75 sebulan, i-Med, pelan kad perubatan daripada RM41.85 sebulan, i-Protect, pelan perlindungan penyakit kritikal daripada RM7.60 sebulan, dan i-FlexCover, produk insurans berasaskan langganan daripada hanya RM3.90 sebulan.

Gibraltar BSN juga merupakan syarikat insurans hayat pertama yang menghantar e-Polisi melalui WhatsApp manakala GINA juga merupakan Chatbot pertama yang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Meneruskan evolusi GINA, Gibraltar BSN juga baru-baru ini memperkenalkan avatar baharu untuk berhubung dengan pelanggan dengan lebih baik.

Kok Wah turut menyatakan, "Menurut penyelidikan, 45.8% pelanggan lebih suka menghubungi perniagaan melalui pemesejan daripada e-mel[1]. Penambahbaikan GINA terkini adalah selaras dengan matlamat kami untuk menjadikan insurans lebih senang dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Sambil kami meneruskan misi kami untuk Melindungi Impian, GINA akan memainkan peranan penting dalam peralihan ke arah perkhidmatan pelanggan pintar kognitif."

Teknologi Chatbot tidak asing lagi dalam kebanyakan sektor di Malaysia. Saiz pasaran AI Chatbot global dijangka berkembang lebih besar dengan penyelidikan yang memetik anggaran kadar pertumbuhan tahunan terkompaun ("CARG") lebih daripada 26.2% menjelang 2026[2].

Gibraltar BSN akan terus menambahbaikan GINA untuk pemperibadian dan pengalaman pelanggan yang lebih baik sambil juga terus meneroka dan memanfaatkan teknologi baharu untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Pelanggan boleh bersembang dengan GINA di www.gibraltarbsn.com, di WhatsApp di 03-2298 2477 serta di laman Facebook rasmi Gibraltar BSN.

[1] Sumber: 3 stats that show chatbots are here to stay, Venture Beat, 2016 (https://venturebeat.com/business/3-stats-that-show-chatbots-are-here-to-stay/)

[2] Sumber: Chatbot Market Size Expected to Reach $10.5 Billion with CAGR of 26.2% by 2026, IndustryARC, 2023 (https://www.einnews.com/pr_news/609253979/chatbot-market-size-expected-to-reach-10-5-billion-with-cagr-of-26-2-by-2026-industryarc)

 

 

 

 

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance New products/services